Asmaul Husna

Pengikut

Ahad, 7 November 2010

Jodoh-Mencari Yang Terlalu Sempurna


Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

- Artikel iluvislam.com
DR.FADZILAH KAMSAH

7 ulasan:

  1. Salam

    Saya nak copy paste puisi ini
    Terima kasih

    BalasPadam
  2. Salam
    silakanlh ya ukhtie irtiyah...sy pun copy jugak :)
    afwan

    BalasPadam
  3. syahdunya puisi itu .meruntun jiwa

    http://www.ariffinismail.com

    BalasPadam
  4. btl ust...hdp x spt yg kt impikan,tp itulh dugaan dn ujian Yang Maha Esa...sumanya pasti ada HIKMAH....insyaAllah akn ziarahi web ust...

    BalasPadam
  5. sunguh syahdu dan pilu sajak di atas...mungkin sangat dan amat terlalu memberi pengajaran untuk diri kita semua..mungkin sesiapa yg mengalaminya akan merasai bahgia atau deritanya pengalaman itu...tapi itulah kehidupan dunia..kadangkala kita leka dgn diri sendiri dan lupa kehebatan kekuasaan tuhan yang maha satu...semoga berbahagia hendaknya.

    BalasPadam
  6. salam perkenalan ya nama ku melor.nice blog

    BalasPadam
  7. Pelitailmu: Alhamdulillah dn syukran buat pelitailmu...sentiasa mendoakan yg trbaik..moga kebahagiaan yg dicari mnjadi milik pelitailmu jua...

    Melor: Slm prkenalan jua..nama yg unik dn klasik mcm citer batu belah..mana si pekan?? hehe..gurau aje.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna