Assalamualaikum...
Sahabat2 yang sudi ziarah....Tiada entri menarik pun,saje penat dan xde mood hari ni...Penat kat sekolah kot....hehe...biasalah duk berhadapan dengan macam2 karenah manusia...tugas cikgu sekarang bukan mengajar je,banyak kerja2 sampingan yang perlu diseiringkan...cikgulah pendidik,cikgulah kerani,cikgulah doktor,cikgulah akautan dan macam2..hehe...bukan nak mengeluh..tapi hari ni betul2 xde mood...teringat kata2 seorang sahabat yang sering bagiku semangat,ihklaskan diri dalam setiap kerja,insyaAllah kita akan rasa kemanisannya,jangan sekali2 mengharapkan pujian manusia..dan janganlah hairan pada manusia yang serba kekurangan untuk menilai kekurangan sesama manusia...apa yang perlu kita takut adalah penilaian Allah terhadap diri kita...adakah kita ni lemah,sederhana.memuaskan,cemerlang dan sangat cemerlang pada penilaian Yang Maha Kuasa? ( Syukran sahabatku yang sentiasa bermotivasi)....hehe...
Ingatlah,syaitan tidak suka akan jiwa kasih sayang.Ia akan meleraikan tali itu dan menghubungmu dengan tali kebenciaan.Maka apabila hati telah disihir ,kesilapan yang kecil dilihat besar,kadang2 perkara yang kecil boleh ditasammuhkan dan dimaafkan, dihukum dengan hukuman yang sangat berat dan kejam,kebaikan tertutup bahkan keaiban yang terbuka,ditiup bara kemarahan sehingga menjadi api yang marak menyala...Akhirnya ia menjadi dendam kesumat yang berpanjangan.
Jangan kita tenggelam dalam permusuhan sesama kita....jika kita bersalah,pohonlah keampunan kepada mereka dan tiada perkara mulia melainkan merendah diri mengakui kesilapan,jika kita benar,hadapilah fitnah itu dengan sabar dan redha.Jangan kita menyalakan api kemarahan dengan kemarahan ,kebencian dengan kebencian,cercaan dengan cercaan,tenggelamkan diri kita dalam pelukan Allah.Hadapilah api dengan air,kemarahan dengan kesabaran,kebencian dengan kasih sayang,kekerasan dengan lemah lembut.
Kita akan selamat jika kita bersama Allah.Kita akan menang jika kita bergantung padaNya dan berakhlak batin yang mulia.Kita tidak akan binasa walaupun seluruh manusia berhimpun membenci kita...Bersihkan diri,berzikir dan berdoa dengan doa yang sungguh-sungguh...Jangan berharap kepada sesiapa,munajatkan sungguh-sungguh hajat kita agar dikembali kasih sayang dan terangkat segala kebenciaan...
Sorilah kalau xfaham entri ni,hehe...tapi buat faham2lah ya...biasalah adat dan ujian sesama manusia...
Haha,ni nak upload gambar2 awal januari persekolahan...Layan jelah...
Ok lah,salam permisi...nak rehat dulu...jumpa lagi...
Salam Husin. Isteri saya juga guru. Mengajar di Sekolah Rendah ABIM Sg Ramal. Sudah mengajar di sana lebih 15 tahun. Nak tahu berapa gaji dia terima? Hanya RM1,500. Pemegang Diploma UITM 20 tahun lepas. Tetapi, dia komited mengajar,katanya kalau dia berhenti siapa yang nak mendidik anak-anak murid dia. Ramai guru-guru lain tidak serius mendidik. Dia kasihan pada anak-anak muridnya. Alhamdulillah, saya rasa amal jariahnya diterima Allah kerana nampak betul keikhlasannya. Husin, memang sesekali kita merasa "down" mungkin kerana keletihan tubuh badan akibat bekerja, tetapi imbuhan yang menanti di SANA tiada batasannya. Itu JANJI Allah dan Allah tidak akan memungkiri janjiNya.
BalasPadamSalam...Syukran my babah...bermakna sekali kata2 babah ni...syukran atas nasihat dan syukran sudi ziarah....tapi satu je babah,husinhusaini nama blog saya je,tapi saya bukan husin tau..hehe...saya muslimah...hehe...
BalasPadam