Asmaul Husna

Pengikut

Ahad, 22 November 2009

Kursus Kepimpinan Pengawas & Pustakawan

Kursus ini diadakan semalam 21 Nov 09 bertempat di sekolahku(SKKP JB).Di saat semua dah bercuti,kami masih menjalankan tugas.Inilah tugas guru alaf sekarang.Banyak tuntutan dan tanggungjawab yang terpaksa dilunaskan untuk memastikan kecemerlangan anak bangsa.Kami kena rela berkorban dengan seiklhas hati kerana inilah profesion yang kami pilih dan inilah sumber rezeki kami.Semua guru kena bertugas sehingga Selasa ini.Selepas itu barulah kami bercuti akhir tahun dan akan bertugas semula pada 28 Disember hinggalah bermula sesi persekolahan 2010.Cepatnya masa berlalu.Umur pun semakin bertambah.hehe...Apapun kena hadapi jua segala yang mendatang dengan sabar dan penuh keimanan.Moga sinar bahagia yang diimpikan akan muncul jua.
Gambar-gambar sekitar program:-




NoorAiman Malek (6R) Peserta Pertama

K.Shimah dan Aida guru yang komitmen
Para Peserta Program.Depan sekali Mohd Khairul Amirin Ketua Pengawas Lelaki tahun 2010
En Nawi Ismail urusetia program sedang memberikan taklimat
LDK 1 - Merekacipta robot dari surat khabar

Para peserta sedang bekerjasama menyiapkan tugasan
Barisan robot yang telah siap direkacipta.hehe


En Shahran penceramah program..best dan kelakar


LDK bersama fasilitator


Para Peserta khusyuk mendengar ceramah En Shahran



Banyak lagi foto-foto program,tapi dah penat nak upload.Ok lah kita jumpa tahun depan.Semoga program ini telah memberikan banyak ilmu dan manfaat kepada generasi pemimpin2 kecil SKKP pada tahun hadapan.InsyaAllah...


Selamat bercuti buat semua warga SKKP dan semua warga guru seluruh Malaysia.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna