Asmaul Husna

Pengikut

Rabu, 17 Februari 2010

Fikir dan Zikir

Assalamualaikum...




Alhamdulillah,dah ok sikit line ni...ku ambillah peluang masukkan entri ni...moga kita dapat hayati bersama....

Apabila berjumpa dengan kanak-kanak,
Anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita
kerana mereka belum
diberati dengan dosa,
sedangkan kita.....
sudah banyak melakukan dosa.

Apabila berjumpa dengan orang tua,
Anggaplah orang tua itu lebih mulia daripada kita
kerana mereka lebih lama beribadah kepada Allah.

Apabila berjumpa dengan orang alim,
Anggaplah orang alim itu lebih mulia daripada kita
kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui,
tetapi mereka mengetahuinya.

Apabila berjumpa dengan orang jahil,
Anggaplah orang jahil itu lebih mulia daripada kita
kerana mereka membuat sesuatu dosa kerana kejahilannya
sedangkan kita bergelombang dengan dosa dan noda
dengan memiliki ilmu.

Apabila berjumpa dengan orang kafir,
Katakanlah di dalam hati bahawa si kafir
belum tentu di belakang hari,
esok atau lusa mungkin datang keinsafan kepadanya,
lalu masuk Islam
dan semua dosa-dosanya diampuni Allah,
sedangkan kita sejak lahir sudah Islam
tetapi dosa dan pahala sering bercampur baur
dan tidak diketahui kedudukannya...

Moga menjadi teladan,InsyaAllah...!!!!



Nukilan,
Qatrunnada
Dis 2000

2 ulasan:

  1. salam,

    perkongsian yg menarik seharusnya kita hendakla selalu bersangka baik.

    BalasPadam
  2. Salam ip,,,

    terima kasih ip sudi ziarah sini,,,

    betul tu ip,Islam mengajar kita supaya bersikap husnu zhon (sangka baik) dan menjauhi sikap su'zhon (sangka buruk)..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna