Asmaul Husna

Pengikut

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Hari Guru!!!!

Assalamualaikum...

Sahabat2 yang berkunjung di sini...

Sudah lama tidak menziarahi dan mengupdate entri terkini untuk rumah kesayanganku ini...hari ini nak ambil kesempatan nak ucapkan " SELAMAT HARI GURU " kepada semua guru di seluruh negara...teristimewa untuk guru-guru yang telah mendidikku sehingga menjadi insan guru kini...JASA DAN PENGORBANANMU TIDAK AKAN KULUPA SEHINGGA AKHIR HAYAT...

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sumber: penyair.wordpress.com


" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "
Semoga kita semua menjadi pembina negara bangsa yang lebih berjaya dan bertamadun, kehadapan, kreatif dan inovatif, cemerlang, gemilang dan terbilang, dan apa yang lebih penting, kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah sepanjang masa daripada ilmu yang kita sampaikan sebagai amal jariah yang tidak berkesudahan.

Salam Permisi...jumpa lagi,,,doakan diriku ini....

2 ulasan:

  1. salam,

    wah, ade lagu baru best gak lagu ni hehe

    siapalah kita tanpa guru jasa guru tu dikenang sepanjang hayat..

    semoga menjadi pendidik yang berjaya dan berbahagia hendaknya..

    BalasPadam
  2. salam,

    hehe,tiba2 jadi suka sangat dengan lagu ni..rasa sedih dan trharu bila dgr lagu ni..

    semoga ip pun bakal kembali mnjadi pendidik yg cemerlang dgn masternya nnti dan bakal menemui jln bahagia yg di cari...insyaAllah.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna