Asmaul Husna

Pengikut

Sabtu, 3 April 2010

MTQ dan Festival Nasyid Zon Bandar JB

Assalamualaikum...
Sahabat2 yang sudi ziarah,,,,

Alhamdulillah,hari ini telah berlansung dengan jayanya Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Zon Bandar JB 2010.Sekolahku telah terpilih menjadi tuan rumah pada tahun ini.Perasaan sangat gembira melihat sekolahku meriah pada hari ini,kerana semua sekolah zon bandar JB berkampung di sekolahku buat julung2 kalinya.Terima kasih yang tidak terhingga buat guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan majlis ini berjalan lancar.Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada BKG sekolahku yang begitu bersemangat waja,kerana pada hari ini telah berjaya mengadakan jualan besar-besaran dan melahirkan usahawan muda untuk MTQ.

Pada tahun ini hanya tujuh acara yang dipertandingkan iaitu nasyid,hafazan lelaki,hafazan perempuan,bercerita lelaki,bercerita perempuan,tilawah lelaki dan tilawah perempuan.Alhamdulillah,sekolahku dapatlah jugak tempat ketiga untuk acara bercerita lelaki dan nasyid.Kalau tidak,terkilan jugak kan..hehe...tapi johan nasyid dari SK Nong Chik ni memang best sangat2.Terpegun mendengar alunan suara merdu mereka dan terpesona melihat gaya persembahan mereka yang cukup bersemangat dan ceria.Tahniah dan syabas buat mereka.Teruskan perjuangan mewakili zon bandar ke peringkat daerah JB.

Salam Permisi...

3 ulasan:

  1. salam,

    tahniah atas penganjuran & kejayaan dalam pertandingan tu..kire berbayar gak penat lelah cekgu2nye tu hehe.. kalau kat sekolah menengah takde la pertandingan bercerita tu...

    ok terima kasih & ceria selalu..

    BalasPadam
  2. Salam ip,,

    Terima kasih ip sntiasa sudi memberi ulasan kt sini...Alhamdulillah,tulah beruntungnya ngajar sk ren..hehe..gurau je..pepun tetap sama..cikgu tetap cikgu..punya matlamat yg sama untuk mendidik anak bangsa...

    p/s:ip brtkr wajah lg ya..hehe...xsempat lg nk ziarah sana..

    ok lah ip..sy doakan ip sntiasa ceria dan bahagia ya kt sana..jgn sedih2..hidup mesti diteruskan..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum... tq atas pujian terhadap nasyid nong chik walaupun sy hany selaku jurulatih sahaja, namun sy tetap berbangga mendapat anak buah yang berbakat besar ini... walauapapun, sy berharap anak2 muda ini dapat meneruskan dakwah di dalam nasyid ini.. salam...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna