Asmaul Husna

Pengikut

Jumaat, 26 Februari 2010

BIODATA IBLIS


Assalamualaikum

Sahabat2ku yang dikasihi Allah...mungkin kalian dah biasa terjumpa dengan artikel biodata iblis ni,tapi saja nak letak kat sini,supaya diri ini dan kalian sentiasa beringat2 dan mengetahui musuh kita...moga ia memberi manfaat dan peringatan bersama....

Nama :IBLIS LAKNATULLAH

T.Kelahiran :Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri :Fasik kelas pertama

Agama :Kufur

Tempat Tinggal :Hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap :Neraka jahanam

Kawasan :Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan :Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri :Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Kaum kerabat :Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan :Angan angan kosong

Tempat pertemuan :Pasar pasar

Musuh ketat :Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto kerja :'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Cita cita :Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :Bila orang membaca istighfar

Logo :Sebarang tatu

Pejabat operasi :Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat

Rakan kongsi :Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan :Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah

Tempoh perkhidmatan :Sehingga hari khiamat

Matlamat :Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam

Teman sejawat :Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran :Dosa dan kemurkaan Allah

Pembantu setia :Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran :Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang ditakuti :Orang mukmin yang bertakwa

Yang dibenci :Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap :Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya

Saat ajal :Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas yang paling disukai :Homoseks dan lesbian

Janji janji :Janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya menangis :Bila orang sujud kepada Allah

Selasa, 23 Februari 2010

Penghayatan Sambutan Maulidur Rasul




Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam 1 Islam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana telah meneruskan lagi kontrak kehidupan kita semua dengan baik dan mudah-mudahan nikmat yang diberikanNya berkekalan. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, marilah sama-sama melaksanakan segala ibadah dengan sempurna dan tawaduk kepada Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw dengan berkat perjuangan beliau, para sahabat dan para ulamak dahulu dan kini Islam dapat ditegakkan sehingga sekarang ini.

Sambutan Maulidur Rasul adalah merupakan program tradisi umat Islam dengan berbagai program yang di sediakan untuk mengingati perjuangan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islam. Rasulullah dilahirkan di Kota Mekah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah. Berbagai peristiwa ganjil berlaku pada masa kelahiran Baginda. Antara perinstiwa yang ganjil ialah tentera bergajah Abrahah di tewaskan oleh tentera Allah (burung Ababil) dengan menggunakan batu api dari neraka dan dilontarkan kepada tentera abrahah sehingga hancur lebur daging dan tulang mereka. Kemudian peristiwa yang kedua padamnya api suci penganut agama Majusi yang tidak pernah terpadam sebelum kelahiran Baginda dan banyak lagi peristiwa aneh yang berlaku semasa kelahiran Baginda.

Setelah Baginda dilantik menjadi Rasul di Gua Hira’ dengan turunnya surah yang pertama iaitu iqra’, setelah dilantik Rasulullah telah menjalankan usaha dakwahnya di Kota Mekah secara bersembunyi atau senyap-senyap dengan mengajak masyarakat Mekah mengenali dan beriman kepada Tuhan yang menjadikan manusia, Tuhan yang menjadikan Alam dan Tuhan yang menjadikan baik dan buruk. Dakwah secara senyap berpusat di rumah Ikrimah tanpa diketahui oleh musuh baginda iaitu Abu lahab, Abu Jahal dan sebagainya. Setelah tiga tahun Nabi berhijrah turun surah Al-Muzammil dan barulah Baginda menjalankan dakwah secara terang-terangan dengan umat Islam keluar ke Kota Mekah dengan mengajak masyarakat jahiliah memeluk agama Islam. Ketika ini banginda dan Umat Islam diancam, dihina, diboikot dan berbagai kezaliman lagi yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah Mekah ketika itu.

Apabila Baginda dan masyarakat Islam berhijrah ke Kota Madinah (Yatrib), maka Islam dikembangkan sehingga sebahagian tanah arab dan Islam ketika itu mendapat sambutan yang hangat dari orang-orang sekeliling Negara-negara jiran Madinah. Ramai yang datang ke Madinah untuk mengetahui Islam itu bagaimana dan ingin berjumpa dengan Baginda, mereka pulang ke Negara mereka dengan bergelar Islam dan kemudian mereka menyampaikan dakwah Islam di Negara mereka.

Kesimpulannya dari cerita yang ringkas di atas, Sambutan Maulidur Rasul adalah baik dan bertujuan untuk mengingati tarikh kelahiran dan perjuangan Rasulullah. Tidak semestinya Sambutan ini perlu dilaksanakan dengan perarakan sahaja dengan membina sepanduk (banner). Tetapi boleh diperbagaikan lagi sambutan ini dengan mengadakan ceramah, solat hajat, bacaan yassin dan banyak lagi. Paling penting dalam sambutan ini ialah penghayatan tentang perjuangan Rasulullah, menghayati pahit getir perjuangan Baginda menempuh segala dugaan dan rintangan yang menghalang dakwah Baginda. Bukan sekadar belarak sahaja dan dicampurkan lelaki dan perempuan dengan berselawat, berkompang dan sebagainya. Setelah belarak semuanya bersurai dan ada yang kembali membuka tudungnya, ada yang merokok, ada yang tinggalkan waktu solat, ada yang balik tidur keletihan sehingga tinggal solatnya. Kalau begini lebih baik jangan adakan program perarakan, kerana tiada hidayahnya, program itu sia-sia sahaja dan tidak berikan kesan apa-apa kepada pesertanya. Islam adalah agama yang mengajak umatnya menghayati dengan hati, perbuatan dan percakapan, barulah dinamakan Islam yang kamil.

Cadangan saya, boleh buat perarakan tetapi lebih baik diasingkan antara lelaki dan perempuan dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad, kalau tidak ada kesan pun sekurang-kurangnya dapat pahala selawat. Setelah berarak adakan ceramah memperingati perjuangan Rasulullah dan cara kehidupan Rasulullah sebagai ikutan umat Islam. Tetapi jangan adakan program ini bermusim sahaja seperti sekarang ini, adakan berbagai program yang dapat memperingati perjuangan Rasulullah sebagai pendedahan secara berterusan untuk memberikan penghayatan kepada peserta. Kalau boleh, program itu dapat memberikan kesan sehingga peserta takut melakukan maksiat dan perkara-perkara dosa lagi.

-ustaz noramin-

Isnin, 22 Februari 2010

Pemantauan dan Penilaian

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,dah selamat kembali ke sekolah setelah bercuti hampir seminggu di kampung...pelbagai tugasan sentiasa menanti episod perjalananku sebagai seorang pendidik...mendidik anak2 didikku untuk mendalami ilmu Allah Yang Maha Luas,membimbing mereka mengenal pencipta dan RasulNya,mengajar mereka akhlak mulia RasulNya agar hidup mereka terpimpin dengan hidayah dan rahmatNya...

Minggu ni juga adalah merupakan minggu pemantauan P&P,aku akan dipantau oleh GBku,seram sejuk jugak dibuatnya..hehe...begitulah adatnya manusia,perasaan takut dan gementar sentiasa ada di dalam diri apabila hendak dipantau oleh pihak atasan...pelbagai persolan bermain di benakku.Adakah aku akan dapat mempersembahkan teknik dan kaedah p&p yang terbaik?Adakah aku sudah bersedia dengan pelbagai kelengkapan?Adakah aku akan dapat mengajar dengan baik?Adakah anak2 didikku dapat memahami pengajaranku dengan semaksimanya?dan....Apakah penilaian pihak yang menilai terhadap diriku?

MasyaAllah,begitu banyak sekali persoalannya apabila hendak dinilai sesama manusia,tetapi alangkah bagusnya andai persoalan2 dan perasaan2 seumpama ini sentiasa bermain di benak fikiran kita untuk memuhasabah diri sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...adakah kita sudah menunaikan segala tuntutan sebagai khalifahNya?Adakah kita telah memimpin diri dan insan sekeliling ke arah jalan kebenaran dan menjauhi jalan kesesatan?Sesungguhnya kita lebih2 lagi sentiasa dinilai dan diperhati oleh Yang Maha Kuasa dan yang pastinya penilaian daripadaNya adalah terlalu besar yang akan menentukan arah kehidupan kita yang sebenarnya...kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat...

Semoga kita menemui jalan kembali kepadaNya dan menginsafi segala dosa-dosa kita, kerana Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun....

Salam Permisi...Moga kita beroleh sesuatu....

Rabu, 17 Februari 2010

Maafkan cikgu...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah,sambil jalan2 ziarah blog ummu sumaiyah tiba2 terbaca entri ni,maka aku pun nak menempel (hehe,betul x bahasaku ini) juga dalam blogku sebab kisahnya begitu menyentuh perasaan dan naluriku sebagai seorang insan yang bergelar pendidik...sama2lah kita hayati dan ambillah pengajaran daripada kisah ini...

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi daripada kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?

"Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya.

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ……."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya.Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras,lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain



Sumber blog KITA

Fikir dan Zikir

Assalamualaikum...




Alhamdulillah,dah ok sikit line ni...ku ambillah peluang masukkan entri ni...moga kita dapat hayati bersama....

Apabila berjumpa dengan kanak-kanak,
Anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita
kerana mereka belum
diberati dengan dosa,
sedangkan kita.....
sudah banyak melakukan dosa.

Apabila berjumpa dengan orang tua,
Anggaplah orang tua itu lebih mulia daripada kita
kerana mereka lebih lama beribadah kepada Allah.

Apabila berjumpa dengan orang alim,
Anggaplah orang alim itu lebih mulia daripada kita
kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui,
tetapi mereka mengetahuinya.

Apabila berjumpa dengan orang jahil,
Anggaplah orang jahil itu lebih mulia daripada kita
kerana mereka membuat sesuatu dosa kerana kejahilannya
sedangkan kita bergelombang dengan dosa dan noda
dengan memiliki ilmu.

Apabila berjumpa dengan orang kafir,
Katakanlah di dalam hati bahawa si kafir
belum tentu di belakang hari,
esok atau lusa mungkin datang keinsafan kepadanya,
lalu masuk Islam
dan semua dosa-dosanya diampuni Allah,
sedangkan kita sejak lahir sudah Islam
tetapi dosa dan pahala sering bercampur baur
dan tidak diketahui kedudukannya...

Moga menjadi teladan,InsyaAllah...!!!!



Nukilan,
Qatrunnada
Dis 2000

Cik Kelisa Oh Cik Kelisa...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,syukur padaMu Ya Allah,masih memberi keizinan kepada hambaMu ini...Alhamdulillah,tiba2 line ok lak...(jap ada, jap xde)huhu...,tapi bolehlah ni...

Semalam,seharian bersama ayah...paginya ke kedai bateri kereta.Alhamdulillah,dah tukar bateri keretaku kepada bateri kering,tuan kedai tu bagitau bateriku dah tahap kronik(boleh meletup)...aku dah check kereta sebelum bermusafir ke kampung,bateri lama tu pun masih belum 2 tahun,tapi xtaulah apa masalahnya,air baterinya cukup...bila tengok2,rupa2nya penyambung cas bateri dah nak tercabut,mungkin terhakis akibat terkena tumpahan air bateri kot...aku xpernah tambah sendiri air bateri,selalunya bawak servis je kat perodua...huhu...xpelah dah jangka hayatnya tiba,xboleh salahkan sesiapa,salahkanlah diri sendiri dek kealpaan diri...

Selepas jalan2 kat pekan Kuala Berang,makan2 dan solat zohor, aku ajak ayah teman servis kereta kat Perodua Kuala Ibai...2 jam lebih baru siap,biasalah servis major,banyak yang kena tukar,ongkosnya pun banyak yang keluar...hehe...sian ayah duk menunggu lama...kali ni puas hati sebab dapat cuci enjin dan pasang alat penapis haba enjin...hasilnya sungguh memuaskan hati...lepas ni kena beringat2 bateri kering tu jangka hayatnya 2 tahun...hehe...





Dalam perjalananku bersama ayah,ayah meluahkan rasa hatinya...aku jadi terharu dan sedih...terasa manik2 jernih gugur di pipiku...ayah menyatakan hasratnya untuk mencari pengganti ibu,(ayah bagitau susah apabila sakit demam xde sape nak jaga)aku tidak kisah,dah hampir 9 tahun arwah ibu meninggalkan kami.Ayah bertahan begitu lama,setahu aku kat kampungku,apabila seseorang tu kematian isteri,xlama selepas itu kahwinlah orang tu.Aku tahu ayah sangat sunyi,dia perlukan teman untuk berbicara,dia perlukan teman untuk menjaga dan merawat dia sakit atau demam di saat usianya meniti senja...aku sedih kerana xdapat buat semua itu untuk ayah,aku cuma balik sekali sekala apabila cuti sekolah...aku xdapat selalu bersama ayah.Ayah,jasamu mendidik,menjaga dan merawatku sehingga kini tidak terbalas olehku.Ya Allah,ampunilah aku dan kedua ibubapaku...Ya Allah berikanlah rasa bahagia dan ketenangan buat ayahku di saat2 akhir usianya ini...Lindungilah ayahku dan sabarkanlah dia menghadapi ujian dan dugaan dengan perangai anak buahku yang tak berkesudahan... Aku tahu segala masalah dan dugaan datang daripadaMu,dan kepadaMulah aku memohon Ya Allah...

Isnin, 15 Februari 2010

Balik Kampung

Assalamualaikum ....

Alhamdulillah,baru ada kesempatan nak masukkan entri...bukan apa,salah satunya masalah line kat kampung yang xberapa ok,lagi satu aku xde mood nak mencoret rasa...hehe...jadi ziarah blog teman2 jelah...sekalung tahniah buat adik syakila kat Mesir kerana dah selamat melansungkan perkahwinan dengan akh abd kadir juga pelajar kat Universiti Al-Azhar .Walaupun hanya kenal melalui alam maya ni je,ku tumpang gembira atas kebahagiaan kalian berdua...semoga berbahagia hingga ke syurga...amin...

Aku dah selamat sampai kat kampung pada hari Sabtu...jalan pun boleh tahan sesak,maklumlah semua bercuti (aku bercuti selama seminggu kat kampung) dan masa nilah ambil kesempatan ziarah ayah kat kampung.Apa yang menggembirakan sangat masa balik baru ni,tiba-tiba dapat jumpa teman yang sangat dirindui,dah lama xjumpa,dia dari KL,aku dari JB...tiba2 jumpa kat Kuantan,jadi dari Kuantan sampai kampungku follow dia jelah,ada jugak teman di perjalanan,walaupun follow je..huhuhu,,,,dah sampai kampungku,dia teruskan perjalanannya ke Kuala Besut...

Selepas zohor tadi,keluar dengan ayah nak check bateri keretaku...sampai je pekan Ajil,kedai yang ku nak pergi tu kedai Melayu,satu2 je kedai yang bukak.Aku ingatkan kedai bateri,rupanya kedai aircond dan aksesori kereta...aku tersilap,kedai bateri sebelah kedai tu,tapi tutup pulak sebab Cuti Tahun Baru Cina kan...hahaha,akhirnya meronda jelah dengan ayah kat pekan Kuala Berang...semua kedai tutup.Apabila kat kampung ni,aku suka ajak ayah bila nak ke mana2,maklumlah aku ni xde sape2 lagi..ayahlah temanku...best jugak,dapat gembirakan ayah...bila lagi,time cuti nilah kan nak jalan2 dengan ayah.

Ok lah ,xde pepun yang menarik dalam entri ku ni,saje je..hehe...nak upload gambar2 kesayanganku...baru sampai dari Segamat...layan jelah...






Oklah,salam permisi...


Rabu, 10 Februari 2010

Jauhi Lima Yang Merosakkan Peribadi Muslimah

Assalamualaikum...

Sahabat2ku yang sudi ziarah,

Malam ni tiba2 rajin lak ,nak masukkan entri lagi...kebetulan duk baca buku karangan Dr Juanda Jaya " Suami Mithali Isteri Sejati " ...Jadi kupetik lah daripada buku karangan beliau ni pasal lima perkara yang akan merosakkan peribadi muslimah...Dr Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretan penanya yang menyentuh perasaan dan dipersembahkan khusus untuk muslimah bertajuk As'ad Al-mar'ah Fil Alam (Tip Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia) berkata : " Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri "...



Benarkah hati kita boleh menjadi sakit,retak dan hancur oleh perbuatan sendiri?Selama ini kita percaya bahawa faktor gangguan manusia di persekitaran boleh menjejaskan kesihatan hati.Perkataan pedas dan panas membuat hati kita sakit,sikap ini melahirkan perasaan marah dan geram yang menjadi punca hati kita tidak sihat.

Baginda SAW mengajar doa yang boleh menghindarkan kelima-lima penyakit yang merosakkan peribadi itu " Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari rasa resah dan gelisah,dari sedih dan derita,dari kelemahan dan kemalasan,dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang "

Doa sebenarnya mengandungi falsafah untuk membangkitkan semangat kita untuk merealisasikan dengan perbuatan.Kita dapati doa di atas menyuruh kita untuk menghindarkan diri daripada lima perbuatan negatif yang merosakkan.

1) JANGAN RESAH DAN GELISAH
- jangan selalu mengeluh kalau duit yang diberi suami tidak cukup untuk make over diri,sesungguhnya muslimah di Iraq yang kelaparan dan kehilangan suami lagi derita dan seksa untuk menanggung semua itu.

2) JANGAN SEDIH DAN BERASA DERITA
- anda masih ada tempat bergantung,mengadu dan memohon pertolongan yang abadi.Di sisi Allah segala kesulitan pasti ada penghujungnya.optimis dan berani menghadapi kenyataan adalah ubat bagi hati yang kesedihan.

3) JANGAN LEMAH DAN MALAS
- penyakit diri yang bahaya,malas.Isilah masa dengan sesuatu yang bermanfaat.Berjanjilah pada diri setiap saat untuk satu zikir,setiap minit untuk satu idea dan setiap jam untuk satu tindakan.

4) JANGAN KEDEKUT DAN PENGECUT
- rezeki yang Allah beri bukan hak peribadi.Padanya ada hak orang miskin dan anak yatim..maka apa salahnya berinfak walau sedikit untuk golongan seperti ini.sifat pengecut pula adalah sifat tidak mahu bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.Isteri adalah pemegang amanah suami,semuanya akan dipersolkan kelak.

5) JANGAN BANYAK BERHUTANG
- Nafsu apabila dituruti segala kemahuan tidak akan pernah puas.Sanggup berhutang,akhirnya kepuasan sementara bertukar bencana.Waspadalah...bijaklah mengurus kewangan keluarga.

Walaupun,lima perkara ni nampak biasa aje,tapi besar impaknya dalam menentukan peribadi sesorang muslimah seterusnya menentukan kebahagiaan sesebuah rumahtangga...Moga entri ni jadi peringatan untuk diriku dan teman2.Moga beroleh sesuatu.....

Salam Permisi...

Selasa, 9 Februari 2010

Nak dapat anak saudara baru...

Assalamualaikum...

Xde entri best pun,saje borak2,hehe...Baru dapat berita gembira,kakakku yang mengajar kat segamat nak dapat baby lagi bulan 5 nanti,hehe,gembira sangat2 dan terkejut...boleh aku xperasan,dia pregnant bulan 8 tahun lepas lagi...huhuhu...Maknanya aku nak dapat anak saudara yang ke 10 dalam keluarga...Maknanya Wafi nak dapat adik lagi...hehe...xpe2,Najwa pun dah besar...moga bertambah besar keluarga kakakku dan bertambah ceria hidup mereka sekeluarga...Tapi,kesian hasrat mereka nak bertukar ke Terengganu masih belum tercapai lagi,abang ipar dah 14 tahun mengajar kat Segamat,kakakku pula dah hampir 11 tahun...

Insya Allah,moga tahun ni dapatlah bertukar ke kampung halaman...aku pulak dah hampir 7 tahun merantau kat JB ni sorang2,aku xkisah...best jugak dapat duk jauh2...berdikarilah konon,sejak zaman belajar,aku memang sentiasa berjauhan dengan keluarga dari umur 13 tahun duk asrama,selepas umur 19 tahun duk merantau kat Mesir lak 4 tahun,balik dari Mesir datang JB sebagai guru sampailah sekarang...(alhamdulillah) walau aku tahu setiap kali aku balik bercuti kat kampung,ayah dan keluarga selalu bimbang keselamatanku pasal aku drive sorang2,tapi insyaAllah semuanya ok dan baik2 aje,aku selalu baca doa dan ayat2 mintak Allah selamatkan dan amankan perjalananku daripada segala malapetaka..keyakinan mesti kuat,disertai doa dan sentiasa pastikan semuanya dalam keadaan selamat. haha,bila cakap pasal cuti,sabtu ni dapat cuti seminggu sempena cuti tahun baru cina,apalagi balik kampunglah...seminggu boleh lagi,kalau cuti 2@3 hari xbaliklah,penat nak drive,balik Segamat leh lagi sebab 2 jam je dari JB.hehe...

Mereka kesayanganku,mereka penghibur hatiku,mereka harapanku..semoga mereka membesar sebagai anak2 yang solih dan solihah...(anak2 saudara yang lain jangan jeolous lak,chesu sayang semua hehe...)

Oklah,permisi dulu...moga semuanya selamat dan buat teman2ku,doakanlah moga tahun ni ku temui jua kebahagiaan seperti insan2 lain...tipulah kalau xsedih kan lebih2 lagi bila lihat orang lain bahagia bersama yang tersayang dan anak2,tapi sebenarnya aku dah jadi manusia yang pasrah dan redha,kerana ku tahu segalanya ada hikmah dan bahagia itu pasti datang jua..masa dan ketentuan Allah menentukan segalanya,kerana Dia Maha Mengetahui....InsyaAllah....

Isnin, 8 Februari 2010

Rahsia Surah Al-Kausar

Assalamualaikum...

Sahabat2ku fil Islam,,,

Sahabat2ku,marilah kita sama2 mengkaji dan meneliti kelebihan surah Al-Kausar,moga ia memberikan manfaat kepada kita sebagai hamba2Nya.



Surah ini adalah surah yang paling pendek.Ia hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Makkah.Al-Kausar bermaksud sebuah sungai yang mengalir di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu.Warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kewafatan dua orang yang sangat dikasihinya iaitu anak lelaki,Ibrahim dan bapa saudara,Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan sebagai penawar :
  • membaca surah ini ketika hujan turun sambil berdoa,mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita.
  • jika kehausan dan ketiadaan air,bacalah surah ini dan gosokkan tangan di leher,InsyaAllah hilang dahaga.
  • jika sering mengalami sakit mata,umpamanya mata berair,gatal-gatal ataupun bengkak,sapukan air mawar yang telah dibaca surah ini sebanyak 10 kali pada mata,insyaAllah sembuh.
  • jika rumah dipercayai terkena sihir,bacakan surah ini sebanyak 10 kali,mudah-mudahan Allah memberi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
  • jika dibaca 1000 kali,insyaAllah rezeki akan bertambah.
  • jika rajin membaca surah ini,hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • sekiranya seseorang teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara,bacalah ayat ini sebanyak 71 kali,InsyaAllah pertolongan Allah akan datang kepadanya disebabkan dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.

Sesuatu yang baik akan datang apabila kita mengamalkannya selalu.Justeru ,amalkanlah membaca surah ini atau surah-surah lain secara kerap agar apa yang diinginkan dalam hidup akan tercapai dan akan mendapat kebahagiaan dan kerahmatan di dunia mahupun di akhirat.Teringat kata-kata seorang ustaz,(lebih kurang macamnilah)bukan sesuatu ayat atau zikir yang dapat memberikan segalanya ,tetapi semua itu berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah.Kesimpulannya,supaya kita tidak mengiktikadkan sesuatu itu sebagai berkuasa padahal segala kekuasaan adalah milik Allah AzzaWajalla.

Ya Allah,sesungguhnya dunia kini penuh dengan fitnah dan tipu daya.Manusia saling hidup untuk merosakkan manusia lain,menfitnah antara satu sama lain,menzalimi sesama manusia,inikah tandanya dunia sudah benar2 hampir kiamat?Yang batil ditegakkan,yang hak dipermainkan dan diperlekehkan.Selamatkanlah kami dalam iman,matikanlah kami di dalam iman dan tempatkanlah kami bersama orang yang beriman.

Sekian,salam permisi...moga beroleh sesuatu....

Ahad, 7 Februari 2010

Anak Kak Min telah kembali ke rahmatullah...

Assalamualaikum...

Sahabat2 Fillah,

Pagi Sabtu 6 Februari,kami dikejutkan dengan berita kematian anak perempuan rakan sejawatku Puan Ngaminah binti Laman...Anak beliau berumur 21 tahun,masih menuntut di UITM Segamat (kalau tak silap )...Allahyarham meninggal dunia kerana menghidap penyakit SLE sejak kecil.Buat keluarga Pn Ngaminah semoga tabah dan banyakkan bersabar,berat mata memandang ,berat lagi bahu memikul.Sama-samalah kita menghadiahkan Al Fatihah buat Allahyarham Amira.Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang solih.Arwah telah selamat dikebumikan di kampung kelahiran ibunya di Kota Tinggi.

Aku terus googling pasal penyakit ni,sebab sebelum ni pernah dengar nama je.



Apa itu SLE?

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )

Apa itu Lupus?

Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE)?

Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan.

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Ini membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian.

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. Walaubagaimanapun, mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Gejala-gejala Lupus

1. Diskoid Lupus

Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal.

Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut.

Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan organ-organ lain.

2. Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )
  • Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.

  • Ulser di dalam mulut

  • Keguguran rambut

  • Demam berpanjangan

  • Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan.

  • Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.

  • Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat.

Rawatan

Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.

Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan.

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita

Memandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :-

1. Risiko keguguran kandungan.

- Terutama di peringkat awal atau akhir mengandung.

2.Komplikasi lain semasa mengandung.

-Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa mengandung.
-Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi.

Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung. Pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di hospital.

Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengelak penyakit ini menjadi aktif?

Mengenal gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk.
  • Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai sunscreen.

  • Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat doktor yang merawat.

  • Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang mengubati pesakit-pesakit SLE.

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serius.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Sekian .Moga menjadi info buat kita bersama.

Rujukan "Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang. (http://hsah.moh.gov.my/ )

Salam Permisi.

Selasa, 2 Februari 2010

Kasih Sayang Mengatasi Kebencian

Assalamualaikum...

Sahabat2 yang sudi ziarah....Tiada entri menarik pun,saje penat dan xde mood hari ni...Penat kat sekolah kot....hehe...biasalah duk berhadapan dengan macam2 karenah manusia...tugas cikgu sekarang bukan mengajar je,banyak kerja2 sampingan yang perlu diseiringkan...cikgulah pendidik,cikgulah kerani,cikgulah doktor,cikgulah akautan dan macam2..hehe...bukan nak mengeluh..tapi hari ni betul2 xde mood...teringat kata2 seorang sahabat yang sering bagiku semangat,ihklaskan diri dalam setiap kerja,insyaAllah kita akan rasa kemanisannya,jangan sekali2 mengharapkan pujian manusia..dan janganlah hairan pada manusia yang serba kekurangan untuk menilai kekurangan sesama manusia...apa yang perlu kita takut adalah penilaian Allah terhadap diri kita...adakah kita ni lemah,sederhana.memuaskan,cemerlang dan sangat cemerlang pada penilaian Yang Maha Kuasa? ( Syukran sahabatku yang sentiasa bermotivasi)....hehe...

Ingatlah,syaitan tidak suka akan jiwa kasih sayang.Ia akan meleraikan tali itu dan menghubungmu dengan tali kebenciaan.Maka apabila hati telah disihir ,kesilapan yang kecil dilihat besar,kadang2 perkara yang kecil boleh ditasammuhkan dan dimaafkan, dihukum dengan hukuman yang sangat berat dan kejam,kebaikan tertutup bahkan keaiban yang terbuka,ditiup bara kemarahan sehingga menjadi api yang marak menyala...Akhirnya ia menjadi dendam kesumat yang berpanjangan.

Jangan kita tenggelam dalam permusuhan sesama kita....jika kita bersalah,pohonlah keampunan kepada mereka dan tiada perkara mulia melainkan merendah diri mengakui kesilapan,jika kita benar,hadapilah fitnah itu dengan sabar dan redha.Jangan kita menyalakan api kemarahan dengan kemarahan ,kebencian dengan kebencian,cercaan dengan cercaan,tenggelamkan diri kita dalam pelukan Allah.Hadapilah api dengan air,kemarahan dengan kesabaran,kebencian dengan kasih sayang,kekerasan dengan lemah lembut.

Kita akan selamat jika kita bersama Allah.Kita akan menang jika kita bergantung padaNya dan berakhlak batin yang mulia.Kita tidak akan binasa walaupun seluruh manusia berhimpun membenci kita...Bersihkan diri,berzikir dan berdoa dengan doa yang sungguh-sungguh...Jangan berharap kepada sesiapa,munajatkan sungguh-sungguh hajat kita agar dikembali kasih sayang dan terangkat segala kebenciaan...

Sorilah kalau xfaham entri ni,hehe...tapi buat faham2lah ya...biasalah adat dan ujian sesama manusia...

Haha,ni nak upload gambar2 awal januari persekolahan...Layan jelah...






Ok lah,salam permisi...nak rehat dulu...jumpa lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna