Asmaul Husna

Pengikut

Rabu, 10 Februari 2010

Jauhi Lima Yang Merosakkan Peribadi Muslimah

Assalamualaikum...

Sahabat2ku yang sudi ziarah,

Malam ni tiba2 rajin lak ,nak masukkan entri lagi...kebetulan duk baca buku karangan Dr Juanda Jaya " Suami Mithali Isteri Sejati " ...Jadi kupetik lah daripada buku karangan beliau ni pasal lima perkara yang akan merosakkan peribadi muslimah...Dr Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretan penanya yang menyentuh perasaan dan dipersembahkan khusus untuk muslimah bertajuk As'ad Al-mar'ah Fil Alam (Tip Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia) berkata : " Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri "...



Benarkah hati kita boleh menjadi sakit,retak dan hancur oleh perbuatan sendiri?Selama ini kita percaya bahawa faktor gangguan manusia di persekitaran boleh menjejaskan kesihatan hati.Perkataan pedas dan panas membuat hati kita sakit,sikap ini melahirkan perasaan marah dan geram yang menjadi punca hati kita tidak sihat.

Baginda SAW mengajar doa yang boleh menghindarkan kelima-lima penyakit yang merosakkan peribadi itu " Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari rasa resah dan gelisah,dari sedih dan derita,dari kelemahan dan kemalasan,dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang "

Doa sebenarnya mengandungi falsafah untuk membangkitkan semangat kita untuk merealisasikan dengan perbuatan.Kita dapati doa di atas menyuruh kita untuk menghindarkan diri daripada lima perbuatan negatif yang merosakkan.

1) JANGAN RESAH DAN GELISAH
- jangan selalu mengeluh kalau duit yang diberi suami tidak cukup untuk make over diri,sesungguhnya muslimah di Iraq yang kelaparan dan kehilangan suami lagi derita dan seksa untuk menanggung semua itu.

2) JANGAN SEDIH DAN BERASA DERITA
- anda masih ada tempat bergantung,mengadu dan memohon pertolongan yang abadi.Di sisi Allah segala kesulitan pasti ada penghujungnya.optimis dan berani menghadapi kenyataan adalah ubat bagi hati yang kesedihan.

3) JANGAN LEMAH DAN MALAS
- penyakit diri yang bahaya,malas.Isilah masa dengan sesuatu yang bermanfaat.Berjanjilah pada diri setiap saat untuk satu zikir,setiap minit untuk satu idea dan setiap jam untuk satu tindakan.

4) JANGAN KEDEKUT DAN PENGECUT
- rezeki yang Allah beri bukan hak peribadi.Padanya ada hak orang miskin dan anak yatim..maka apa salahnya berinfak walau sedikit untuk golongan seperti ini.sifat pengecut pula adalah sifat tidak mahu bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.Isteri adalah pemegang amanah suami,semuanya akan dipersolkan kelak.

5) JANGAN BANYAK BERHUTANG
- Nafsu apabila dituruti segala kemahuan tidak akan pernah puas.Sanggup berhutang,akhirnya kepuasan sementara bertukar bencana.Waspadalah...bijaklah mengurus kewangan keluarga.

Walaupun,lima perkara ni nampak biasa aje,tapi besar impaknya dalam menentukan peribadi sesorang muslimah seterusnya menentukan kebahagiaan sesebuah rumahtangga...Moga entri ni jadi peringatan untuk diriku dan teman2.Moga beroleh sesuatu.....

Salam Permisi...

2 ulasan:

  1. salam,

    Alhamdulillah perkongsian yang baik...mudah2an kita mendapat manfaat daripada entri tersebut insya'Allah

    BalasPadam
  2. salam..
    terima kasih cikgu,,insyaAllah,mudah2an.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna