Asmaul Husna

Pengikut

Sabtu, 29 Mei 2010

Kejadian Kem Motivasi Minda Fikir Hebat

( maaf paparan imej yg di scan tidak jelas...boleh copy dan paste utk imej yg lebih jelas)


Assalamualaikum...

Sahabat2 yang berkunjung di sini...

Alhamdulillah,pada 28-30 mei satu kem motivasi untuk murid2 tahun 6 telah diadakan di sk ku sebagai persediaan mental dan fizikal untuk murid2 menempuh alam peperiksaan.Kem ini telah diadakan dua sesi untuk murid2.Sesi pertama yang bermula semalam dan berakhir pada hari ni adalah untuk murid kelas tahun 6 Rajin dan 6 Usaha...Guru2 telah dibahagikan jadual bertugas mengikut giliran dan kem ini dikendalikan sepenuhnya oleh konsultan minda fikir hebat.

Jadual giliran bertugasku selama 2 hari ini bermula jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi..ini bermakna aku dan 2 orang cikgu perempuan yang lain akan bermalam di sekolah...Pada pukul 11.30 malam semalam satu aktiviti luar yang dinamakan "belayar malam" telah diadakan untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pelajar.Aktiviti sangat bermanfaat dan betul2 menguji kekuatan fizikal dan mental mereka.Murid2 dibahagikan mengikut kumpulan masing2...Aktiviti ini diadakan di kawasan padang sekolah..semua guru lelaki sk ku juga terlibat sama membantu aktiviti ini...Hampir jam 2.30 pagi aktiviti ini berakhir...dan murid2 dikehendaki tidur jam 3 pagi setelah menguruskan diri masing2...kami pun sama menguruskan diri untuk melelapkan mata...

Guru2 lelaki tidur di makmal sekolah,manakala guru2 perempuan di bilik akses sekolah.Penginapan murid2 di bilik darjah tahun 4 dan tahun 5...Pada pukul 3 pagi,aku terdengar fasilitator menjerit kepada peserta lelaki supaya diam dan tidur...seperti biasa aku cuba lelapkan kembali mataku...tiba2 terdengar di tingkat atas suara budak perempuan menjerit2..dalam hatiku cuma ingat fasilitator sedang menguji kekuatan minda mereka lagi..makin lama suara jeritan makin kuat...k.Shimah yang tidur bersamaku terus mengejutkan aku dan Zura...K.Shimah dan Zura terus keluar dan naik ke tingkat atas..aku masih di bilik akses terduduk dan diam..dalam hati harap2 tidak ada apa yang berlaku...kerana x sedap hati,akhirnya aku keluar dan melihat seorang budak perempuan menjerit2 dirasuk makhluk halus.Semua murid perempuan lain ditempatkan di dewan..Manakala para fasilitator cuba mengubati murid perempuan tersebut dengan bacaan al-Quran...aku,k.Shimah dan Azura cuba menenangkan murid2 perempuan yang lain...apabila melihat keadaan murid perempuan itu makin menjadi2 dan di dalam badannya masih ada makhluk halus tersebut...aku dan k.shimah terus berlari ke makmal komputer mengejutkan Ustaz Hairul dan guru2 lelaki yang lain..kedudukan makmal ini agak jauh daripada dewan dan tempat kami menginap...sebab tu agaknya guru2 lelaki tidak menyedari jeritan murid perempuan tersebut.Seingat aku dalam hal ini,ustaz Hairul diberikan kelebihan oleh Allah untuk merawat masalah2 macamni...setelah ustaz Hairul datang ke dewan, dia telah scan badan murid perempuan tersebut dengan ayat2 suci al-Quran dan memang makhluk halus itu ada di dalam badannya...setelah dibaca dan ditanya oleh ustaz,keadaan pesakit agak reda dan kembali tenang...ustaz dan yang lain2 telah bersurai...kami masih di dewan menjaga pesakit dan murid2 yang lain...

Ustaz meminta aku bacakan ayat pembentengan diri ini yang pernah diberi kepada kami suatu masa dulu dan ayat ni sentiasa kujadikan amalan pembentengan diri...Aku mulakan bacaan satu persatu dari awal sampai habis...pesakit masih bersandar di dinding...kali 3 kubaca lagi,dia dah mula berbaring dan ingin tidur...kali ke 5 kubaca lagi tanpa henti..kakinya mula bergerak2 dan akhirnya makin kuat..aku terus meminta k.Shimah dan Azura memanggil ustaz.Bacaanku kali pertama hingga ke 4 agak tenang tapi bila tiba bacaan kali ke 5,menggigil jugak aku dibuatnya.Rupanya makhluk itu masih berada di dalam tubuh pesakit...ustaz terus bacakan ayat2 pembentengan diri dan meminta makhluk tersebut keluar daripada badan pesakit...setelah diminta dan membuat perjanjian agar tidak dilaknat oleh Allah,malaikat dan manusia seluruhnya,,,akhirnya makhluk itu mengaku kalah dan keluar melalui kaki...

Setelah segalanya selesai jam hampir 5.30 pagi,pesakit keletihan yang amat,kami baringkan pesakit dan tidurkan dia...selepas segalanya selesai,kami solat subuh berjemaah di dewan...pada pukul 7 lebih,aku balik ke rumah...pada pukul 10 lebih,aku mendapat berita daripada guru yang bertugas di sana yang murid perempuan itu masih lagi menjerit2 dan setelah dibacakan ayat pembentengan diri oleh fasilitator ,keadaannya kembali pulih dan akhirnya murid tersebut telah dihantar pulang ke rumah...apa yang berlaku seterusnya????masih di dalam persoalan...moga mahkluk itu tidak menggangu tubuh badan murid itu lagi.

Ingatlah!!!sentiasalah kita meminta pertolongan daripada Allah dengan berlindung daripada mahkluk ini...di sini kusertakan ayat pembentengan diri yang telah diberikan oleh ustaz suatu masa dulu,untuk diamalkan oleh kita bersama...banyak pengajaran yang kudapat daripada peristiwa ini...kuatkanlah diri kepada Allah dan jangan lalai daripada mengingatiNya...ampunilah aku Ya Allah!!!!

Salam Permisi..Moga beroleh sesuatu daripada perkongsian ini...

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum..HusinHusaini..Sedih mengigatkan peristiwa pagi tadi. Setelah 6 tahun kita tak pernah menghadapi peristiwa seperti ini akhirnya kita diuji kembali dan kita akan terus diuji selepas ini. Tak pernah
    Bila mengenangkan apa yang berlaku di sekolah kita sejak akhir-akhir ini bermula dengan 5 kejadian disiplin yang melampau yang dilakukan oleh murid-murid dan lani kejadian histeria nie tak mustahil kita akan menghadapi keadaan yang lebih mencabar lagi selepas ni.. Kita dah mula bercakaran sesama sendiri..Kita dah mula merobohkan kesatuan kita..Kita dah mula menganggap kita hebat dan tak perlu berubah..Kita dah mula membuat fitnah sesama kita sedangkan kita yang bersalah.. Kita dah mula mengadu domba.. Kita dah mula melebarkan hasutan untuk menjatuhkan seseorang yang memang nak kita berubah dan kita suka bermuka-muka. Akhirnya anak murid yang menjadi mangsa disebabkan dengan kepincangan pentadbiran kita. Bangkitlah kembali guru-guruku bentuklah kesatuan kembali dan jangan kita mencipta kejatuhan disebabkan kita.

    BalasPadam
  2. salam..

    kehadiran makhluk halus seperti jin berada di mana-mana sahaja.

    kalau kat sekolah tu mungkin sebab selalu tinggal sunyi.

    cuma kita tak perlu gentar akan makhluk ini minta sahaja perlindungan drp Allah SWT.

    kerana segala yang berlaku itu pun adalah dengan keizinanNya juga.


    p/s: kadang2 banyak yang kita boleh belajar daripada sesuatu pengalaman walaupun mungkin tak semanis rasa.

    ok. terima kasih.

    BalasPadam
  3. salam ziarah..
    terkenangkan background rumah maya dulu, sebelum scrapping blog dilanda masalah..
    saya pun terpaksa tukar design lain sejak bermasalah dengan design lama...
    jomla kita tukar cat rumah yang baru...:)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna