Asmaul Husna

Pengikut

Sabtu, 29 Mei 2010

Kejadian Kem Motivasi Minda Fikir Hebat

( maaf paparan imej yg di scan tidak jelas...boleh copy dan paste utk imej yg lebih jelas)


Assalamualaikum...

Sahabat2 yang berkunjung di sini...

Alhamdulillah,pada 28-30 mei satu kem motivasi untuk murid2 tahun 6 telah diadakan di sk ku sebagai persediaan mental dan fizikal untuk murid2 menempuh alam peperiksaan.Kem ini telah diadakan dua sesi untuk murid2.Sesi pertama yang bermula semalam dan berakhir pada hari ni adalah untuk murid kelas tahun 6 Rajin dan 6 Usaha...Guru2 telah dibahagikan jadual bertugas mengikut giliran dan kem ini dikendalikan sepenuhnya oleh konsultan minda fikir hebat.

Jadual giliran bertugasku selama 2 hari ini bermula jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi..ini bermakna aku dan 2 orang cikgu perempuan yang lain akan bermalam di sekolah...Pada pukul 11.30 malam semalam satu aktiviti luar yang dinamakan "belayar malam" telah diadakan untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pelajar.Aktiviti sangat bermanfaat dan betul2 menguji kekuatan fizikal dan mental mereka.Murid2 dibahagikan mengikut kumpulan masing2...Aktiviti ini diadakan di kawasan padang sekolah..semua guru lelaki sk ku juga terlibat sama membantu aktiviti ini...Hampir jam 2.30 pagi aktiviti ini berakhir...dan murid2 dikehendaki tidur jam 3 pagi setelah menguruskan diri masing2...kami pun sama menguruskan diri untuk melelapkan mata...

Guru2 lelaki tidur di makmal sekolah,manakala guru2 perempuan di bilik akses sekolah.Penginapan murid2 di bilik darjah tahun 4 dan tahun 5...Pada pukul 3 pagi,aku terdengar fasilitator menjerit kepada peserta lelaki supaya diam dan tidur...seperti biasa aku cuba lelapkan kembali mataku...tiba2 terdengar di tingkat atas suara budak perempuan menjerit2..dalam hatiku cuma ingat fasilitator sedang menguji kekuatan minda mereka lagi..makin lama suara jeritan makin kuat...k.Shimah yang tidur bersamaku terus mengejutkan aku dan Zura...K.Shimah dan Zura terus keluar dan naik ke tingkat atas..aku masih di bilik akses terduduk dan diam..dalam hati harap2 tidak ada apa yang berlaku...kerana x sedap hati,akhirnya aku keluar dan melihat seorang budak perempuan menjerit2 dirasuk makhluk halus.Semua murid perempuan lain ditempatkan di dewan..Manakala para fasilitator cuba mengubati murid perempuan tersebut dengan bacaan al-Quran...aku,k.Shimah dan Azura cuba menenangkan murid2 perempuan yang lain...apabila melihat keadaan murid perempuan itu makin menjadi2 dan di dalam badannya masih ada makhluk halus tersebut...aku dan k.shimah terus berlari ke makmal komputer mengejutkan Ustaz Hairul dan guru2 lelaki yang lain..kedudukan makmal ini agak jauh daripada dewan dan tempat kami menginap...sebab tu agaknya guru2 lelaki tidak menyedari jeritan murid perempuan tersebut.Seingat aku dalam hal ini,ustaz Hairul diberikan kelebihan oleh Allah untuk merawat masalah2 macamni...setelah ustaz Hairul datang ke dewan, dia telah scan badan murid perempuan tersebut dengan ayat2 suci al-Quran dan memang makhluk halus itu ada di dalam badannya...setelah dibaca dan ditanya oleh ustaz,keadaan pesakit agak reda dan kembali tenang...ustaz dan yang lain2 telah bersurai...kami masih di dewan menjaga pesakit dan murid2 yang lain...

Ustaz meminta aku bacakan ayat pembentengan diri ini yang pernah diberi kepada kami suatu masa dulu dan ayat ni sentiasa kujadikan amalan pembentengan diri...Aku mulakan bacaan satu persatu dari awal sampai habis...pesakit masih bersandar di dinding...kali 3 kubaca lagi,dia dah mula berbaring dan ingin tidur...kali ke 5 kubaca lagi tanpa henti..kakinya mula bergerak2 dan akhirnya makin kuat..aku terus meminta k.Shimah dan Azura memanggil ustaz.Bacaanku kali pertama hingga ke 4 agak tenang tapi bila tiba bacaan kali ke 5,menggigil jugak aku dibuatnya.Rupanya makhluk itu masih berada di dalam tubuh pesakit...ustaz terus bacakan ayat2 pembentengan diri dan meminta makhluk tersebut keluar daripada badan pesakit...setelah diminta dan membuat perjanjian agar tidak dilaknat oleh Allah,malaikat dan manusia seluruhnya,,,akhirnya makhluk itu mengaku kalah dan keluar melalui kaki...

Setelah segalanya selesai jam hampir 5.30 pagi,pesakit keletihan yang amat,kami baringkan pesakit dan tidurkan dia...selepas segalanya selesai,kami solat subuh berjemaah di dewan...pada pukul 7 lebih,aku balik ke rumah...pada pukul 10 lebih,aku mendapat berita daripada guru yang bertugas di sana yang murid perempuan itu masih lagi menjerit2 dan setelah dibacakan ayat pembentengan diri oleh fasilitator ,keadaannya kembali pulih dan akhirnya murid tersebut telah dihantar pulang ke rumah...apa yang berlaku seterusnya????masih di dalam persoalan...moga mahkluk itu tidak menggangu tubuh badan murid itu lagi.

Ingatlah!!!sentiasalah kita meminta pertolongan daripada Allah dengan berlindung daripada mahkluk ini...di sini kusertakan ayat pembentengan diri yang telah diberikan oleh ustaz suatu masa dulu,untuk diamalkan oleh kita bersama...banyak pengajaran yang kudapat daripada peristiwa ini...kuatkanlah diri kepada Allah dan jangan lalai daripada mengingatiNya...ampunilah aku Ya Allah!!!!

Salam Permisi..Moga beroleh sesuatu daripada perkongsian ini...

Sabtu, 22 Mei 2010

Kursus Pengurusan Jenazah (KBS Tahun 6)

Assalamualaikum...

Sahabat2 pengunjung blogku,

Alhamdulillah hari ini pengurusan j-QAF sk ku telah berjaya menganjurkan satu Kem Bestari Solat untuk murid tahun 6 pengkhususan kepada pengurusan jenazah.Kem ini telah diadakan pada pukul 7.30 pagi sehinggalah 1.00 petang.Kami telah menjemput 3 orang pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor sebagai fasilatator kem ini.Antara slot kem ialah ceramah pengurusan jenazah yang telah disampaikan oleh Ustazah Siti Rahimah Hj Mohd Dom (Pegawai Agama Islam Bahagian Dakwah),praktikal mengkafan dan memandikan jenazah.

Semoga usaha ini telah dapat memberikan pendedahan kepada murid2 kami tentang tuntutan fardu kifayah sesama muslim dan memahami kaifiat pengurusan jenazah serta dapat melihat sendiri secara amali.Terima kasih buat semua yang telah menginfakkan tenaga sama ada secara lansung atau tidak...hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan ini...amin...

Renung2kan bersama :-

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh kita buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada dalam keadaan terburuk di dalam hidupnya,
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup!!


Banyak snap gambar,tapi penat nak upload semua,,,ni jelah...hehe...


















Ok..jumpa lagi..semoga beroleh manfaat...teruskan usaha yang baik demi anak bangsa...

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Hari Guru!!!!

Assalamualaikum...

Sahabat2 yang berkunjung di sini...

Sudah lama tidak menziarahi dan mengupdate entri terkini untuk rumah kesayanganku ini...hari ini nak ambil kesempatan nak ucapkan " SELAMAT HARI GURU " kepada semua guru di seluruh negara...teristimewa untuk guru-guru yang telah mendidikku sehingga menjadi insan guru kini...JASA DAN PENGORBANANMU TIDAK AKAN KULUPA SEHINGGA AKHIR HAYAT...

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sumber: penyair.wordpress.com


" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "
Semoga kita semua menjadi pembina negara bangsa yang lebih berjaya dan bertamadun, kehadapan, kreatif dan inovatif, cemerlang, gemilang dan terbilang, dan apa yang lebih penting, kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah sepanjang masa daripada ilmu yang kita sampaikan sebagai amal jariah yang tidak berkesudahan.

Salam Permisi...jumpa lagi,,,doakan diriku ini....

Selasa, 20 April 2010

Mutiara di sini atau di sana?


Assalamualaikum...

Alhamdulillah,sambil bloging blog kawan2 teman alam maya,tertarik dengan post daripada tinta'lughahwi....maka aku pun nak letak jugak kat post aku ni,moga ia menjadi peringatan untuk diriku dan juga teman2 yang sudi ziarah sini...

Perjalanan pulang dari kuliah ke rumah sekitar 20 minit itu terasa agak lama, dengan panas terik membahang dan perut berkeroncong kelaparan. Saya teruskan langkah perlahan-lahan menyusur dibawah jambatan. Redup. Sedang-sedang berjalan saya terpijak plastik bungkusan makanan yang sudah tidak berisi. Perut yang berkeroncong semakin nyaring menyanyi, meminta diisi sesuatu. Tiba-tiba teringat pula kisah yang diceritakan oleh ustaz semasa di sekolah menengah dahulu.

Kisah

Seorang lelaki kelaparan.Perutnya merengek minta diisi. Tiba-tiba terpijak satu bungkusan kain.Entah siapa punya. Lalu di bawa ke rumah. Namun di dalam bungkusan itu bukan makanan.Cuma sebutir mutiara.Lapar tadi tidak menjadi tumpuan.Sekarang masa mencari empunya mutiara.Meronda kakinya menjejaki sehinggalah berjumpa seorang yang meninggikan suara : Siapa yang memulangkan mutiaraku, aku akan beri dia lima ratus dinar”.Setelah diuji lelaki yang bersuara memang benar bungkusan itu kepunyaannya. Lalu dipulangkan tanpa minta upah.Walau beberapa kali dipaksa mengambil ganjaran namun ia tetap enggan.Dipendekan cerita lelaki tadi berada di sebuah pulau kerana kapalnya karam dalam pelayarannya.Dipulau itu dia memberikan dakwah.Akhirnya disuruh menikah dengan salah seorang wanita di pulau itu Setelah menikah,lelaki itu mendapati ada sebiji mutiara di rantai leher wanita yang baru menjadi isterinya. Bila ditanya, rupanya ia adalah anak bagi lelaki yang kehilangan mutiara itu.

Pedoman

Kisah ini bukan untuk cerita tentang mutiara,wanita,atau apa sebagainya. Tapi ia mengenai kehidupan kita sebagai insan. Dalam kita sibuk mencari habuan dunia.Allah menguji kita.Di kala itu kita jelas dengan watak kita di sisi Allah. Mutiara itu hanyalah ganjaran awal di dunia ini.Jika kita sudah berpuas hati dengan habuan ini pasti kita kehilangan habuan sebenar di akhirat.Dunia ini hanya Amanah. Ada tuntutan dan perhitungan di dalamnya.Jika kita laksanakan dan serahkankan pada yang haq, pastilah Al Haq ( Allah) redha dan menjanjikan kita dengan jodoh kita iaitu syurga impian. Memang, sebelum jodoh kita sampai, kita diambang kesusahan untuk melepasi ranjau akhirat yang sukar.Namun bila kita sudah menemui jodoh kita, segala kesulitan yang pernah kita lalui itu akan hilang bagai mimpi.

Sekian,moga beroleh sesuatu yang sangat bermakna di dalam hidup..jumpa lagi...

Sabtu, 17 April 2010

Karnival Hari Puteri Daerah JB 2010

Assalamualaikum..



Alhamdulillah hari ini telah berjaya diadakan Karnival Hari Puteri Daerah JB 2010 di SMK Sultanah Engku Tun Aminah JB.Pergerakan Puteri Islam sekolahku tidak ketinggalan untuk menyertai karnival ini.Kami menghantar murid2 untuk menyertai di dalam pertandingan membuat kolaj daripada biji kuaci,hafazan Quran,bercerita,ikatan dan balutan,catur,jahitan,gubahan bunga,masakan (sandwich),buku skrap,congkak dan penulisan kreatif.Sebenarnya karnival ini diadakan bersama antara SMK dan SK...jadi banyak betul acara yang dipertandingkan...tu pun banyak lagi acara yang lain kami xhantar wakil antaranya dikir puteri...hehe..banyak2 acara yang kami sertai,dapatlah jugak kami no 1 di dalam penulisan kreatif,no 3 di dalam acara gubahan bunga dan no 5 di dalam acara jahitan...apapun,tahniah kepada semua murid2ku di atas penyertaan dan kerjasama semua...kalah atau menang bukan sasaran,,,yang penting mereka telah mendapat pendedahan dan pengalaman yang sangat bermakna...Terima kasih kepada Ustazah Norliza yang telah berjaya memimpin PPIM sekolahku pada tahun ini...Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada K.Mas kerana sudi menghantar murid2 ni...hehe...


Sarah dan Farahin menyertai pertandingan kolaj daripada kuaci
Liana dengan gubahan bunganya
Anis sertai catur
Ain dan Fatin sertai pertandingan buku skrap
Rosaliyna di dalam pertandingan penulisan kreatif
Anatasha dan Ain masak sandwich..hehe
Atikah dan Saidatul dengan balutan dan ikatan
Fathiah dengan congkaknya




Salam Permisi..jumpa lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna