Asmaul Husna

Pengikut

Khamis, 28 Januari 2010

Selamat Bertambah Usia Di Dalam Iman...

Assalamualaikum wrbt...

Dah ngantuk,tapi saje nak masukkan entri ni sebab esok (29 Januari),adalah hari kelahiranku yang ke...?(hehe) Ni tandanya usiaku semakin bertambah...kematian pun semakin menghampiri...Ya Allah takutnya aku,amalan tidak seberapa,malunya aku padaMu Ya Allah...hari-hariku yang telah berlalu adakah telah dipenuhi dengan iman atau dosa?Ku memohon keampunanMu Ya Allah dan pimpinlah aku ke jalanMu agar usia anugerahMu ini tidak sia-sia dan sentiasa dipenuhi dengan cahaya iman...amin,ya Rabb...



Perjalanan hidup manusia :-
  • Usia emas adalah tahap kematangan manusia.

  • Semakin tua seseorang, semakin banyak pengalaman hidup yang dialami.

  • Pengalaman masa lalu adalah guru setia kehidupan insani.

  • Jadikan usia muda sebagai landasan untuk kebahagiaan pada hari tua.

  • Usia muda hanya sekali dan usia tua pula pasti datang. Beribadat dan beramal sejak muda agar kita tidak kesempitan hidup pada masa depan.

  • Semakin lama kita hidup, semakin kukuh menerjang badai, pahit manis menjadi pengajaran, kita bertambah dewasa, semakin matang dalam berfikir, bertindak dan merasa.

  • Setiap usaha manusia perlu disertai dengan pasrah kepada Allah kerana Dia yang mentakdirkan segala-galanya.

Tadi kawan-kawan buat sambutan birthday untuk k.Ninah..hehe,dapatlah kongsi sekali... sebab kami anak-anak kelahiran Januari...Epy Birthday jua untuk k.Ninah yang ke 4... ?moga umur kita panjang dalam iman...




Kepada sahabat-sahabat yang membaca entriku ni,doakanlah kebahagiaan untukku jua,dunia akhirat...

Salam Permisi...

WAHAI DIRIKU, MENGERTILAH!!!!


(gambar sekadar hiasan sahaja )

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.

Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,

Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu',
Pada ukhuwwah fillah,
Pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri,
Pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan qudrat dan iradat-Nya.

PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN


by: Anonymous

Ahad, 24 Januari 2010

Kisah Pagi Sabtu...

Assalamualaikum wrbt..

Alhamdulillah,baru ada kesempatan nak masukkan citer ni...hehe,citer biasa aje...pagi sabtu 23 Januari adalah merupakan hari persekolahan ganti sempena cuti tahun baru cina Febuari ni...So,kami dah merancang untuk mengadakan Kem Bestari Solat Kali 1 untuk murid2 tahun 1,2 dan 3...Segala bahan2 sudah disediakan...Malam tu,ku terima mesej daripada Kak Ain bagitau esok sekolah dicutikan sebab kemangkatan Almarhum Sultan Johor(Al-Fatihah).Pukul 3 pagi kukejutkan Ida bagitau esok tak sekolah...Kawan serumah Ida yang lain ada yang tak tahu pasal sekolah dicutikan,pagi2 lagi diaorang kejutkan Ida untuk ke sekolah(hehehe)...So,pagi tu kami pun merancang aktiviti untuk berjoging kat Taman Mutiara Rini...Best sangat tempat ni.Cantik,luas dan macam2 alat senaman disediakan.Bagi yang dah berkeluarga,tentu bahagia dapat bawak anak2 joging kat sini...Apa yang penting dapat eratkan kasih sayang antara keluarga kan...Layanlah gambar2 ni..hehe...


Aik,makan nasi lemak ya dik Anis?Siap bawak bekal.ni nak berkelah ni...

Adik Anis comel p0sing lagi ya..hehe..

Dua beradik yang comel ni...(umi jangan marah tau masukkan pose kat sini..hehe)
Anis dengan aksinya..hehe..kayuh jangan tak kayuh dik ooi...biar keluar peluh tau..
Best,banyak alat senaman disediakan kat sini.. Ramai yang berhujung minggu kat sini..badan sihat,otak cerdas...
Kawasan joging yang sangat cantik... Kawasan yang sangat luas dan cantik..ada senam robik dan mcm2..tapi hari tu kebetulan lak xde..
Taman permainan untuk kanak2 juga disediakan... Ni bertafakur atau kepenatan?hehe...

                                                 Ayuh,kita pulang,cik kelisa dah tunggu tu... 


Selepas maghrib Amir dan Ahmad (jiran sebelah umah Ida datang mengaji)
Ahmad dah baca al-Quran Amir masih baca iqra'...Moga Amir dan Ahmad jadi anak yang solih..bolehlah Ahmad dicalonkan untuk Anis..hehe...Anis jangan marah,ustazah gurau aje...

* Kita hanya merancang,Allah juga merancang...dan kita tidak dapat mengelak perancangan Allah...Apa yang berlaku di dalam hidup kita ada hikmahnya *
Salam Permisi...

Khamis, 21 Januari 2010

Pandangan Manusia dan Pandangan Allah

Assalamualaikum wrbt...

Sahabat2 yang dikasihi fillah,


Tak de citer best pun,saja luahan hati nak pujuk hati yang sedih...

Hidup kita tak akan dapat lari daripada ujian dan dugaan Allah..kadang2 kita kuat dan kadang2 kita tewas kerana lemahnya iman di hati,,,begitulah lumrahnya hidup...kita selalu takut kalau manusia sekeliling membenci kita,tapi tidakkah kita takut kebenciaan Allah lagi besar? Kita juga sering bimbang dan sedih kalau manusia sekeliling meletakkan kita di tempat atau situasi yang kadang2 menyakitkan hati kita,tapi tidakkah kita sedih dan bimbang kalau Allah lebih lagi memandang hina kepada kita?Ku koreksi diri...apabila kita melebihkan pandangan manusia sekeliling,kita akan rasa kecewa, sedih, jauh hati, sakit hati dan macam-macam perasaaan..yang kadang2 akhirnya membawa permusuhan hati sesama manusia...mengapa kita tidak meletakkan pandangan Allah lebih utama?Sepatutnya kita berasa lebih-lebih lagi bersalah dengan Allah SWT...dan kita sepatutnya berasa takut,bimbang,sedih dan kecewa andainya Allah memandang kita dengan pandangan yang hina...

Ya Allah bantulah hambaMu ini dalam bermujahadah melawan hawa nafsu dan pimpinlah aku Ya Allah dalam mencari keredhaanMu...Sebenarnya hari ini ku sedih,sebab kerana terlalu memikirkan pandangan manusia yang tidak berkesudahan...biasalah dugaan hidup,kupujuk hati lah ni ... Allah datangkan ujian dan dugaan supaya kita dekat denganNya,nak kita kembali kepadaNya...kalau tidak kita sentiasa lupa dan alpa...

Begitu juga takdir Allah ke atas manusia.Ia berjalan di atas paksinya.Adakala disayangi,dibenci,dipuji dan dihina,bahagia dan derita,hidup dan mati.Yang pasti disebalik segala kejadiaan adalah penawar bagi hati,sebagaimana siang dan malam penawar bagi bumi.Jangan memusuhi takdir kerana ia datang dari ar Rahman,Allah tidak datangkan sesuatu yang menzalimi hambaNya.

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir(yang telah ditentukan)." (Al-Qamar:49)

Berburuk sangka menunjukkan hati kering dari mengenalNya.Musuhilah diri sendiri kerana tiada memahami bahasa cinta Allah dalam setiap takdirNya.Bangunlah dari lumpur dosa dan ammarah,nescaya kamu akan mengenalNya...

Ok lah,salam permisi...esok nak bangun awal,ni dah lewat,kan ngantok pulak depan anak-anak murid..buat malu je...hehehe..

Buat teman-teman, saling mendoakanlah antara kita agar menjadi insan yang lebih bertaqwa..Amin..

Ahad, 17 Januari 2010

Zikir Pagi dan Petang


Assalamualaikum wrbt...

Sahabat2 yang sudi menziarahiku...

Di kesempatan kali ini ku sertakan zikir pagi dan petang untuk amalan bersama.Zikir ini ku dapat ketika zaman belajar kat Ardul Kinanah pada tahun 1999 dulu. Alhamdulillah,jadikanlah ia amalan harian kita walaupun kadang-kadang sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis .Ayuh sahabat2ku,marilah kita amalkan bersama2.Moga kita akan temui ketenangan hakiki.Ya Allah! Jadikanlah hambaMu istiqomah dengan amalan yang tak seberapa ini...dan Ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini.
ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

p/s : Harap maaf, imej tak berapa jelas,maklumlah kertas ini dah berusia 10 tahun yang lalu, imej yang discan ini dah ku cuba adjust colour, brightness dan contrastnya sebaik mungkin.Mungkin paparan imej pada blog tak berapa jelas,tapi sahabat2 boleh double click pada imej.InsyaAllah ia akan jelas dan boleh dicopy. (hehe...maaflah ya satu2 bagitau,maklumlah ku kan budak baru belajar sejak ada broadband sendiri ni....)

Selamat Beramal!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna