Assalamualaikum...
Kisah
Seorang lelaki kelaparan.Perutnya merengek minta diisi. Tiba-tiba terpijak satu bungkusan kain.Entah siapa punya. Lalu di bawa ke rumah. Namun di dalam bungkusan itu bukan makanan.Cuma sebutir mutiara.Lapar tadi tidak menjadi tumpuan.Sekarang masa mencari empunya mutiara.Meronda kakinya menjejaki sehinggalah berjumpa seorang yang meninggikan suara : Siapa yang memulangkan mutiaraku, aku akan beri dia lima ratus dinar”.Setelah diuji lelaki yang bersuara memang benar bungkusan itu kepunyaannya. Lalu dipulangkan tanpa minta upah.Walau beberapa kali dipaksa mengambil ganjaran namun ia tetap enggan.Dipendekan cerita lelaki tadi berada di sebuah pulau kerana kapalnya karam dalam pelayarannya.Dipulau itu dia memberikan dakwah.Akhirnya disuruh menikah dengan salah seorang wanita di pulau itu Setelah menikah,lelaki itu mendapati ada sebiji mutiara di rantai leher wanita yang baru menjadi isterinya. Bila ditanya, rupanya ia adalah anak bagi lelaki yang kehilangan mutiara itu.
Pedoman
Alhamdulillah,sambil bloging blog kawan2 teman alam maya,tertarik dengan post daripada tinta'lughahwi....maka aku pun nak letak jugak kat post aku ni,moga ia menjadi peringatan untuk diriku dan juga teman2 yang sudi ziarah sini...
Perjalanan pulang dari kuliah ke rumah sekitar 20 minit itu terasa agak lama, dengan panas terik membahang dan perut berkeroncong kelaparan. Saya teruskan langkah perlahan-lahan menyusur dibawah jambatan. Redup. Sedang-sedang berjalan saya terpijak plastik bungkusan makanan yang sudah tidak berisi. Perut yang berkeroncong semakin nyaring menyanyi, meminta diisi sesuatu. Tiba-tiba teringat pula kisah yang diceritakan oleh ustaz semasa di sekolah menengah dahulu.
Kisah
Seorang lelaki kelaparan.Perutnya merengek minta diisi. Tiba-tiba terpijak satu bungkusan kain.Entah siapa punya. Lalu di bawa ke rumah. Namun di dalam bungkusan itu bukan makanan.Cuma sebutir mutiara.Lapar tadi tidak menjadi tumpuan.Sekarang masa mencari empunya mutiara.Meronda kakinya menjejaki sehinggalah berjumpa seorang yang meninggikan suara : Siapa yang memulangkan mutiaraku, aku akan beri dia lima ratus dinar”.Setelah diuji lelaki yang bersuara memang benar bungkusan itu kepunyaannya. Lalu dipulangkan tanpa minta upah.Walau beberapa kali dipaksa mengambil ganjaran namun ia tetap enggan.Dipendekan cerita lelaki tadi berada di sebuah pulau kerana kapalnya karam dalam pelayarannya.Dipulau itu dia memberikan dakwah.Akhirnya disuruh menikah dengan salah seorang wanita di pulau itu Setelah menikah,lelaki itu mendapati ada sebiji mutiara di rantai leher wanita yang baru menjadi isterinya. Bila ditanya, rupanya ia adalah anak bagi lelaki yang kehilangan mutiara itu.
Pedoman
Kisah ini bukan untuk cerita tentang mutiara,wanita,atau apa sebagainya. Tapi ia mengenai kehidupan kita sebagai insan. Dalam kita sibuk mencari habuan dunia.Allah menguji kita.Di kala itu kita jelas dengan watak kita di sisi Allah. Mutiara itu hanyalah ganjaran awal di dunia ini.Jika kita sudah berpuas hati dengan habuan ini pasti kita kehilangan habuan sebenar di akhirat.Dunia ini hanya Amanah. Ada tuntutan dan perhitungan di dalamnya.Jika kita laksanakan dan serahkankan pada yang haq, pastilah Al Haq ( Allah) redha dan menjanjikan kita dengan jodoh kita iaitu syurga impian. Memang, sebelum jodoh kita sampai, kita diambang kesusahan untuk melepasi ranjau akhirat yang sukar.Namun bila kita sudah menemui jodoh kita, segala kesulitan yang pernah kita lalui itu akan hilang bagai mimpi.
Sekian,moga beroleh sesuatu yang sangat bermakna di dalam hidup..jumpa lagi...
salam..
BalasPadamApa khabar? Baru sempat nak tulis kat sini. Bulan lepas sibuk dengan tugasan dan exam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Menarik juga cerita tu. Yang pastinya kita hendaklah sentiasa ikhlas dan sentiasa melakukan amar makruf. Allah SWT akan membalas segala kebaikan itu. Kalau tak di dunia di akhirat nanti.
Ok selamat berkarya..moga berbahagia hendaknya dan terima kasih.
Salam ip,,,
BalasPadammmg rindu kt ip...dh agak ip sibuk..rupanya ip exam...apepun,,terima kasih sb ip masih kunjungi dan ziarah sy..
sy doakan ip pun bahagia dn tabah jalani hdp seharian...
Salam ziarah...teruskan berkongsi. Saya 'follow'. Singgahlah juga ke http://www.ibunoor.com
BalasPadam