Asmaul Husna

Pengikut

Sabtu, 3 Disember 2011


Assalamualaikum wrbt...
Sahabat2 yang sentiasa di ingatan tidak kira dekat atau jauh,moga kita semua sentiasa dikurniakan kasih sayang dan rahmatNya yang berkekalan..amin...

Sekadar perkongsian ilmu,renungan dan muhasabah diri sendiri...


Antara kesilapan Ibubapa dalam mendidik anak..

1. Kesilapan Pertama : Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)...

:Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan Kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan Ketiga:Kurangnya Ilmu....
Ibubapa hanya tahu mengarah dan menyuruh anak2 tanpa membimbing atau menyedarkan mereka kenapa perlu buat itu...buat ini...Solat contohnya,...kadang2 anak2 patuh kerana disuruh/takut dimarah, padahal mereka tidak faham kenapa mereka mesti lakukan semua itu....bila ini terjadi,mereka tidak akan bersolat jika tidak disuruh!

Renung-Renungkan....Selamat Beramal....

‎1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DOA

Jadi agar hari ini lebih INDAH...
Sebarkanlah KASIH SAYANG kepada sesama,
Bersahabat dengan MASALAH,
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA...
dan selalu berDO'A kepada yang Maha Kuasa .

•❤•.If Allah answers your prayers, He is increasing your faith. If He doesn't, He is training your patience. Be grateful in both cases!.•❤•.

Isnin, 26 September 2011

Ketika....


Assalamualaikum wrbt....
Sahabat2 yang sudi berkunjung di sini..sudah agak lama teratak ini sepi dan menyepi...semoga kalian semua sentiasa di dalam rahmat Allah...mlm ni tiba2 aje nak post entri ni..copy drpd facebook seorang kawan,,,moga sama2 dapat ilmu dn manfaatnya....



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua
dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI
kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil
menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak
pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur
kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan
orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


Ahad, 3 Julai 2011

Bersabarlah!!!




Munajat PadaMu



Kedinginan pagi hujan menitis,
Balam-balam lampu setia menemani,
Aku berteleku di sejadahMu Tuhan,
Menenangkan jiwaku yang berkecamuk,

Aku sedar hidupku begitu bermakna,
Dikelilingi kebahagiaan dan kesempatan,
Meneroka cabang hidup dengan harapan,
Aku sedar itu, Ya Allah,
Dan aku bersyukur atas peluang ini,
Namun, aku masih terasa 'kosong',
Jiwaku kesepian dengan hakikat diri,
Aku buntu mencari sinaran hidupku.

Syukur padaMu wahai Tuhan,
Perjalanan sejauh ini dapat diharungi,
Tiada segaris kekesalan yang melanda,
Suka duka menjadi dorongan,
Cinta dan cita jadi sanjungan,
Namun andai aku hilang arah,
'Tuntunlah' aku kembali padaMu,
Jangan terus biarkanku hanyut dalam,
arus waktu yang melalaikan.

Aku mahu kedamaian hati,
Redha dengan suratan takdir,
Menjalani hidup dengan keberkatanMu,
Mendampingi ilmu dan yang tersayang,
Melakari nostalgia bahagia bersama,
Hanya Engkau sahaja yang tahu,
Apa yang terbaik untukku,
Aku berserah diri padaMu,
Dan berilah aku kekuatan,
Berdepan dengan insan lain,
Mentafsir keinginan isi hati,
Dan impian yang digenggam,
Selama ini .

Aku mahu dekat denganMu ya Allah,
Melayari hidup dengan izinMu,
Kebahagiaan dalam cinta manusia,
Kesejahteraan hakiki yang di cita,
Harapanku munajat ini,
akan terus melagukan rindu padaMu dan
Gelora persoalan dapat dileraikan
dengan penghujung jawapan terindah.


Artikel I Luv Islam

Sabtu, 2 Julai 2011

Apabila Ditikam Dari Belakang...



Bagaimana rasanya jika anda ditikam dari belakang? Maksudnya, anda dikhianati oleh orang yang anda percayai, hormati malah sayangi. Apakah perasaan anda jika anda ingin perkara seumpama itu tidak berlaku (malah tidak pun menyangkanya) tetapi ia berlaku juga dalam episod hidup yang singkat ini? Ya, anda, saya dan kita semua pasti melalui episod yang sedih dan tidak disangka itu dalam hidup. Jika tidak berkali-kali, pasti sekali kita mesti 'terkena'.
Saya ingin tegaskan... mesti ada rasa takut, geram dan kecewa. Malah kadangkala anda menjadi curiga dan berprasangka buruk dengan semua orang. Insiden pahit yang sekali itu menjadi trauma dalam jiwa yang menyebabkan kita sukar mempercayai sesiapa lagi.
Ya, jika dia yang begitu akrab dengan kita, mungkin begitu tinggi ilmunya, mungkin telah banyak budi dan jasanya, pun tergamak melakukanya, apatah lagi orang lain? Begitu getus rasa kita.
Jika itulah akibatnya, hidup kita akan hilang bahagia. Kita tidak akan ceria lagi. Bila kita sudah tidak ceria, apa yang dibuat pasti tidak menjadi. Hari-hari yang indah bertukar gundah. Kita rasa malas melangkah dan segala potensi diri pudar tidak menyerlah!
Jika itulah yang berlaku, kita sebenarnya sedang memberi kemenangan total kepada orang yang mengkhianati kita. Dia akan berjaya memporak-perandakan kehidupan kita berkali-kali. Jangan biarkan dia menang. Sebaliknya, berhentilah mengenang perbuatannya. Jauhkan diri dan berhati-hati dengan 'gunting dalam lipatan' ini.
Tetapkan satu jarak yang jauh tetapi jangan memutuskan. Sekiranya tidak mampu melupakan, tidak mengapa, tetapi belajarlah memaafkan. Jangan membalas. Jangan kita mengkhianati diri sendiri hasil pengkhianatan orang kepada kita!
Bersabar atas kerenah pergaulan dengan manusia adalah tuntutan agama. Kita tidak hidup dalam masyarakat malaikat , yang tidak alpa dan tidak berdosa. Tarik nafas dalam-dalam dan helakannya panjang-panjang. Cubalah bermuhasabah dengan diri sendiri penuh berani dan jujur. Acapkali, kita dikhianati kerana pernah mengkhianati. Atau kita berdiam diri apabila orang lain dikhianati dan dizalimi. Padahal, membela dan bersuara atas kebenaran itu satu tuntutan. Jangan dayus, penakut dan pengampu... itu umpama syaitan bisu.
Sudah lumrah dalam hidup ini, kita terpaksa hadapi perkara yang tidak kita inginkan. Kita tidak mampu mengawal semua yang berlaku agar sentiasa 'cocok' dengan keinginan dan kemampuan kita. Justeru, selalu berlaku perkara-perkara yang kita sendiri tidak inginkan berlaku. Lantas kita akan mengalami ketakutan, takut sakit, takut gagal, takut dicerca orang dan sebagainya. Kita tidak boleh lari daripada hakikat ini.
Itu semua adalah realiti dan basahan dalam hidup yang terpaksa kita hadapi. Soalnya, bagaimana kita dapat menangani semua itu dengan cara yang sebaik-baiknya? Hingga dengan itu bukan sahaja kita dapat mengatasinya, malah dapat memanfaatkannya untuk terus mencapai kejayaan. Salah satu caranya ialah dengan membesarkan cita-cita. Ya, cita-cita yang besar akan mengecilkan kritik, pengkhianatan dan sabotaj oleh musuh dalam selimut!
Bayangkan dalam perang Khandak yang hebat itu. Musuh, tentera-tentera Ahzab mengepung di luar kota Madinah, manakala Yahudi menikam dari dalam kota Madinah. Ditambah oleh tipu daya licik para munafik. Bekalan makanan pun kekurangan. Bagaimana Rasulullah menghadapi ya?
Ya, dengan menanamkan satu berita dan cita-cita besar , Rom dan Parsi , dua kuasa besar dunia ketika itu akan tersembam di telapak kaki umat Islam. Jika difikirkan mana logiknya? Sedangkan tentera gabungan puak Quraisy dan pengkhianatan pihak Yahudi sedang mencengkam pada saat yang sangat kritikal itu. Namun itulah Rasulullah... penderitaan dunia yang sedang dihadapi diperkecilkannya dengan janji syurga, ancaman musuh di peringkat 'local' dipermudahkannya dengan kejatuhan musuh besar di peringkat internasional.
Jangan trauma dengan pengkhianatan masa silam. Jangan bimbang dengan pengkhinatan masa akan datang. Tetapi binalah cita-cita besar yang mampu 'meremehkan' semua itu. Dengan cita-cita besar kita akan menjadi raja. Bukan raja untuk berbangga tetapi raja yang mempunyai keyakinan diri dan kemurnian reputasi. Biarlah anjing menyalak bukit. Bukit tidak akan runtuh. Begitulah orang yang menikam kita dari belakang... kerana dia hakikatnya lemah, penakut dan tidak punya keyakinan diri untuk bertarung secara berdepan!
Tidak ada orang yang mahu menendang anjing yang telah mati. Maka begitulah kita, selagi ada tenaga, upaya dan keinginan yang menyala-nyala maka akan sentiasa ada 'musuh' dalam selimut yang ingin mengacau kita. Kritik yang tidak adil adalah pujian yang tidak rasmi. Tikaman dari belakang petanda kita gagah dan digeruni untuk dihadapi secara berdepan.
Yang penting, bermusabah diri. Jaga hati agar sentiasa lurus dan tulus. Jaga perlakuan agar sentiasa diikat oleh syariat. Jika itu telah dapat kita usahakan... pengkhianatan akan dapat kita hadapi dengan senyuman. Strategi liciknya akan membelit dirinya sendiri. Dan dia akan terjerumus dalam lubang yang digalinya sendiri!
Kita? Biarlah tetap menjadi hamba Allah. Tetapi menjadi raja kepada diri kita sendiri!


Biodata Kolumnis
Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalah
www.genta-rasa.com.

Jumaat, 4 Februari 2011

Kisah Sebatang Pokok Epal


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "

Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.

Mereka berdua menangis kegembiraan.


Cerita ini dipaparkan untuk mengajak semua untuk berfikir tentang pengajaran yang dapat diambil di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang digambarkan di dalam cerita di atas adalah anologi kepada kedua ibu bapa kita. Kita dapat lihat daripada cerita di atas, jika kita memerlukan bantuan, kita akan mencari ibu dan ayah kita. Selepas mereka membantu kita, kita selalunya tinggalkan mereka dan tidak ambil kisah tentang mereka. Mereka (ibu bapa) sentiasa mencari jalan untuk membantu anak-anak mereka, namun ramai anak di luar sana yang tidak mengenang budi malah menderhakai mereka. Fikirkan.


Artikel I Luv Islam

Rabu, 2 Februari 2011

Banjir di Segamat

Assalamualaikum wrbt...

Alhamdulillah,hari ini sudah menampakkan sinar suria setelah hampir seminggu ujan xbrhenti2 di Segamat.Syukur Ya Allah...

Pada hari Ahad 30 hb januari,ujan xbrhenti2 turun di JB..ku mengambil keputusan utk balik ke Segamat dan berehat di umah akak sblm bertolak keesokannya ke Terengganu...Setelah menunggu ujan xbrhenti dari pagi,ku pun bertolak pukul 2.30 ptg dari JB ke Segamat.

Sepanjang jalan,ujan xbrhenti2...selamat sampai ke Yong Peng setelah hampir 1jam setengah perjalanan...dan perjalanan diteruskan lagi ke Segamat...Dari Yong Peng ujan xbrhenti2...ku xsangka kawasan2 yg biasa kulalui akan mengalami banjir seteruk ini...dengan keadaan jalan yang sesak kerana proses mengundi di Tenang pada hari itu.Sampai di Maokil,jalan sudah dipenuhi air paras peha...semua kereta terpaksa memperlahankan kenderaan masing2...aku tekad untuk meredah air banjir kerana melihat kenderaan dari arah bertentangan boleh melalui jalan tersebut.Setelah menukar gear kpd 2,ku meredah air tersebut separuh jalan,dan diminta berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan dari arah bertentangan...selepas itu mereka yang ada kat situ memberikan arahan kepadaku supaya mengikut belakang lori.Ku meredah air tersebut dengan perasaan yang amat takut dan bacaan doa yang xputus2..setelah berjaya melepasi kawasan tersebut,ku bersyukur sangat2 kerana dah selamat daripada keadaan tersebut...ku teruskan perjalanan dengan harapan tiada lagi banjir di tengah jalan.

Hari makin gelap..kuteruskan lagi perjalanan ke Chaah...kali ni lagi sekali mengharungi air banjir dgn harapan selamat sampai.Tiba di Labis jam dah hampir 6.30 petang...banyak kereta tersadai di tepi jalan kerana xdpt teruskan perjalanan.Dalam keadaan macamni,ku xboleh berpatah balik lagi ke JB krn berada di tengah2...sehinggalah sampai di Tenang,jambatan dan jalan sudah dipenuhi air..kali ini hampir setengah jam ku menunggu di dalam kereta...pada masa ni bertemu orang ramai yang sama terkandas dan tidak dapt teruskan perjalanan...ada yang nak balik Terengganu,Pahang,Kelantan dan Negeri Sembilan..masing2 takut untuk teruskan perjalanan kerana air dah hampir paras pinggang...dalam keadaan macamni,aku tidak tahu apa yang harus dibuat..setelah melihat ada beberapa buah kereta yang meredah air tersebut...dengan nekad dan tawakal dan harapan inilah jalan banjir terakhir yang bakal kulalui..kali ini dengan mengikuti belakang lori ku redah air banjir tersebut dengan mulut xpts brdoa dn brzikir...sangat mengerikan apabila diingat2 semula...aku mengikuti lori tersebut sehinggalah sampai ke Bandar Baru Segamat...jam dah hampir 7.30 malam...pemandu lori sangat prihatin,kerana apabila melalui air banjir dia akan memberikan lampu kecemasan untukku berhati2 dan standby dengan gear 2...(jgn sesekali menukar gear ketika di dalam air) krn risiko enjin kereta boleh mati...aku sangat takut...

Apabila sampai di Bandar Segamat,polis sudah tidak membenarkan aku meneruskan perjalanan...kerana jambatan dan sungai Genuang sudah dipenuhi air...aku berpatah balik dan cuba mencari jalan lain ke rumah kakak...berhenti di hadapan Bank Rakyat Segamat kerana kawasan tersebut masih belum dinaiki air...sangat menghairankan kerana ada kereta tersadai tapi semua orang sudah tidak ada..aku cuba mencari jalan alternatif lain ke umah akak...apabila melihat papan tanda jalan ke arah Kg.Jawa,ku lihat semua kereta berpatah balik kerana jalan tersebut juga sudah dipenuhi air..jam dah hampir 8.00 malam..kerana tidak tahu lagi hendak ke mana...ku cuba berhentikan kereta di sebuah rumah uncle cina...dengan harapan mereka ihsan untuk menumpangkan aku..pada masa itu,kawasan itu sahaja yang masih tidak dinaiki air...uncle tersebut mempelawaku untuk minum air,dan aku meminta izin untuk membuang air di rumahnya...tiba2 uncle meminta aku meletakkan kenderaan di seberang jalan berhadapan rumahnya..hampir 10minit air sudah melimpahi paras betis di hadapan rumahnya...setelah hampir 10 minit menunggu di dalam kereta,uncle mengajak aku berpindah ke bangunan tiga tingkatnya..dan dia menolong memindahkan barang2ku daripada kereta...tapi aku terpaksa melalui air yang dah hampir paras betis di hadapan rumahnya..tiba2 seorang uncle dari kedai hadapan melihat aku yang terpaksa mengangkut barang dan meredah air...dia dengan baik hati mengangkut barang dan mengajak aku naik ke bangunan 3 tingkatnya..dan di sinilah aku menumpang berteduh selama 3 hari 2 malam...terima kasih yang tidak terhingga buat uncle Seng Hong sekeluarga...keadaan makin gawat kerana bekalan elektrik,air,telefon sudah terputus...ku pasrah dan berdoa dengan harapan selamat...keesokan pagi hari Isnin 1hb Februari...kawasan parking keretaku semalam sudah menjadi sebuah lautan...keretaku sudah ditenggelami air hampir paras tayar...dan terpaksa pasrah dengan segala kerosakan yang berlaku...semua jalan sudah ditutup dan tidak boleh ke mana2..menunggu dan terus menunggu...2hb Februari air makin surut dan sudah menampakkan jalan...akak cuba datang dengan abg ipar,tapi jalan masih teruk...akhirnya mereka selamat sampai tapi keretaku sudah tidah boleh dihidupkan lagi...menunggu mekanik datang hampir 3jam...alhamdulillah tidak mengalami kerosakan teruk,wayar alarm terpaksa dipotong dan bateri kereta sudah lemah.setelah kereta berjaya dihidupkan,aku follow akak dan abg ipar dan terus ke bengkel kereta Perodua..tapi mereka tidak dapat buat kerana mekanik mereka terkandas di dalam banjir...mencari kedai mekanik lain dan akhirnya untuk menghidupkan kereta secara normal, alarm kereta trpaksa ditanggalkn kerana telah dimasuki air dan bateri terpaksa ditukar kerana sudah lemah...dan akhirnya selamat di umah akak..dan hasrat balik ke Terengganu terpaksa dibatalkan kerana sudah melalui hari2 yang sangat memenatkan...kereta terpaksa dicuci kerana semua karpet sudah basah dan dimasuki air...alhamdulillah kusyen kereta tidak basah.

Pengajarannya jangan meredah banjir lagi kerana ia bakal meragut nyawa..pengalaman paling ngeri dan ujian paling besar di dalam hidup....
Ujan lebat sepanjang perjalanan..jalan sesak...

Banyak rumah sudah mula ditenggelami air
Tidak disangka akan banjir seteruk ini...
Jalan pertama yang diredah(Maokil)

Lori yang ku follow
                                         Air masih belum naik,so parking kereta depan kedai uncle
Terkejut kereta sudah hampir ditenggelami air esoknya

Rupanya banyak juga yang parking kereta di sebelah keretaku

Semua kawasan ditenggelami air
Kawasan banjir belakang kedai uncle yang ku tumpang



Banjir sudah mula surut

Sabtu, 29 Januari 2011

Usiaku Bertambah...


Assalamualaikum wrbt..

Alhamdulillah,dapat merehatkan diri sekejap setelah pulang dari meeting AJK PIBG hari ni...sblm bertolak pulang ke kampung sempena cuti tahun baru cina..hehe,dptlh cuti seminggu...cuti lagi...bagi yg brcuti jap aje jgnlh jeolous lak...wlaupun cuti,tp kerja2 dn tugasan harian xprnah trhenti..ada je yg bakal menanti utk disetlekan...kdg2 org kata,kerja cikgu best sb bnyak cuti...tp skrg keje cikgu xckp tngan,nak2 di alaf yg mencabar ni...suma keje cikgu buat..cikgulah kerani,cikgulah doktor,cikgulah akauntan dn mcm2lh...suma serba buat..hehehe...

Apa2pun..tulah rezeki pencariaan kita yg msti dilaksanakan dgn penuh keikhlasan dan amanah...
krn semua yg kita buat di dunia ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak.

Sedar tak sedar,hari ni dah genap usiaku tanggal 29 Januari...hehe,makin brtambahlah usia...moga hari2 yang bakal kulalui selepas ini sntiasa di dalam rahmatNYA...buat sahabat2 yg mengenali diri ini atau tdk..terima kasih banyak2 di atas ingatan dan doa kalian yang berpanjangan...

Hayati sebuah sajak yang kupetik daripada karangan Hj Ibrahim Mohamad penulis buku Bisikan Sirr(hadiah seorang teman suatu ketika dulu....tima kasih banyak2) :)

Wahai diri
ingatlah setiap masa pada Allah
hingga terasa manis kalimah itu
apabila berdenyut di hati sanubarimu

Wahai diri
janganlah engkau lupa
setiap masa dan ketika dirimu akan
dikembalikan ke hadrat TuhanMu
sama ada engkau redha atapun engkau
tidak bersedia

Perbetulkan akal dan hatimu
kehidupan adalah persediaan
untuk menuju kematian
janganlah tertipu dengan dunia

Ya Tuhanku
akulah pengembara menuju cintaMu
tanpa ragu dan jemu
akan kuketuk pintu rahsiaMu
agar tenggelam diriku di lautan WajahMu
Yang Maha Indah

Ya Tuhanku
akulah pengemis setiap masa
berdiri dengan penuh harapan di pintu
rahmatMu
perjalanan yang panjang ini
adalah suatu ujian padaku
sama ada langkahku pincang
atau langkahku terisi
dengan cinta Ilahi

Alangkah sukarnya dan berliku
perjalanan mencari hakikat diri
nafsu dan syaitan
akan berhemah berjuang
merosakkan dan melalaikan
daripada sampai ke penghujung

Moga ia memberi keinsafan dan pengajaran buat semua terutama peringatan untuk diri sendiri yang terlalu dhoif dan lemah ini..

Salam Ketemu lagi

Isnin, 24 Januari 2011

Kembali ...2011

Assalamualaikum wrbt..

Sahabat2 yang sudi berkunjung di sini,

Alhamdulillah,syukur kpdNya di atas segala nikmat yang tidak pernah putus2 buat hamba2Nya...

Sudah lama tidak mencoret rasa di sini...2010 sudah meninggalkan kita..meninggalkan segala macam perkara yang berlaku di dalam hidup sebagai hambaNya yang dhoif..melangkah dan terus melangkah ke tahun 2011...begitu pantas masa berjalan...adakah langkahku sbg hambaNya sepantas masa berjalan? Ya rabb,terasa kerdilnya diri hambaMu ni...ampunilah daku...

Sahabat2 yang dikasihi,,,

Tiada kata2 yang hendak dicoretkan di sini,layan ajelah ya gambar2 kat bawah ni sempena program Kem Bestari Solat utk murid2 tahun 1 dan program sempena Maal Hijrah 1432H di sk ku...





Salam Permisi..jumpa lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna