
Asmaul Husna

Pengikut
Ahad, 22 November 2009
Bisikan Sirr
Kursus Kepimpinan Pengawas & Pustakawan
Gambar-gambar sekitar program:-
NoorAiman Malek (6R) Peserta Pertama
K.Shimah dan Aida guru yang komitmen
Para Peserta Program.Depan sekali Mohd Khairul Amirin Ketua Pengawas Lelaki tahun 2010
En Nawi Ismail urusetia program sedang memberikan taklimat
LDK 1 - Merekacipta robot dari surat khabar
Para peserta sedang bekerjasama menyiapkan tugasan
Barisan robot yang telah siap direkacipta.hehe
En Shahran penceramah program..best dan kelakar
Para Peserta khusyuk mendengar ceramah En Shahran
Banyak lagi foto-foto program,tapi dah penat nak upload.Ok lah kita jumpa tahun depan.Semoga program ini telah memberikan banyak ilmu dan manfaat kepada generasi pemimpin2 kecil SKKP pada tahun hadapan.InsyaAllah...
Selamat bercuti buat semua warga SKKP dan semua warga guru seluruh Malaysia.
Rabu, 18 November 2009
7 Sunnah Perlu dijaga
Peringatan buat diri yang teramat lalai.Kupetik artikel ini daripada blog cik kelisa.Moga ia membangkitkan kembali jiwaku yang semakin hari semakin jauh daripadaNya.
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Rabu, 11 November 2009
Akhirnya...
Masa begitu cepat berlalu. Tahun 2009 dah berada di penghujung. Banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan akhir2 ni. Program j-QAF pun banyak utk dipenuhi. Antaranya Kem Literasi Iqra' peringkat daerah JB yang akan diadakan Sabtu ni di SK Nusantara Gelang Patah. Rasanya ni program penutup j-QAF lah tahun ni kt daerah JB.
Cuti sk pun hampir tiba. Ke mana harus ku musafir kali ini...Di kampung ada ayah yang paling kusayangi yang wajib aku ziarahi. Bila teringatkan ayah, aku jadi pilu dan sedih..kerana ayah sudah lama sendirian selepas arwah ibu meninggal 8 tahun yang lalu. Aku tahu ayah sunyi. Anak-anak dan cucu-cucunyalah pengubat hati. Aku ingin membahagiakan ayah di saat usianya sudah meniti senja ini.Ku amat menyayangimu ayah. Ku sentiasa doakanmu dan arwah ibu. Jasa kalian mendidikku,tak pernah kulupa. Aku bangga denganmu ayah, walau ayah bukan seorang profesor, doktor, guru dll seperti ayah zaman alaf 21 ni. Tapi ayah mendidikku dengan penuh kasih sayang,mengajarku untuk memiliki jiwa akhirat. Jiwa yang diikat dengan taqwa tidak akan kering dengan kasih sayang. Kasih sayang adalah sifat Allah yang dianugerahkan kepada hambaNya yang dikasihi. Terima kasih ayah!!! Jasamu tak terbalas olehku...Semoga dirimu sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah...
Rabu, 4 November 2009
Anak-Anak Saudaraku
Sesungguhnya anak itu bagaikan kain putih,ibu bapalah yang mencorak jiwa,pemikiran dan budaya hidupnya, sama ada dengan jalan Islam atau Yahudi atau Nasrani.Itulah yang disabdakan Nabi SAW. " Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi,Nasrani atau Majusi " ( HR Bukhari dan Muslim )
Selasa, 3 November 2009
Jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah SWT. Inilah yang telah diperingatkan oleh Allah SWT dalam surat Az Zukhruf ayat 67:‘Orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang yang bertakwa.’Isteriku, aku tak ingin kita yang sekarang ini saling menyayangi dan saling mencintai kelak di akhirat justeru menjadi musuh dan seteru. Aku ingin kelak di akhirat kita tetap menjadi sepasang kekasih yang dimuliakan oleh Allah SWT. Aku tak menginginkan yang lain kecuali itu isteriku. Hidup dan mati sudah ada ajalnya. Allahlah yang menentukan bukan keluarga Noura juga bukan hakim pengadilan itu. Jika memang kematianku ada di tiang gantungan itu bukan suatu hal yang harus ditakutkan. Beribu-ribu sebab tapi kematian adalah satu yaitu kematian. Yang membezakan rasanya seseorang mereguk kematian adalah besarnya redha Tuhan kepadanya.
Isteriku, aku sangat mencintaimu. Aku tak ingin kehilangan dirimu di dunia ini dan aku lebih tak ingin kehilangan dirimu di akhirat nanti. Satu-satunya jalan yang harus kita tempuh agar kita tetap bersama dan tidak kehilangan adalah bertakwa dengan sepenuh takwa kepada Allah AzzaWa Jalla.”