Asmaul Husna

Pengikut

Sabtu, 26 Disember 2009

Gaya Si Cilik...

Hari ini kubatalkan hasrat nak balik JB,(esok dah kena balik sebab meeting hari isnin..huhuhu) petang tadi sempatlah lagi bawak ayah ke klinik di Kuala Berang..Takut jugak ayah kena penyakit kencing manis sebab kakinya bengkak dan ada luka2 sikit.Alhamdulillah ayah sihat dan tak de ape2 selepas dibuat ujian air kencing.Doktor cuma bagi ubat sapu,antibiotik dan ubat demam.(Ya Allah! Engkau Pelihara dan Lindungilah ayahku.Berikan dia kesihatan untuk beribadah kepadaMu di saat usianya meniti senja dan berikan aku kesempatan untuk sentiasa berbakti kepadanya....)

Hari ini kak dan abang ipar yang balik dulu ke Segamat.Sempat amik gambar anak2 buahku( Wafi,Syafi,Faiz dan Najwa ) sebelum mereka nak bertolak balik ke Segamat...Macam-macam gayanya..Layan jelah gambar-gambar kat bawah ni...












Oklah permisi dulu....

Jumaat, 25 Disember 2009

Cuti dah nak habis.....



Tak de citer best pun,saje je citer biasa2 aje...hehe..

Hampir sebulan bercuti kat kampung,tiba-tiba esok dah tiba masanya nak balik semula ke JB. Aduh,beratnya rasa nak balik,macam-macam perasaan...malas nak drive jauh2,malas nak kemas,malas segalanya....(huhuhu) tak de semangat...nilah parahnya kalau cuti lama2,nak pulihkan semangat baru tu ambil masa...(mengalahkan budak2 sekolah...hehe)

Walaupun malas dan tak de semangat ,balik kena tetap balik..sebab dah ketentuan mengajar kat JB..Terpaksalah musafir dengan buah hatiku ni,dia pun mesti berat nak tinggalkan kampung sebab seronok sangat asyik jalan-jalan denganku...hehehe...meredah hujan dan jalan-jalan yang rosak teruk akibat hujan lebat di negeri kelahiranku.Dialah peneman aku musafir dari kampung ke JB sejak 3 tahun ni bila time cuti sekolah.Perjalanan selama 7 jam,kadang2 membuatkanku boring sangat2.Semoga perjalananku sentiasa aman dan selamat di bawah lindungan Allah SWT...amin.


Ni doa yang sentiasa kubaca dan kuamalkan setiap kali nak musafir,xkira jauh atau dekat...



BACAAN



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


Ok lah,bagi sesiapa yang belum beramal,kita amalkan sama2...sesiapa yang dah beramal teruskan beramal...Semoga hidup kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah..siapalah kita tanpaNya...sekian...


Sabtu, 19 Disember 2009

Khabar Dari Jauh...


Salam Ukhuwwah,

Time cuti ini,xde kerja yang nak dibuat,kadang2 boring aje duk dalam bilik,nak hilangkan boring,time nilah duk cari2 blog kwn2 lama.Jumpalah 2 blog kak seniorku masa masa belajar kat SMAASZA dan Mesir dulu.Semuanya dah jadi insan hebat,punya keluarga yang bahagia dan anak-anak yang comel2 belaka.

Yang paling best hari ini,dapat jumpa blog seorang adik junior masa kat SMAASZA dan Mesir dulu.Orangnya sehebat namanya,Ukht Fatimahtuzzahra' Abd Rahman.Beliau telah bertemu jodoh dengan al fadhil Ustaz Aminurrasyid Yatiban dan kini mempunyai sepasang cahayamata yang comel.Apa yang membuatkan aku teruja sangat dapat jumpa blog beliau sebab dah lama sangat tak dengar khabar.Dah hampir 7 tahun setelah kami sama-sama habiskan pengajian pada tahun 2002 di Universiti Al-Azhar Kaherah.

Aku tumpang gembira kerana beliau sekarang sedang berada di Scotland untuk menghabiskan pengajian di peringkat PHD.Alhamdulillah,beliau yang kukenali memang insan yang cukup pintar,rajin,suka berfikir dan sering melontarkan idea-idea yang cukup hebat.Tahniah buatmu Fa....Moga selamat kembali ke tanahair nanti sebagai seorang ilmuwan yang hebat yang akan memberikan sumbangan yang cukup besar kepada agama,bangsa dan negara.



Ukht Fatimahtuzzahra' bersama suami yang telah mendapat PHD pada tahun 2007 (dgn izin masukkan kat sini ya)

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431H




Salam sahabat-sahabat semua,


Sekejap masa berlalu tanpa disedari,pejam celik kita dah nak melangkah ke tahun baru hijri.Islam begitu indah.Kita meninggalkan tahun hijrah dan menyambutnya dengan doa.Semoga segala dosa-dosa kita yang lepas diampunkan dan diterima segala amalan oleh Rabbul Izzati. Esok ( Jumaat, 18 Dec 2009 ), kita akan melangkah ke tahun baru 1431 hijrah.Di sini dikongsikan doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah untuk dibaca petang ini ( Khamis, 17 Dec 2009 ). Semoga semua amalan kita diterima dan semua dosa diampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…


Doa Akhir Tahun

Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.




Doa Awal Tahun

Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.



Sumber: Mutiara Hikmah

Isnin, 14 Disember 2009

Ciri2 Lelaki Soleh Menurut Al-Quran dan Al-Hadis


Sahabat2 yang dikasihi,,,

Kita mungkin sudah biasa dengan tajuk2 seperti ini. Tapi biarlah ia diulang2 supaya sentiasa menjadi pemangkin semangat kepada diri kita yang sentiasa lalai dan alpa dengan godaan duniawi. Semoga ia banyak memberi manfaat kepada kita untuk mencari cinta Ilahi yang hakiki.

Siapakah lelaki soleh? Adakah seorang lelaki yang bernama soleh? Oh tentu sekali bukan. Lelaki soleh yang dimaksudkan di sini ialah seorang lelaki yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segala zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan daripada sumber yang haram. Dia juga seorang yang sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada segala perkara mungkar dan menariknya ke arah jurang neraka yang dalam. Lelaki soleh juga seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya walau di mana sahaja dan bila-bila masa.

Ayuh, marilah kita sama2 meneliti ciri2 lelaki soleh seperti yang dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis :-


  1. Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya.
  2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya.

  3. Mati syahid adalah cita2 tertinggi.

  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah.

  5. Ikhlas dalam beramal.

  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.

  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa2nya.

  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

  10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

  11. Tawakal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.

  12. Selalu berinfak sama ada ketika lapang ataupun sempit.

  13. Menerapkan nilai kasih syang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.

  14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya,iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.

  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.

  16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia,sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah.

  17. Memberikan kasih sayang kepada keluarga.

" Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali Allah(para kekasih Allah itu), tidak ada kebimbangan(dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. " (yunus:62)


" Wahai orang yang mempunyai nafsu mutmainnah (jiwa yang sentiasa tenang). Kembalilah kepada TuhanMu dengan keadaan engkau redha kepadaNya, dan Dia redha kepadamu. Maka masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu! " (Al-Fajr:27-30)

Jika Hari Esok Tiada Lagi?

Bagaimana jika hari esok tiada lagi bagi anda? Hari ini adalah hari terakhir anda dapat menghirup udara. Esok anda akan pergi, meninggalkan hanya kenangan buat orang yang masih hidup. Apa yang akan anda lakukan hari ini?

Jika 10 minit lagi berbaki untuk anda, apa akan anda lakukan? Pada saat segala yang anda kecapi selama kehidupan ini, tidak lagi bermakna pada anda.


Jawatan besar
Kereta mewah
Rumah besar
Anak yang ramai
Kehidupan yang terkenal


Pada saat itu, apakah yang akan anda lakukan? Apakah yang akan anda kejarkan?

Jika sedetik lagi malaikat maut akan mencabut kehidupan anda? Saat itu, apa yang akan anda fikirkan? Siapa yang akan anda kenangkan?

Jika saat ini anda akan meninggalkan dunia ini buat selamanya, adakah anda akan pergi dengan senyuman? Atau bersama tangisan kekesalan? Saat itu, apakah perkara yang anda cari dalam kehidupan ini telah berjaya anda kecapi?

Selepas anda tiada lagi, apakah yang akan terjadi kepada keluarga, sahabat dan orang di sekeliling anda. Adakah ketiadaan anda akan meninggalkan kesan dalam hidup mereka? Adakah akan timbul kekosongan dalam hati mereka akibat ketiadaan anda?

Saya baru selesai menonton sebuah drama, dan perkara yang dapat saya renungkan adalah, adakah kehidupan kita ini benar-benar bermanfaat kepada orang lain? Ataukah kita ini hanya beban kepada orang lain?

“Jika tiada yang bersedih dengan kematian kita, bukankah bermakna ada sesuatu dalam cara hidup kita yang salah dan mesti kita ubah?” (petikan dalam cerita tersebut)

Anda setuju?

Jika hidup ini untuk mencari keredhaan Illahi, sudahkah kita kecapi dalam meniti arus kedewasaan ini?

Jika hidup ini untuk memberi erti kepada diri, apakah ertinya kematian kita nanti?

Akhirnya, apakah yang kita cari dalam hidup ini? Saya masih tertanya-tanya, apa yang saya cari? Anda bagaimana?



Sulaiman al-Kumayi:

Tuhan, jadikanlah aku alat kasih-Mu

Di mana ada benci – biarkan aku menebarkan cinta

Di mana ada hati-hati terluka – biarkan aku jadi penghibur

Di mana ada keraguan – biarkan aku menebarkan keyakinan

Di mana ada putus asa – biarkan aku menebarkan harapan

Di mana ada kesedihan– biarkan aku berkongsi bahagia

Di mana ada kegelapan – biarkan aku memberi cahaya



If I had my child to raise again....

If I had my child to raise all over again,
I’d finger-paint more, and point fingers less.
I would do less correcting and more connecting.

I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.

I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious, and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.

I’d do more hugging and less tugging.
I’d build self-esteem first, and the house later.
I would be firm less often, and affirm much more,
I’d teach less about the love of power, and more about the power of love.

I would love her sober, so I could do all this.
That’s how it would be, for me and my “miss”.

A quote:

WHY DOGS LIVES ARE SO MUCH SHORTER THAN HUMANS:
People are born so that they can learn how to live a good life — like loving everybody all the time and being nice.

Well, dogs already know how to do that, so they don’t have to stay as long


by akmal ahmed

Soalan Demi Soalan: Al-Quran Ada Jawapannya...



KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” –surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” –surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” –surah Al-Baqarah ayat 286

RASA TERTEKAN?

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” –surah Ali ‘Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung” –surah Ali ‘Imran ayat 200

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” –surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgahsana) yang agung.” –surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

“…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” –surah Yusuf ayat 12

Jumaat, 11 Disember 2009

Tazkirah Remaja: Cuti cuti juga tapi jangan...

SEKARANG musim cuti sekolah. Anak remaja pasti gembira selepas penat belajar, tiba musim merehatkan minda. Kepada yang berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, lebih bermakna meraikan cuti. Kepada mereka yang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pasti sedang bertungkus-lumus dan didoakan mereka melakukan yang terbaik.

Sesetengah ibu bapa mungkin sudah atau sedang merancang untuk memanfaatkan cuti yang panjang. Semoga perancangan digarap terbaik untuk anak-anak. Sebab anak aset paling berharga untuk keluarga, agama dan negara.

Manusia memang perlu didisiplinkan dengan sistem. Islam sendiri adalah satu sistem. Solat ialah satu sistem, puasa, zakat ada sistem tersendiri, apa lagi ibadat haji. Dengan amalan Islam, hidup kita lebih bersistematik.

Pada musim cuti sekolah ini, cuti cuti juga tetapi jangan sampai lupa sistem. Jika ketika bersekolah kita kena bangun awal sebab mahu ke sekolah. Dengan adanya sistem solat, walaupun musim cuti sekolah tetap kena bangun awal.

Janganlah mentang-mentang tidak bersekolah, solat Subuh menjadi Subuh gajah. Yang ini ibu bapa kena pastikan anak-anak bangun bersolat Subuh.

Begitu juga pelajar perempuan, mereka ke sekolah pakai tudung. Tutup aurat bukan kerana disiplin sekolah atau untuk kelihatan cantik menawan atau bersopan atau sebab orang lain memakainya tetapi mereka melakukan demikian disebabkan perintah Allah.

Begitu juga dengan waktu, jangan buang masa, sebab masa adalah kehidupan. Sebenarnya walaupun kita ada masa cuti dan berehat perlu diingat syaitan dan iblis serta konco-konconya tidak pernah berehat atau cuti. Makhluk ini tidak tidur malam, malah misinya tidak akan berhenti sehingga manusia tergoda dengan pujukannya.

Syaitan dari awal lagi mengisytiharkan perang dengan anak Adam untuk menyesatkannya selagi nyawa masih di badan.Cuti, cuti juga tetapi jangan sampai solat pun bercuti, tutup aurat cuti dan al-Quran pun cuti. Sebenarnya Allah memerintahkan kita mentaati-Nya supaya kita hidup bersistem dan Allah hendak menjanjikan syurga kepada kita.

Syaitan yang tidak pernah cuti itu akan terus menggoda kita supaya sama-sama menemaninya di neraka dan supaya kita hidup tidak berdisiplin.Apabila tidak mengikuti Islam kita tidak berdisiplin. Apabila tidak berdisiplin akan menjadi seperti Mat Rempit, bukan saja tidak berdisiplin di jalan raya, malah kadangkala mencabar undang-undang, menagih dadah dan apabila sudah tidak takut Tuhan, membujur lalu melintang patah.

Remaja Punk dan Black Metal sanggup makan tulang dan makanan buangan sedangkan yang baik mereka tinggalkan sebab sudah tiada disiplin. Semuanya bermula kerana tidak takut Allah. Apabila tidak takut, tiada disiplin.

Kepada ibu bapa, cuti-cuti juga, program pembangunan iman untuk anak-anak mesti masuk dalam agenda. Bawa anak-anak remaja mengerjakan solat berjemaah di masjid.Ajak mereka bersama mendengar kuliah yang tidak pernah lekang diadakan di masjid, malah mengaji al-Quran bersama sama ada pada awal pagi atau petang.

Hadiahlah mereka dengan buku-buku dan cerita bermanfaat. Hantar mereka ke kem motivasi untuk peningkatan sahsiah (peribadi), ajak menziarahi rumah anak yatim supaya timbul keinsafan, bawa mereka menziarahi sanak saudara untuk meningkatkan ukhuwah dan filem yang menginsafkan ditonton bersama.

Bagi masjid, rancanglah program yang efektif kepada masyarakat. Wang derma yang dihulurkan jemaah jangan hanya disimpan untuk pembelian cat dan pengindahan masjid semata-mata, tetapi sebaliknya pulangkan wang terbabit kepada jemaah dalam bentuk program dan pembangunan pendidikan.

Melalui program sebegini barulah jemaah berasa berbaloi dan akan menderma lagi, sesuai dengan hasrat negara membangunkan modal insan.

Cuti-cuti juga, beribadat jangan berhenti, taat jangan berkurang, kerja diteruskan, sebab di dunia tempat mencari bekalan. Bercuti dan berehat sebenarnya di syurga yang abadi.
Selamat bercuti!


Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Kek & Arak?




Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak....


Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian

Chef Farid
halalguide.org

Mencari Yang Halal...



Salam sahabat-sahabat semua...

Coklat?Siapa yang tidak gemar coklat..pasti semua menyukainya,lebih2 lagi kanak2 so...bagi para ibubapa dan para penggemar coklat...sila teliti artikel yang dipetik dari halalguide.org untuk penelitian bersama.Mencari yang halal fardu bagi umat Islam.


All the below Masterfood Company Chocolate Products (Mars) are no longer Halal. They started using Animal product rennet(pork) in it for products that have expiry date after 1 st of October 2007.

Check this article from BBC News
http://news.bbc.co.uk/1/hi/business/6653175.stm
And this from the Vegetarian Society
http://www.vegsoc.org/news/2007/mars.html


· Bounty
· Celebrations
· Dove Chocolate
· Flyte
· Galaxy
· Kudos (North America)
· Lockets
· M-Azing (North America)
· Maltesers
· M&M's
· Mars Bar
· Mars Delight
· Milky Way
· Minstrels (UK only)
· Mars Planets (newly inroduced in UK)
· Skittles
· Snickers (The top-selling candy bar in the United States. Known in the UK as Marathon until 1990.)
· Starbur st (Originally Opal Fruits in the UK .)
· 3 Musketeers ( North America )
· Topic
· Twix
· Snicker's Marathon Energy Bar
· AquaDrops

Kisah Rama2 & Bunga



Mari kita hayati kisah ini....

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama....

Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat....
Lelaki ini sedih,tidak faham mengapa pemberiaanNya berbeza dengan permintaanya.
Kemudian dia berfikir... Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Selepas satu tempoh,lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya...
Lelaki ini amat terperanjat apabila..
melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu..
tumbuh pokok bunga yang cantik..
dan daripada ulat yang terselindung..
telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!
Cara Allah sentiasanya cara terbaik...
walaupun kelihatan semuanya salah...

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah
PERCAYALAH...
pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai..

Apa yang anda pinta
tidak semestinya apa yang diperlukan!
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan,
teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh..

DURI hari ini...
adalah BUNGA hari esok!

Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka
yang menyerahkan ketentuan kepada Nya....



Semoga Allah merahmati anda...May Allah Bless You!

Rintihan Imam Syafie...

" Bila hatiku keras dan sempit perjalananku,
aku jadikan harapanku sebagai tangga untuk keampunanMu,
Betapa besarnya dosaku,
tetapi apabila dibanding dengan keampunanMu....Tuhanku,
keampunanMu lebih besar,
SentiasalahMu mempunyai kemurahan,kelebihan kurniaan,
Engkau kurniakan dan mengampunkan sebagai kurniaan dan kemuliaan,
Mudah-mudahan kesudahanku adalah di syurga,
(Jika itu kesudahannya) Nescaya ditahniahkan,
atau (jika) di neraka nescaya sesal ( menimpaku tiada berkesudahan ) "

Isnin, 7 Disember 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.


Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Ahad, 6 Disember 2009

Majlis Kahwin....

Salam buat semua.Alhamdulillah baru ada kesempatan nak masukkan entri pasal majlis kahwin ni. Dah 2 hari demam banjir...hehe..Ni majlis kahwin (Asma) kawan yg sama2 bljr kt Perlembahan Nil dulu.Majlis ni pada 3 Disember.Alhamdulillah hari tu cuaca dah ok,jadi dapatlah pergi.Kalau tidak,susah juga nak keluar..sebab jalan teruk,banyak jalan yang rosak akibat hujan lebat beberapa hari yang lepas.Apapun tahniah buatmu Ma dan suami.Selamat Pengantin Baru.Moga bahagia dunia akhirat. Ops!Selamat bergelar Puan Asmawati Mohamad.hehe...


Ada beberapa keping gambar sempat ambil (dgn izin masukkan kat sini ya..hehe)...





Pada takdir Tuhan

Menyatukan Adam dan Hawa


Adalah amanah


Yang berbenang


Mahabbah,mawaddah


Dan Rahmah


Dengan tali-tali sakinah


Layarilah bahtera


Cintamu dengan cintaNya


Tanpa ego,tanpa jemu


Tanpa dosa


Tetapi taqwa,iman


Dan cinta


Pasti bahagia


Ummu Hani-16/11/2009

Rabu, 2 Disember 2009

Jika Aku Jatuh Cinta...

Wahai Maha Pengasih,
Jika aku jatuh cinta....
Benihkan cintaku kpd seseorang yg melabuhkan cintanya kpdMu,
Agar bertambah kekuatanku utk mencintaiMu..
Wahai Maha Penyayang,Jika aku jatuh cinta....
Jagailah cintaku kepadanya,
Agar tidak melebihi cintaku kpdMu..
Wahai Maha Penyayang,Jika aku jatuh hati....
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorg yg hatinya tertaut kpdMu,
Agar aku tidak jatuh dlm jurang cinta yg semu..
Wahai Maha Penyayang,Jika aku jatuh hati.....
Jagalah hatiku kepadanya,
Agar aku tidak berpaling selain kepada hati-Mu..
Wahai Maha Penyayang,Jika aku rindu...
Rindukanlah aku kpd seseorg yg merindui syahid di jalanMu..
Wahai Maha Penyayang,Jika aku rindu...
Jagalah rinduku kepadanya,
Agar aku tidak lalai merindukan syurga-Mu...
Wahai Maha Penyayang,Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu...
Jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu..
Wahai Maha Penyayang,Jika aku jatuh hati kpd kekasih-Mu...
Jgn biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kpdMu...
Wahai Maha Penyayang,Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jgn biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku kpd cinta yg hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...
Wahai Maha Penyayang,Engkau mengetahui bahawa...
hati-hati ini telah berhimpun dlm cinta kepada-Mu..
telah berjumpa pada taat kepada-Mu..
telah bersatu dalam dakwah kepada-Mu..
telah berpadu dlm membela syariat-Mu..
Kukuhkanlah ikatannya....
Kekalkanlah cintanya...
Tunjukilah jalan-jalannya...
Penuhilah hati-hati ini dgn Nur-Mu yg tiada pernah pudar....
Lapangkanlah dada-dada kami...
Dengan limpahan keimanan kepada-Mu...
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....Ameen...

Renungan Bersama

Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari segi :






1. Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak.





2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.





3. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungan daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.





4. Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu.





5. Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur.





6. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.





7. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.





8. Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya ditonjolkan kepada suaminya sahaja.





9. Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu dinasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.








Dengarilah Sahabatku,Allah memujukmu,"attoyyibat littoyibin" (anNur 26).Wanita baik utk lelaki baik&sebaliknya.Telah tercatat seungkap nama di Luh Mahfuz utkmu,cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu,jika kau thabit di ats jalan yang diredhai,InsyaAllah si dia turut di ats jalan yang sama.Lupakanlah segala kegundahan,teguhkan diri pada cinta hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki.Allah loves you.Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

Sama2lah Kita Menghayatinya

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpul2kan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar tulisan ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna