Asmaul Husna

Pengikut

Selasa, 20 April 2010

Mutiara di sini atau di sana?


Assalamualaikum...

Alhamdulillah,sambil bloging blog kawan2 teman alam maya,tertarik dengan post daripada tinta'lughahwi....maka aku pun nak letak jugak kat post aku ni,moga ia menjadi peringatan untuk diriku dan juga teman2 yang sudi ziarah sini...

Perjalanan pulang dari kuliah ke rumah sekitar 20 minit itu terasa agak lama, dengan panas terik membahang dan perut berkeroncong kelaparan. Saya teruskan langkah perlahan-lahan menyusur dibawah jambatan. Redup. Sedang-sedang berjalan saya terpijak plastik bungkusan makanan yang sudah tidak berisi. Perut yang berkeroncong semakin nyaring menyanyi, meminta diisi sesuatu. Tiba-tiba teringat pula kisah yang diceritakan oleh ustaz semasa di sekolah menengah dahulu.

Kisah

Seorang lelaki kelaparan.Perutnya merengek minta diisi. Tiba-tiba terpijak satu bungkusan kain.Entah siapa punya. Lalu di bawa ke rumah. Namun di dalam bungkusan itu bukan makanan.Cuma sebutir mutiara.Lapar tadi tidak menjadi tumpuan.Sekarang masa mencari empunya mutiara.Meronda kakinya menjejaki sehinggalah berjumpa seorang yang meninggikan suara : Siapa yang memulangkan mutiaraku, aku akan beri dia lima ratus dinar”.Setelah diuji lelaki yang bersuara memang benar bungkusan itu kepunyaannya. Lalu dipulangkan tanpa minta upah.Walau beberapa kali dipaksa mengambil ganjaran namun ia tetap enggan.Dipendekan cerita lelaki tadi berada di sebuah pulau kerana kapalnya karam dalam pelayarannya.Dipulau itu dia memberikan dakwah.Akhirnya disuruh menikah dengan salah seorang wanita di pulau itu Setelah menikah,lelaki itu mendapati ada sebiji mutiara di rantai leher wanita yang baru menjadi isterinya. Bila ditanya, rupanya ia adalah anak bagi lelaki yang kehilangan mutiara itu.

Pedoman

Kisah ini bukan untuk cerita tentang mutiara,wanita,atau apa sebagainya. Tapi ia mengenai kehidupan kita sebagai insan. Dalam kita sibuk mencari habuan dunia.Allah menguji kita.Di kala itu kita jelas dengan watak kita di sisi Allah. Mutiara itu hanyalah ganjaran awal di dunia ini.Jika kita sudah berpuas hati dengan habuan ini pasti kita kehilangan habuan sebenar di akhirat.Dunia ini hanya Amanah. Ada tuntutan dan perhitungan di dalamnya.Jika kita laksanakan dan serahkankan pada yang haq, pastilah Al Haq ( Allah) redha dan menjanjikan kita dengan jodoh kita iaitu syurga impian. Memang, sebelum jodoh kita sampai, kita diambang kesusahan untuk melepasi ranjau akhirat yang sukar.Namun bila kita sudah menemui jodoh kita, segala kesulitan yang pernah kita lalui itu akan hilang bagai mimpi.

Sekian,moga beroleh sesuatu yang sangat bermakna di dalam hidup..jumpa lagi...

Sabtu, 17 April 2010

Karnival Hari Puteri Daerah JB 2010

Assalamualaikum..



Alhamdulillah hari ini telah berjaya diadakan Karnival Hari Puteri Daerah JB 2010 di SMK Sultanah Engku Tun Aminah JB.Pergerakan Puteri Islam sekolahku tidak ketinggalan untuk menyertai karnival ini.Kami menghantar murid2 untuk menyertai di dalam pertandingan membuat kolaj daripada biji kuaci,hafazan Quran,bercerita,ikatan dan balutan,catur,jahitan,gubahan bunga,masakan (sandwich),buku skrap,congkak dan penulisan kreatif.Sebenarnya karnival ini diadakan bersama antara SMK dan SK...jadi banyak betul acara yang dipertandingkan...tu pun banyak lagi acara yang lain kami xhantar wakil antaranya dikir puteri...hehe..banyak2 acara yang kami sertai,dapatlah jugak kami no 1 di dalam penulisan kreatif,no 3 di dalam acara gubahan bunga dan no 5 di dalam acara jahitan...apapun,tahniah kepada semua murid2ku di atas penyertaan dan kerjasama semua...kalah atau menang bukan sasaran,,,yang penting mereka telah mendapat pendedahan dan pengalaman yang sangat bermakna...Terima kasih kepada Ustazah Norliza yang telah berjaya memimpin PPIM sekolahku pada tahun ini...Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada K.Mas kerana sudi menghantar murid2 ni...hehe...


Sarah dan Farahin menyertai pertandingan kolaj daripada kuaci
Liana dengan gubahan bunganya
Anis sertai catur
Ain dan Fatin sertai pertandingan buku skrap
Rosaliyna di dalam pertandingan penulisan kreatif
Anatasha dan Ain masak sandwich..hehe
Atikah dan Saidatul dengan balutan dan ikatan
Fathiah dengan congkaknya




Salam Permisi..jumpa lagi...

Ahad, 11 April 2010

Pernahkah....


Pernahkah....

Wahai diri, pernahkah kau menyedari betapa beruntungnya dirimu jika kau mengetahui hakikat kehidupanmu dan menelusi limpahan kasih Tuhan buatmu?

Pernahkah kau menyedari betapa banyak kebaikan dan keajaiban yang berlaku dalam hidup-Mu sedangkan tak pernah kau meminta dari-Nya dalam doamu.

Pernahkah kau menyedari betapa banyaknya harapan jua permintaanmu yang kau lafazkan atau yang terpendam di hatimu diperkenankan oleh Nya tanpa syarat.

Pernahkah kau menyedari biarpun doamu tidak terjawab seperti yang kau minta dan rayu, Dia telah menggantikanya dengan sesuatu yang lebih baik dari itu untukmu.

Pernahkah kau menyedari akan besarnya limpahan kebaikan yang menyelimuti hidupmu atas sifat Kasih-Nya, sedang terlalu sedikit kesyukuran yang kau sembahkan pada-Nya.

Pernahkah kau menyedari betapa sedikitnya kesulitan yang kau rasai berbanding lautan kesenangan yang kau kecapi dan kau masih merungut dan tidak sabar menghadapinya.

Pernahkah kau menyedari akan seringnya kesulitanmu yang sedikit itu digantinya dengan kesenangan yang kau raikan dan kau masih selalu melupai-Nya.

Pernahkah kau menyedari betapa sedikit zikirmu, syukurmu, amalanmu yang kau hamparkan buat-Nya sedangkan Dia masih setia memberi dan memberi padamu.

Pernahkah ada sesiapa yang mengasihimu sehebat kasih-Nya, menjagamu seperti penjagaan-Nya, bersabar denganmu seperti sabarnya Dia?

Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan hati, dengan merasa qana’ah (memadai) pada yang diberi-Nya baik ia menepati keinginanmu atau tidak, dengan merasai kehebatan kasih-Nya dalam setiap yang kau lalui, dengan tidak mempersekutukan-Nya dengan apa pun.

Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan lidah, dengan hamdalah dan tasbih memuji nama-Nya, dengan berkata baik sesama saudaramu, dengan menahan lidahmu dari mengeji manusia, dengan menyampaikan nasihat dan kata dorongan pada saudaramu.

Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan anggota, dengan menggunakannya untuk beribadat khusus pada-Nya, dengan membantu saudaramu yang memerlukan, dengan menjadikan dunia penuh dengan kebaikan, dengan mengisi harimu untuk perjuangan.

Wahai diri, sedarlah....

Rahmat Ujian

Kau mengujiku, pasti dengan sesuatu yang ku mampu, kerana Kau Maha Tahu apa yang terbaik untukku.

Kau memberi atau mengambil kembali, agar terhapus dariku rasa memiliki, dan kembali menyedari bahawa pada-Mu akan ku kembali.

Kau mendatangkan gembira atau memberikan duka, agar hatiku tidak kotor dek rasa bangga, dan tunduk merendah pada-Mu dalam semua perkara.

Kau mendugaku dengan ujian, agar diriku lebih teguh beriman, dan lebih kerap menadah tangan, memohon pada-Mu wahai Tuhan.

Kau sahaja yang Maha Bijaksana, mengatur hidupku dengan sempurna, meski diriku kerap terlupa, namun kasih-Mu tak pernah sirna...

UJIAN DARI ALLAH


Assalamualaikum...

Sahabat2 yang sudi ziarah...

Alhamdulillah,hati kembali tenang...setelah sekian lama bergelodak dengan ujian perasaan yang begitu menyesak jiwa..semoga jalan yang dilalui selepas ini lebih bermakna.Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana Allah..krn Dialah yang menganugerahkan perasaan ini.Terima kasih kepada insan yang sudi hadir dalam hidupku walaupun sekejap cuma,tapi ia sangat bermakna dan ku doakan kemuliaan hatinya akan sentiasa terpelihara dan akan dianugerahkan dengan sesuatu yang lebih berharga...Terima kasih dan ungkapan maaf yang tidak terhingga...Moga Allah akan sentiasa membuka jalanNya untuk insan yang pernah membuat diriku mengukir senyuman di saat diriku xmampu mengukir sebuah senyuman yang paling indah dalam hidupku....

Sahabat2ku...sudilah baca dan muhasabah bersama,,,,,,

Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk seperti:-

1- Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, tidak aman dan lain-lain lagi.

2- Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.

3- Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.

Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:-

a- Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan dan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dan bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan mertabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.

b- Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus dirundung malang,dan nantinya akan di ganti di akhirat dengan rahmat dan juga keredhaanNya.Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan hidupnya.Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya. - Shania Opal

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10)

Wallahua'lam....

Salam Permisi...Semoga beroleh sesuatu...

Sabtu, 3 April 2010

MTQ dan Festival Nasyid Zon Bandar JB

Assalamualaikum...
Sahabat2 yang sudi ziarah,,,,

Alhamdulillah,hari ini telah berlansung dengan jayanya Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Zon Bandar JB 2010.Sekolahku telah terpilih menjadi tuan rumah pada tahun ini.Perasaan sangat gembira melihat sekolahku meriah pada hari ini,kerana semua sekolah zon bandar JB berkampung di sekolahku buat julung2 kalinya.Terima kasih yang tidak terhingga buat guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan majlis ini berjalan lancar.Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada BKG sekolahku yang begitu bersemangat waja,kerana pada hari ini telah berjaya mengadakan jualan besar-besaran dan melahirkan usahawan muda untuk MTQ.

Pada tahun ini hanya tujuh acara yang dipertandingkan iaitu nasyid,hafazan lelaki,hafazan perempuan,bercerita lelaki,bercerita perempuan,tilawah lelaki dan tilawah perempuan.Alhamdulillah,sekolahku dapatlah jugak tempat ketiga untuk acara bercerita lelaki dan nasyid.Kalau tidak,terkilan jugak kan..hehe...tapi johan nasyid dari SK Nong Chik ni memang best sangat2.Terpegun mendengar alunan suara merdu mereka dan terpesona melihat gaya persembahan mereka yang cukup bersemangat dan ceria.Tahniah dan syabas buat mereka.Teruskan perjuangan mewakili zon bandar ke peringkat daerah JB.

Salam Permisi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna