Asmaul Husna

Pengikut

Rabu, 11 November 2009

Akhirnya...

Syukur alhamdulillah, akhirnya dapatlah disiapkan blog yang tak seberapa ni. Banyak benda yang tak tahu,cuba dan cuba...akhirnya dapat. Banyak benda lagi yang kena belajar dan explore. Blog ni biasa2 aje. Taklah sehebat blog sahabat2 yang dah lama ada blog. (Aku ni dah kira ketinggalan)...hehe...

Masa begitu cepat berlalu. Tahun 2009 dah berada di penghujung. Banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan akhir2 ni. Program j-QAF pun banyak utk dipenuhi. Antaranya Kem Literasi Iqra' peringkat daerah JB yang akan diadakan Sabtu ni di SK Nusantara Gelang Patah. Rasanya ni program penutup j-QAF lah tahun ni kt daerah JB.

Cuti sk pun hampir tiba. Ke mana harus ku musafir kali ini...Di kampung ada ayah yang paling kusayangi yang wajib aku ziarahi. Bila teringatkan ayah, aku jadi pilu dan sedih..kerana ayah sudah lama sendirian selepas arwah ibu meninggal 8 tahun yang lalu. Aku tahu ayah sunyi. Anak-anak dan cucu-cucunyalah pengubat hati. Aku ingin membahagiakan ayah di saat usianya sudah meniti senja ini.Ku amat menyayangimu ayah. Ku sentiasa doakanmu dan arwah ibu. Jasa kalian mendidikku,tak pernah kulupa. Aku bangga denganmu ayah, walau ayah bukan seorang profesor, doktor, guru dll seperti ayah zaman alaf 21 ni. Tapi ayah mendidikku dengan penuh kasih sayang,mengajarku untuk memiliki jiwa akhirat. Jiwa yang diikat dengan taqwa tidak akan kering dengan kasih sayang. Kasih sayang adalah sifat Allah yang dianugerahkan kepada hambaNya yang dikasihi. Terima kasih ayah!!! Jasamu tak terbalas olehku...Semoga dirimu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna