Asmaul Husna

Pengikut

Jumaat, 26 Februari 2010

BIODATA IBLIS


Assalamualaikum

Sahabat2ku yang dikasihi Allah...mungkin kalian dah biasa terjumpa dengan artikel biodata iblis ni,tapi saja nak letak kat sini,supaya diri ini dan kalian sentiasa beringat2 dan mengetahui musuh kita...moga ia memberi manfaat dan peringatan bersama....

Nama :IBLIS LAKNATULLAH

T.Kelahiran :Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri :Fasik kelas pertama

Agama :Kufur

Tempat Tinggal :Hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap :Neraka jahanam

Kawasan :Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan :Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri :Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Kaum kerabat :Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan :Angan angan kosong

Tempat pertemuan :Pasar pasar

Musuh ketat :Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto kerja :'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Cita cita :Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :Bila orang membaca istighfar

Logo :Sebarang tatu

Pejabat operasi :Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat

Rakan kongsi :Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan :Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah

Tempoh perkhidmatan :Sehingga hari khiamat

Matlamat :Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam

Teman sejawat :Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran :Dosa dan kemurkaan Allah

Pembantu setia :Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran :Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang ditakuti :Orang mukmin yang bertakwa

Yang dibenci :Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap :Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya

Saat ajal :Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas yang paling disukai :Homoseks dan lesbian

Janji janji :Janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya menangis :Bila orang sujud kepada Allah

Selasa, 23 Februari 2010

Penghayatan Sambutan Maulidur Rasul




Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam 1 Islam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana telah meneruskan lagi kontrak kehidupan kita semua dengan baik dan mudah-mudahan nikmat yang diberikanNya berkekalan. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, marilah sama-sama melaksanakan segala ibadah dengan sempurna dan tawaduk kepada Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw dengan berkat perjuangan beliau, para sahabat dan para ulamak dahulu dan kini Islam dapat ditegakkan sehingga sekarang ini.

Sambutan Maulidur Rasul adalah merupakan program tradisi umat Islam dengan berbagai program yang di sediakan untuk mengingati perjuangan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islam. Rasulullah dilahirkan di Kota Mekah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah. Berbagai peristiwa ganjil berlaku pada masa kelahiran Baginda. Antara perinstiwa yang ganjil ialah tentera bergajah Abrahah di tewaskan oleh tentera Allah (burung Ababil) dengan menggunakan batu api dari neraka dan dilontarkan kepada tentera abrahah sehingga hancur lebur daging dan tulang mereka. Kemudian peristiwa yang kedua padamnya api suci penganut agama Majusi yang tidak pernah terpadam sebelum kelahiran Baginda dan banyak lagi peristiwa aneh yang berlaku semasa kelahiran Baginda.

Setelah Baginda dilantik menjadi Rasul di Gua Hira’ dengan turunnya surah yang pertama iaitu iqra’, setelah dilantik Rasulullah telah menjalankan usaha dakwahnya di Kota Mekah secara bersembunyi atau senyap-senyap dengan mengajak masyarakat Mekah mengenali dan beriman kepada Tuhan yang menjadikan manusia, Tuhan yang menjadikan Alam dan Tuhan yang menjadikan baik dan buruk. Dakwah secara senyap berpusat di rumah Ikrimah tanpa diketahui oleh musuh baginda iaitu Abu lahab, Abu Jahal dan sebagainya. Setelah tiga tahun Nabi berhijrah turun surah Al-Muzammil dan barulah Baginda menjalankan dakwah secara terang-terangan dengan umat Islam keluar ke Kota Mekah dengan mengajak masyarakat jahiliah memeluk agama Islam. Ketika ini banginda dan Umat Islam diancam, dihina, diboikot dan berbagai kezaliman lagi yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah Mekah ketika itu.

Apabila Baginda dan masyarakat Islam berhijrah ke Kota Madinah (Yatrib), maka Islam dikembangkan sehingga sebahagian tanah arab dan Islam ketika itu mendapat sambutan yang hangat dari orang-orang sekeliling Negara-negara jiran Madinah. Ramai yang datang ke Madinah untuk mengetahui Islam itu bagaimana dan ingin berjumpa dengan Baginda, mereka pulang ke Negara mereka dengan bergelar Islam dan kemudian mereka menyampaikan dakwah Islam di Negara mereka.

Kesimpulannya dari cerita yang ringkas di atas, Sambutan Maulidur Rasul adalah baik dan bertujuan untuk mengingati tarikh kelahiran dan perjuangan Rasulullah. Tidak semestinya Sambutan ini perlu dilaksanakan dengan perarakan sahaja dengan membina sepanduk (banner). Tetapi boleh diperbagaikan lagi sambutan ini dengan mengadakan ceramah, solat hajat, bacaan yassin dan banyak lagi. Paling penting dalam sambutan ini ialah penghayatan tentang perjuangan Rasulullah, menghayati pahit getir perjuangan Baginda menempuh segala dugaan dan rintangan yang menghalang dakwah Baginda. Bukan sekadar belarak sahaja dan dicampurkan lelaki dan perempuan dengan berselawat, berkompang dan sebagainya. Setelah belarak semuanya bersurai dan ada yang kembali membuka tudungnya, ada yang merokok, ada yang tinggalkan waktu solat, ada yang balik tidur keletihan sehingga tinggal solatnya. Kalau begini lebih baik jangan adakan program perarakan, kerana tiada hidayahnya, program itu sia-sia sahaja dan tidak berikan kesan apa-apa kepada pesertanya. Islam adalah agama yang mengajak umatnya menghayati dengan hati, perbuatan dan percakapan, barulah dinamakan Islam yang kamil.

Cadangan saya, boleh buat perarakan tetapi lebih baik diasingkan antara lelaki dan perempuan dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad, kalau tidak ada kesan pun sekurang-kurangnya dapat pahala selawat. Setelah berarak adakan ceramah memperingati perjuangan Rasulullah dan cara kehidupan Rasulullah sebagai ikutan umat Islam. Tetapi jangan adakan program ini bermusim sahaja seperti sekarang ini, adakan berbagai program yang dapat memperingati perjuangan Rasulullah sebagai pendedahan secara berterusan untuk memberikan penghayatan kepada peserta. Kalau boleh, program itu dapat memberikan kesan sehingga peserta takut melakukan maksiat dan perkara-perkara dosa lagi.

-ustaz noramin-

Isnin, 22 Februari 2010

Pemantauan dan Penilaian

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,dah selamat kembali ke sekolah setelah bercuti hampir seminggu di kampung...pelbagai tugasan sentiasa menanti episod perjalananku sebagai seorang pendidik...mendidik anak2 didikku untuk mendalami ilmu Allah Yang Maha Luas,membimbing mereka mengenal pencipta dan RasulNya,mengajar mereka akhlak mulia RasulNya agar hidup mereka terpimpin dengan hidayah dan rahmatNya...

Minggu ni juga adalah merupakan minggu pemantauan P&P,aku akan dipantau oleh GBku,seram sejuk jugak dibuatnya..hehe...begitulah adatnya manusia,perasaan takut dan gementar sentiasa ada di dalam diri apabila hendak dipantau oleh pihak atasan...pelbagai persolan bermain di benakku.Adakah aku akan dapat mempersembahkan teknik dan kaedah p&p yang terbaik?Adakah aku sudah bersedia dengan pelbagai kelengkapan?Adakah aku akan dapat mengajar dengan baik?Adakah anak2 didikku dapat memahami pengajaranku dengan semaksimanya?dan....Apakah penilaian pihak yang menilai terhadap diriku?

MasyaAllah,begitu banyak sekali persoalannya apabila hendak dinilai sesama manusia,tetapi alangkah bagusnya andai persoalan2 dan perasaan2 seumpama ini sentiasa bermain di benak fikiran kita untuk memuhasabah diri sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...adakah kita sudah menunaikan segala tuntutan sebagai khalifahNya?Adakah kita telah memimpin diri dan insan sekeliling ke arah jalan kebenaran dan menjauhi jalan kesesatan?Sesungguhnya kita lebih2 lagi sentiasa dinilai dan diperhati oleh Yang Maha Kuasa dan yang pastinya penilaian daripadaNya adalah terlalu besar yang akan menentukan arah kehidupan kita yang sebenarnya...kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat...

Semoga kita menemui jalan kembali kepadaNya dan menginsafi segala dosa-dosa kita, kerana Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun....

Salam Permisi...Moga kita beroleh sesuatu....

Rabu, 17 Februari 2010

Maafkan cikgu...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah,sambil jalan2 ziarah blog ummu sumaiyah tiba2 terbaca entri ni,maka aku pun nak menempel (hehe,betul x bahasaku ini) juga dalam blogku sebab kisahnya begitu menyentuh perasaan dan naluriku sebagai seorang insan yang bergelar pendidik...sama2lah kita hayati dan ambillah pengajaran daripada kisah ini...

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi daripada kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?

"Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya.

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ……."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya.Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras,lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain



Sumber blog KITA

Fikir dan Zikir

Assalamualaikum...




Alhamdulillah,dah ok sikit line ni...ku ambillah peluang masukkan entri ni...moga kita dapat hayati bersama....

Apabila berjumpa dengan kanak-kanak,
Anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita
kerana mereka belum
diberati dengan dosa,
sedangkan kita.....
sudah banyak melakukan dosa.

Apabila berjumpa dengan orang tua,
Anggaplah orang tua itu lebih mulia daripada kita
kerana mereka lebih lama beribadah kepada Allah.

Apabila berjumpa dengan orang alim,
Anggaplah orang alim itu lebih mulia daripada kita
kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui,
tetapi mereka mengetahuinya.

Apabila berjumpa dengan orang jahil,
Anggaplah orang jahil itu lebih mulia daripada kita
kerana mereka membuat sesuatu dosa kerana kejahilannya
sedangkan kita bergelombang dengan dosa dan noda
dengan memiliki ilmu.

Apabila berjumpa dengan orang kafir,
Katakanlah di dalam hati bahawa si kafir
belum tentu di belakang hari,
esok atau lusa mungkin datang keinsafan kepadanya,
lalu masuk Islam
dan semua dosa-dosanya diampuni Allah,
sedangkan kita sejak lahir sudah Islam
tetapi dosa dan pahala sering bercampur baur
dan tidak diketahui kedudukannya...

Moga menjadi teladan,InsyaAllah...!!!!



Nukilan,
Qatrunnada
Dis 2000

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna