Asmaul Husna

Pengikut

Ahad, 28 Mac 2010

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum...

Hari ni kami konvoi ke kenduri kahwin Azura lak di kampung Melayu Majidee.Aduh,boleh tahan jugak jalan kat sana,maklumlah xpernah g area sana,nasib baiklah ada orang yang baik hati setia menunggu,klu x dah sesat dan x sampai kenduri ni..huhuhu... Azura ni guru kaunseling sekolah kami berasal dari Pahang telah bertemu jodoh dengan pasangannya saudara Fairos yang berasal dari JB.Tahniah buat Zura dan suami.Semoga kalian dapat menjalani hidup berumahtangga dengan penuh rahmah dan mawaddah hingga ke syurga..amin..

Xsempat nak bergambar dengan pengantin, tapi dapatlah snap gambar2 pengantin ni....hehe...









Oklah salam permisi...jumpa lagi...lepas ni kenduri kahwin sape lak?huhuhu...

Sabtu, 27 Mac 2010

Hari Keluarga SKKP 2010

Assalamualaikum..

Sahabat2 yang sudi ziarah sini..

Alhamdulillah,syukur padaMu kerana masih memberikan diri ini peluang untuk bernafas di bumiMu ini..keindahan yang amat terasa dan sukar diungkap bila diri mengecapi nikmat yang paling besar dalam hidup,nikmat iman dan islam...moga hidup kita sentiasa terpimpin dengan hidayah dan taufikNya..amin...



Alhamdulillah hari ini sekolahku telah berjaya mengadakan Hari Keluarga di bawah pengurusan BKG 2010/2011 di StarHill JB.Hari yang telah mengeratkan silaturrahim warga SKKP...Pelbagai acara telah diadakan antaranya sukaneka guru dan sukaneka kanak2.Terima kasih kepada pengurusan BKG pada tahun ini terutama pengerusi BKG yang telah bertungkus lumus berusaha untuk memastikan hari kelurga ini berjalan dengan baik...Apa yang penting katanya semua warga SKKP gembira dengan aktiviti ini dan semoga ikatan persaudaraan serta kerjasama ini akan terus berkekalan sampai bila2...hehehe...

Sempat snap gambar2 sekitar hari keluarga di sekolahku..hehe,layan slide bawah ni ya....



Oklah..kita jumpa lagi tahun depan bersama keluarga besar SKKP...InsyaAllah...Semoga semua telah bergembira...


Salam Permisi..

Khamis, 25 Mac 2010

Sajak Simfoni Cinta Zulaikha



Tiada lagi air mata
tiada lagi kedukaan pada Zulaikha
ia telah memalingkan wajahnya dari Yusof
membersihkan diri dan pakaiannya
untuk mengadap kepada pencipta Yusof
keindahan Yusof adalah bayanganNya
percikan sedikit dari keindahanNya
keindahanNya tiada bahasa
hanya terpaku kelu di hadapanNya

Lihatlah jarimu sudah terpotong wahai wanita Mesir
kesedaranmu telah hilang melihat keindahanYusof
sedangkan para arifbillah itu sentiasa melihatnya
sudah hancur terluka diri mereka
dengan cahayaNya

Zulaikha menjadi miskin
menjadi tua dan hodoh
cintanya telah membinasakan
cintanya pada Yusof adalah kesengsaraan

Zulaikha kembali kepada cinta yang hakiki
tiada mahu lagi memuja bayang-bayang
cintanya itu membawa kebahagiaan
cintanya itu membawa keasyikan dan keindahan
Dirinya kembali menjadi indah,cantik dan muda
dan Yusof jatuh dalam dakapannya

Dunia adalah bayang
sesiapa yang mengejarnya akan kepenatan
sesiapa yang berpaling darinya
ia akan mendatangi
bila Zulaikha memuja Yusof
Yusof lari daripadanya
sehingga terkoyak bajunya
tetapi apabila Zulaikha berpaling darinya
Yusof mengejar sehingga terkoyak pula bajunya

Fahamilah wahai pemburu kehidupan
jangan disiakan waktu dengan memuja bayang
cintailah empunya bayang
Dialah cahaya keindahan di sebalik keindahan
para kekasihNya sentiasa memandangNya
hancur lukalah jiwa dan akal mereka
dengan pisau cahaya keindahanNya

karya asal :
Hj Ibrahim Mohamad (Bisikan Sirr)

Isnin, 22 Mac 2010

Kesayanganku....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,syukur dah selamat sampai JB 4.30 petang semalam...dari kg ke Segamat jalan sangatlah lengang,mungkin ramai dah balik awal...sampai Segamat pukul 12 tengahari...transit sekejap umah kakak sebelum bertolak ke JB..Pukul 2.15 petang baru teruskan perjalanan ke JB...alhamdulillah selamat sampai walaupun highway hujan lebat masa tu...banyak juga kereta yang kemalangan mungkin terbabas dek jalan licin kerana kelajuan yang melampau...gerun juga melihat situasi dan keadaan seperti ini...apa yang sering kuperhatikan,adalah sikap2 pemandu yang cuai,walaupun benda yang simple,tapi malas nak buat...contoh,tidak memasang lampu isyarat untuk menukar lorong...menukar lorong secara melulu,mengikut kenderaan di hadapan dengan jarak yang sangat dekat,memandu dengan kelajuan yang melampau ketika di selekoh dan memandu dalam keadaan mengantuk...semua ini boleh mengundang bahaya...Semoga kita tergolong di kalangan pemandu2 yang berhemah dan bukan pemandu2 yang cuai dan ikut nafsu...Beringat2lah dan sentiasa berwaspada...Sayangilah insan2 yang menyayangi kalian...kalau tiada pun,sayangilah diri kalian..huhuhu....

Semalam sempat snap gambar2 kesayanganku...hehe,layan jelah...


Najwa dah pandai main basikal....yeyee

Wafi posing ngan Najwa ekk...

Haha,ni Najwa,Faiz dan Wafi...mana Syafi?

Najwa suka posing..cakkkk

Rabu, 17 Mac 2010

Luahan Hatiku...


Assalamualaikum...

Xde citer best pun,saja luahan hati yang dah tahap kritikal ni...

Boringnya malam ni..hehe,sebelum2 ni pun sama...tapi malam ni terasa sangat2..kerja dan tugasan sekolah ada buat balik kampung...hehe...konon nak buat,tapi lansung x sentuh...aduh2 napelah jadi macamni?Orang lain mesti seronok habiskan cuti kat kg,tapi aku ni biasa2 je,nak kata seronok sangat tu,x lah....tapi sebagai anak memang dah tanggungjawab ziarah ayah...bukannya selalu balik kg,time cuti2 sekolah je baru boleh ziarah ayah.

Semalam bawak ayah jalan2 ke Kuala Terengganu.Singgah pasar besar kedai payang...beli baju batik kiriman kawan kat sekolah...hehe...harap2 baju ni sesuai...yang penting dia suka...kami makan2 kat sana...pukul 4.30 petang baru bertolak pulang...

Bestnya kalau time cuti ni dapat bercuti kat mana2...plan nak ke Kelantan x jadi..nak bawak ayah ke Mersing esok pun x jadi...aduh,nampaknya habiskan cuti depan laptop ni jelah..huhuhu...cian2...

Ok lah,tidur lagi baik,lagipun dah lewat malam ni....yang penting banyakkan berzikir...moga hati sentiasa tenang....aduh hati yang lara..tenanglah kamu dengan berzikir dan banyak mengingati Allah...

Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan hati, dengan merasa qana’ah (memadai) pada yang diberi-Nya baik ia menepati keinginanmu atau tidak, dengan merasai kehebatan kasih-Nya dalam setiap yang kau lalui, dengan tidak mempersekutukan-Nya dengan apa pun.

Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan lidah, dengan hamdalah dan tasbih memuji nama-Nya, dengan berkata baik sesama saudaramu, dengan menahan lidahmu dari mengeji manusia, dengan menyampaikan nasihat dan kata dorongan pada saudaramu.

Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan anggota, dengan menggunakannya untuk beribadat khusus pada-Nya, dengan membantu saudaramu yang memerlukan, dengan menjadikan dunia penuh dengan kebaikan, dengan mengisi harimu untuk perjuangan.

Salam Permisi....buat teman2 yang sudi ziarah sini,doakanlah diriku tabah dan kuat menghadapi hari2 dalam hidup ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya...

Cerita Tiga Surah dan Tiga Kekuatan

Assalamualaikum....
Sekadar menyampaikan. ......Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya...kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu..Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.Bila beliau hampir pada saya,kami saling memberi salam.Orangnya sudah berumur.

Tiba-tiba,pak cik itu memulakan perbualan.Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting,tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul,dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga.Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama,kata beliau,surah Al-Fatihah.Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul.Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita,kata pakcik.

Kedua,surah Al-Ikhlas.Surah ini,katanya,surah tauhid.Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya.Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga,surah Al-Kafirun,kata pak cik.Bahagian ini,menarik sikit.Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi.Dalam zaman globalisasi, katanya,anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu.Sebab,dalam zaman globalisasi,anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun,insyaAllah,dia akan selamat,kata pak cik.Dia akan bergaul dengan orang beragama lain,tapi dia sedar' untukmu agamamu,untukku agamaku ' .Betul juga, fikir saya.

Kemudian,pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang.Orang Islam,katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama,kekuatan minda.Minda,kata pak cik, ialah ilmu.Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden,ilmu teknologi,ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua,kekuatan hati.Hati ialah iman,kata pak cik.Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa.Bila ilmu ada iman,barulah ilmu dan hidup jadi betul.Kalau minda kuat tapi hati tak kuat,maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...

Ketiga,kekuatan fizikal.Pertama kalau tubuh badan lemah,susah ilmu nak masuk dalam minda,kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman,jika tubuh badan tak kuat,susah nak beramal.Maknanya,kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan,beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu.Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain.

Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind... Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Wallahualam.

(akhi bujang susah)

Jumaat, 12 Mac 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,entri kali ni pasal program sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolahku.Alhamdulillah sambutan ini telah selamat dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari Jumaat(12 Mac 2010)...Acara telah dimulakan dengan bacaan Yasin seterusnya perarakan sekitar kampung di belakang sekolahku dan ceramah yang telah disampaikan oleh Hajah Sharifah Fatma Syed Mohamad (ibu kepada penceramah hebat Dr Sharifah Hayati)...Kerjasama guru-guru untuk menjayakan sambutan ini amat dihargai tidak kiralah secara lansung atau tidak lansung...terutama guru-guru lelaki yang tidak tidur malam menyediakan jamuan untuk sambutan ini...Semoga Allah membalas segala jasa kalian dengan ganjaran yang tidak ternilai oleh kita sebagai hambaNya...

Sempatlah amik foto sekitar program,tapi x banyak kebetulan bateri kamera dah low sangat2..hehe...
GB ku begitu bersemangat menyertai perarakan
Pembawa sepanduk dan pembawa bunga manggar,yang dah kepenatan agaknya..hehe...

Kelihatan K.Siti,Wa dan En Nawi mengiringi murid2 tahun 1

Turut mengiringi murid2 tahun 1 berarak..hehe

Jauh kami pusing kampung tahun ni sambil berselawat...hehe


Sekarang aktiviti menjamu selera...hehe,,,khusyuk K.Ina dan K.Min...bestnya...

Ni pulak giliran Ustaz Hairul,Ustaz Zainal dan En Nawi menjamu selera..jemput makan ya..

Ni pulak guru-guru yang rajin dan komited kat sekolahku..makan kenyang2 ya...dah penat semalam x tidur kan...hehe...tapi jangan makan besen tu lak..hehe...

Meriah tahun ni masak...sebab rewang ramai2..tu yang best...


Aktiviti pertandingan mewarna untuk murid tahun 1 sempena majlis ni


Warna cantik2 ya dik,,,sape warna paling cantik,dapatlah hadiah...hehe

Penceramah Hajah Sharifah Fatma Syed Mohamad menyampaikan ceramah sempena majlis ini...


Oklah,dah nak permisi dulu...
p/s : Selamat Bercuti buat semua warga pendidik dan anak2 didikku...buat yang x bercuti janganlah sedih pulak...hehe...semoga bahagia dan ceria2 sokmo...

Selasa, 9 Mac 2010

Wahai Diri,Renungkanlah!!


Assalamualaikum...

Sahabat2 ku yang dikasihi....

Alhamdulillah,lafaz syukur hanya kepada Allah,pemilik alam semesta ini...lafaz yang semesti diungkap oleh setiap hambaNya pada setiap saat...kerana segala kurniaanNya buat kita tidak terhitung dek jari jemari...Alhamdulillah Ya Allah...

Marilah kita hayati sama2 peringatan ini yang kupetik dari karangan Hj Ibrahim Mohamad...bahasanya begitu menyentuh hati kecilku ini...moga ia memberikan manfaat yang besar untuk kita melayari bahtera kehidupan ini....

Manusia adalah alam.Ia bagaikan bintang2 di langit.Setiap diri ada kehidupannya sendiri,ada kitabnya sendiri,ada kisah hidupnya yang berlainan walaupun tidur sebantal.Antara suami isteri,antara ibubapa,antara abang dan adik,antara teman dengan teman...mereka berada di atas pentas yang sama tetapi melakar kisah yang berlainan. Mereka menempuh ujian yang sama tetapi dalam wajah yang berbeza.

Para sultan,menteri,si kaya dan si fakir adalah sama dalam melalui tribulasi kehidupan.Cuma,ada ujian yang dapat dilihat dan ada yang tertutup.Jika hidup tanpa ranjau dan duri,ia bukan kehidupan namanya.Kehidupan adalah perjuangan untuk kehidupan akhirat.Sesiapa yang melaluinya dengan baik,mereka adalah orang yang berjaya dan bahagia.
Jangan kecewa atau sombong dengan kehidupan dunia,ia bukannya hakikat segalanya.Ia hanya secebis kisah kehidupan diri,filemnya terlalu singkat di sini tetapi akan berkekalan di sana.Kematian bukan penghujung kehidupan,bahkan sebenarnya adalah permulaan kehidupan yang hakiki.
" Dan balasan di akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa..."(An-Nisa' :77)

Carilah kebenaran kehidupan di sana bukannya di sini. Buatlah perancangan yang rapi agar kehidupan ini membawa kejayaan di sana.Segala perbuatan di sini akan membuahkan gambaran yang hakiki di sana.Nabi Muhammad SAW mengajak manusia kepada matlamat kehidupan yang jelas.Daripada alam yang sempit dan sementara kepada kehidupan yang luas dan abadi.Ingatlah,manusia mempunyai ceritanya sendiri.Di akhirat mereka akan berjalan nafsi-nafsi,kecuali Nabi Muhammad SAW yang mempunyai kemuliaan dan darjat yang tinggi.Ingatlah,ingatlah..Jangan kecewa dengan kegagalan,kesusahan,kecacatan,kekurangan atau angkuh dengan kejayaan,kekayaan,kelebihan atau kesempurnaan.Ini kerana segalanya hanyalah gambaran ujian,segalanya ilusi kehidupan.

Tajamkan mata hatimu kepada Allah.Perhatikan sedalam2nya kehidupan nabi2 as,para sahabat,para auliya',ulama' akhirat dan golongan yang soleh.Belajarlah dengan mereka bagaimana menghadapi dan melalui kehidupan ini.Jangan terperangkap dengan cara,fahaman,fikiran dan budaya hidup Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan.Mereka menyangka bayangan adalah realiti,menyangka dunia adalah hakikat kehidupan,menyangka dunia adalah jawapan segala persoalan,menyangka kehidupan akhirat adalah adalah khayalan.Sesungguhnya Allah adalah haq,kehidupan akhirat adalah haq.

Banyakkan istighfar,berselawat,beribadah dan berpegang teguhlah dengan akidah dan syariah.InsyaAllah Dia akan membuka pintu hatimu untuk memandang hakikat yang sebenar2nya.
" Demi sesungguhnya!Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari ini),maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu,lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya segala hakikat) " (Qaaf:22)

Engkau tidak akan menangis dengan kehidupan ini,engkau akan memikul segala keperitan dengan senyuman.Segalanya akan menjadi emas dan permata di akhirat.Tukarlah tangisanmu,dari tangisan nasib di dunia kepada tangisan nasib yang akan dihadapi di akhirat.Menyesallah sebelum terlambat.Sesungguhnya Nabimu tidak berdusta dengan apa yang dikhabarkan tentang kehidupan.Nabi SAW amat menyayangi umatnya tetapi umatnya kini tidak menghargai kasih sayang Baginda.Janganlah kita menjadi golongan yang tidak menghargai kasih sayang Baginda SAW.

Sabtu, 6 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG SKKP

Assalamualaikum...

Sahabat2 yang sudi ziarahku di sini,,,

Alhamdulillah,kupanjatkan syukur kepada Allah di atas hidayahNya dan kasih sayang kepada hambaNya...Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa membantu kita dalam pelayaran di lautan kehidupan yang penuh dengan taufan dan gelombang ini.

" Sesungguhnya mereka yang hidupnya mempunyai keyakinan yang teguh kepada Tuhan, tidak akan panik dalam menghadapi apa jua rintangan hidup ini. Tuhan tidak pernah meninggalkannya sedikit pun dan sentiasa memberi pertolongan. Dialah Tuhan Yang Maha Mencipta dan Dialah Tuhan Yang Maha Memelihara "

Alhamdulillah,hari ini telah berlansung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36 di sekolahku.........kesyukuran yang tidak terhingga kepada Rabbul Izzati kerana segalanya berjalan lancar.Terima kasih kepada semua rakan guru dan ibubapa yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan mesyuarat agung ini...Kali ni merupakan kali kedua mesyuarat agung PIBG di sekolahku telah dirasmikan oleh YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed(Ahli Parlimen Pulai).

Nilah gambar2 yang sempat ku upload..hehe.layan jelah...

Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 36
YDP,Naib YDP,En Anuar dan GB menunggu kedatangan YB

                                           Pasukan kompang sekolah setia menyambut
                               Tengku,Raj,Taufik dan Najib pun setia menunggu kedatangan YB


                                                   K.Siti dan Tieha AJK Pendaftaran
 
                                    Adik2 pembawa bunga manggar..ni semua murid tahun 6...
Ketibaan YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed.Terima kasih YB...sudi datang sekolah kami...
                                                                              Sambut YB

                                                           Iringi YB ke dewan perasmian...



                                                          acara cabutan nombor bertuah

                                                         YDP yang komited dengan tugas...
                                                                   Para ibubapa yang hadir
                                             YB sampaikan amanat di dalam ucapan perasmian

GB sampaikan amanatnya

                                                     Persembahan murid yang menarik

                                                            Persembahan murid tahap 1


Ok lah,dah penat nak upload semua gambar ni...hehe...k,jumpa lagi tahun depan...

Salam Permisi...

Selasa, 2 Mac 2010

MENANGISLAH SEMAHUNYA



Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmat utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,
sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !

mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..

renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..

-akhi bujang susah-

Isnin, 1 Mac 2010

Jalan2 Hujung Minggu

Assalamualaikum...


Bersua kembali,buat sahabat2 yang sudi ziarah ku kat sini...Alhamdulillah,bersyukur kerana pada malam sabtu kami telah diberi kesempatan untuk mendengar ceramah al Fadhil Ustaz Kazim Elias al Hafiz sempena sambutan Maulidur Rasul di taman kami...sambutan begitu meriah...kami dihidangkan nasi beriani dan makan berempat di dalam dulang yang disediakan...dan yang penting ceramah ustaz begitu menarik sekali sehingga ada peminat setia ustaz di kalangan bukan Islam datang untuk mendengar ceramah beliau...semoga ceramah ustaz dapat memberikan kesedaran dan penghayatan yang begitu mendalam kepada kami semua untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang taat dan patuh kepada ajaran Baginda....Amiin...



Ha,ni citer semalam lak,biasalah hari minggu,, kami jalan2 ke Jusco dan Giant Bukit Indah..ni sebab boring duk berkurung je dalam rumah...hehe,beli sikit2 barang2 keperluan yang dah habis stok...













Ok lah,salam permisi...jumpa lagi...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna