Asmaul Husna

Pengikut

Isnin, 9 Ogos 2010

Erti Persahabatan


Assalamualaikum...

Alhamdulillah,syukur padaMu Ya Allah..entri kali ini kupetik daripada sebuah blog.Kita mungkin dikelilingi ramai kawan,tapi adakah kita dikelilingi seseorang yang bernama sahabat?Sama2 hayati entri ini....

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Sekian...


Ahad, 8 Ogos 2010

Pelangi Selepas Hujan

Assalamualaikum...

Sahabat2 yang masih berkunjung di sini,,,

Sudah hampir 2 bulan rumahku sunyi sepi,mungkin sudah banyak habuk2 di sana sini...background lama pun dh terdelete...rindu pada rumah lama,tapi ku terima dan akur,krn itu semuanya adalah pinjaman...hari ini ku bersihkan rumah baru dan masih dalam proses untuk membaik pulih apa yang patut...semoga beroleh sesuatu drpd entri di bawah.

Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba..dugaan dan ujian yang bertimpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. kadangkala kita terasa sendirian, saat terasa betapa kita dipinggirkan..dan tika kita menyangka sudah tidak ada apa yang lagi bernilai dalam kehidupan, yang kita lihat hanya jalan suram di hadapan..

Kita marah pada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan..kita menyalahkan takdir hitam, saat sendu airmata mengaburkan kewarasan.Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Yang kita nampak hanya jalan mudah untuk melepaskan, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian..

Pernahkah sekali kita fahami alam, mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan..mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kontang, hanya dari benih hitam yang kusam..lalu bila Dia sirami hujan,maka tersenyumlah alam..betapa indahnya aturan Tuhan.Mengapa tidak ada hujan berpanjangan, atau sinar mentari yang menyinari alam..mengapa harus ada putaran alam, seperti hitam malam dihiasi bintang..mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa, mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu..

Jawabnya SENANG..Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan,dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan..untuk mengecapi kebahagiaan perlu ada pengorbanan, setiap kesenangan akan ada bayaran..seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan, dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian..

Biar Pun Hujan Dalam Hati, Pasti Ada Pelangi Yang Menanti....

Kadang-kadang hati tak mampu untuk positif,hanya iman yang mampu membuatkan kita redha dgn segala ketentuan,insya-Allah..dan...dengan hadirnya kesedihan itulah kita akan tahu erti sebenarnya kebahagiaan...


Senyum dan berbahagialah...


p/s : kemaafan dipohon atas segala salah dan silap...

Sabtu, 29 Mei 2010

Kejadian Kem Motivasi Minda Fikir Hebat

( maaf paparan imej yg di scan tidak jelas...boleh copy dan paste utk imej yg lebih jelas)


Assalamualaikum...

Sahabat2 yang berkunjung di sini...

Alhamdulillah,pada 28-30 mei satu kem motivasi untuk murid2 tahun 6 telah diadakan di sk ku sebagai persediaan mental dan fizikal untuk murid2 menempuh alam peperiksaan.Kem ini telah diadakan dua sesi untuk murid2.Sesi pertama yang bermula semalam dan berakhir pada hari ni adalah untuk murid kelas tahun 6 Rajin dan 6 Usaha...Guru2 telah dibahagikan jadual bertugas mengikut giliran dan kem ini dikendalikan sepenuhnya oleh konsultan minda fikir hebat.

Jadual giliran bertugasku selama 2 hari ini bermula jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi..ini bermakna aku dan 2 orang cikgu perempuan yang lain akan bermalam di sekolah...Pada pukul 11.30 malam semalam satu aktiviti luar yang dinamakan "belayar malam" telah diadakan untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pelajar.Aktiviti sangat bermanfaat dan betul2 menguji kekuatan fizikal dan mental mereka.Murid2 dibahagikan mengikut kumpulan masing2...Aktiviti ini diadakan di kawasan padang sekolah..semua guru lelaki sk ku juga terlibat sama membantu aktiviti ini...Hampir jam 2.30 pagi aktiviti ini berakhir...dan murid2 dikehendaki tidur jam 3 pagi setelah menguruskan diri masing2...kami pun sama menguruskan diri untuk melelapkan mata...

Guru2 lelaki tidur di makmal sekolah,manakala guru2 perempuan di bilik akses sekolah.Penginapan murid2 di bilik darjah tahun 4 dan tahun 5...Pada pukul 3 pagi,aku terdengar fasilitator menjerit kepada peserta lelaki supaya diam dan tidur...seperti biasa aku cuba lelapkan kembali mataku...tiba2 terdengar di tingkat atas suara budak perempuan menjerit2..dalam hatiku cuma ingat fasilitator sedang menguji kekuatan minda mereka lagi..makin lama suara jeritan makin kuat...k.Shimah yang tidur bersamaku terus mengejutkan aku dan Zura...K.Shimah dan Zura terus keluar dan naik ke tingkat atas..aku masih di bilik akses terduduk dan diam..dalam hati harap2 tidak ada apa yang berlaku...kerana x sedap hati,akhirnya aku keluar dan melihat seorang budak perempuan menjerit2 dirasuk makhluk halus.Semua murid perempuan lain ditempatkan di dewan..Manakala para fasilitator cuba mengubati murid perempuan tersebut dengan bacaan al-Quran...aku,k.Shimah dan Azura cuba menenangkan murid2 perempuan yang lain...apabila melihat keadaan murid perempuan itu makin menjadi2 dan di dalam badannya masih ada makhluk halus tersebut...aku dan k.shimah terus berlari ke makmal komputer mengejutkan Ustaz Hairul dan guru2 lelaki yang lain..kedudukan makmal ini agak jauh daripada dewan dan tempat kami menginap...sebab tu agaknya guru2 lelaki tidak menyedari jeritan murid perempuan tersebut.Seingat aku dalam hal ini,ustaz Hairul diberikan kelebihan oleh Allah untuk merawat masalah2 macamni...setelah ustaz Hairul datang ke dewan, dia telah scan badan murid perempuan tersebut dengan ayat2 suci al-Quran dan memang makhluk halus itu ada di dalam badannya...setelah dibaca dan ditanya oleh ustaz,keadaan pesakit agak reda dan kembali tenang...ustaz dan yang lain2 telah bersurai...kami masih di dewan menjaga pesakit dan murid2 yang lain...

Ustaz meminta aku bacakan ayat pembentengan diri ini yang pernah diberi kepada kami suatu masa dulu dan ayat ni sentiasa kujadikan amalan pembentengan diri...Aku mulakan bacaan satu persatu dari awal sampai habis...pesakit masih bersandar di dinding...kali 3 kubaca lagi,dia dah mula berbaring dan ingin tidur...kali ke 5 kubaca lagi tanpa henti..kakinya mula bergerak2 dan akhirnya makin kuat..aku terus meminta k.Shimah dan Azura memanggil ustaz.Bacaanku kali pertama hingga ke 4 agak tenang tapi bila tiba bacaan kali ke 5,menggigil jugak aku dibuatnya.Rupanya makhluk itu masih berada di dalam tubuh pesakit...ustaz terus bacakan ayat2 pembentengan diri dan meminta makhluk tersebut keluar daripada badan pesakit...setelah diminta dan membuat perjanjian agar tidak dilaknat oleh Allah,malaikat dan manusia seluruhnya,,,akhirnya makhluk itu mengaku kalah dan keluar melalui kaki...

Setelah segalanya selesai jam hampir 5.30 pagi,pesakit keletihan yang amat,kami baringkan pesakit dan tidurkan dia...selepas segalanya selesai,kami solat subuh berjemaah di dewan...pada pukul 7 lebih,aku balik ke rumah...pada pukul 10 lebih,aku mendapat berita daripada guru yang bertugas di sana yang murid perempuan itu masih lagi menjerit2 dan setelah dibacakan ayat pembentengan diri oleh fasilitator ,keadaannya kembali pulih dan akhirnya murid tersebut telah dihantar pulang ke rumah...apa yang berlaku seterusnya????masih di dalam persoalan...moga mahkluk itu tidak menggangu tubuh badan murid itu lagi.

Ingatlah!!!sentiasalah kita meminta pertolongan daripada Allah dengan berlindung daripada mahkluk ini...di sini kusertakan ayat pembentengan diri yang telah diberikan oleh ustaz suatu masa dulu,untuk diamalkan oleh kita bersama...banyak pengajaran yang kudapat daripada peristiwa ini...kuatkanlah diri kepada Allah dan jangan lalai daripada mengingatiNya...ampunilah aku Ya Allah!!!!

Salam Permisi..Moga beroleh sesuatu daripada perkongsian ini...

Sabtu, 22 Mei 2010

Kursus Pengurusan Jenazah (KBS Tahun 6)

Assalamualaikum...

Sahabat2 pengunjung blogku,

Alhamdulillah hari ini pengurusan j-QAF sk ku telah berjaya menganjurkan satu Kem Bestari Solat untuk murid tahun 6 pengkhususan kepada pengurusan jenazah.Kem ini telah diadakan pada pukul 7.30 pagi sehinggalah 1.00 petang.Kami telah menjemput 3 orang pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor sebagai fasilatator kem ini.Antara slot kem ialah ceramah pengurusan jenazah yang telah disampaikan oleh Ustazah Siti Rahimah Hj Mohd Dom (Pegawai Agama Islam Bahagian Dakwah),praktikal mengkafan dan memandikan jenazah.

Semoga usaha ini telah dapat memberikan pendedahan kepada murid2 kami tentang tuntutan fardu kifayah sesama muslim dan memahami kaifiat pengurusan jenazah serta dapat melihat sendiri secara amali.Terima kasih buat semua yang telah menginfakkan tenaga sama ada secara lansung atau tidak...hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan ini...amin...

Renung2kan bersama :-

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh kita buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada dalam keadaan terburuk di dalam hidupnya,
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup!!


Banyak snap gambar,tapi penat nak upload semua,,,ni jelah...hehe...


















Ok..jumpa lagi..semoga beroleh manfaat...teruskan usaha yang baik demi anak bangsa...

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Hari Guru!!!!

Assalamualaikum...

Sahabat2 yang berkunjung di sini...

Sudah lama tidak menziarahi dan mengupdate entri terkini untuk rumah kesayanganku ini...hari ini nak ambil kesempatan nak ucapkan " SELAMAT HARI GURU " kepada semua guru di seluruh negara...teristimewa untuk guru-guru yang telah mendidikku sehingga menjadi insan guru kini...JASA DAN PENGORBANANMU TIDAK AKAN KULUPA SEHINGGA AKHIR HAYAT...

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sumber: penyair.wordpress.com


" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "
Semoga kita semua menjadi pembina negara bangsa yang lebih berjaya dan bertamadun, kehadapan, kreatif dan inovatif, cemerlang, gemilang dan terbilang, dan apa yang lebih penting, kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah sepanjang masa daripada ilmu yang kita sampaikan sebagai amal jariah yang tidak berkesudahan.

Salam Permisi...jumpa lagi,,,doakan diriku ini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna