Asmaul Husna

Pengikut

Rabu, 25 Januari 2012

Kesihatan dan Pemakanan


Assalamualaikum wrbt,,,,

Apa khabar semua? Sebenarnya tengah boring sangat2, so duk lah melayan blog yg dah lama sepi ni mcm tuan empunya blog..hehe.. Sedang menonton WHI kt tv3, perbincangan pun best pasal penggunaan minyak masak berulang kali yg bakal mnjadi racun kpd kesihatan kita. Apabila brcakap pasal kesihatan ni,gerun sangat.. banyak penyakit zaman sekarang berpunca daripada pemakanan... sebab tulah mcm2 produk kesihatan tumbuh bagai cendawan.

Keperluan kepada makanan segera semakin ketara hari ini krn masyarakat kini lebih cenderung utk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagipun makanan segera begini cukup mudah diperolehi. Kunjungi mana-mana restoran 'fastfood' pesan makanan yg digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dlm tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai 2 minit, makanan boleh terus dimakan. Berbeza dengan cara biasa, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera ini buruk untuk kesihatan kerana ia mengandungi sangat sedikit khasiat pemakanan, jika diambil sekali sekala ia kurang memudaratkan tetapi kalau diambil secara berterusan tanpa disedari ia mengundang kepada pelbagai penyakit spt kerosakan gigi, pembuluh darah tersumbat, kolestrol berlebihan, penyakit jantung dan kanser usus.

Selain daripada itu makanan segera ini mengandungi aditif, lemak berlebihan dan tiada zat. Apakah aditif? Aditif adalah bahan kimia yang dicampur dalam makanan dan ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran makanan yang diberi nama awal huruf 'E' seperti E101, E123, E211, E249 dan E322(Lesitin) dan sebagainya. Selain itu makanan segera ini mengandungi banyak perisa spt monosodium glutamate (MSG).

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak:
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Cola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam:
Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula:
Kebanyakan makanan segera amat manis.Bahan pemanis berkalori rendah, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat:
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian:
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

Bersama menjaga kesihatan untuk kelansungan ummah di muka bumi ini sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ini....

Peringatan untuk diri sendiri :)
Salam Jumpa Lagi.........................

sumber rujukan : laman web pengguna (FOMCA)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna