Asmaul Husna

Pengikut

Selasa, 9 Mac 2010

Wahai Diri,Renungkanlah!!


Assalamualaikum...

Sahabat2 ku yang dikasihi....

Alhamdulillah,lafaz syukur hanya kepada Allah,pemilik alam semesta ini...lafaz yang semesti diungkap oleh setiap hambaNya pada setiap saat...kerana segala kurniaanNya buat kita tidak terhitung dek jari jemari...Alhamdulillah Ya Allah...

Marilah kita hayati sama2 peringatan ini yang kupetik dari karangan Hj Ibrahim Mohamad...bahasanya begitu menyentuh hati kecilku ini...moga ia memberikan manfaat yang besar untuk kita melayari bahtera kehidupan ini....

Manusia adalah alam.Ia bagaikan bintang2 di langit.Setiap diri ada kehidupannya sendiri,ada kitabnya sendiri,ada kisah hidupnya yang berlainan walaupun tidur sebantal.Antara suami isteri,antara ibubapa,antara abang dan adik,antara teman dengan teman...mereka berada di atas pentas yang sama tetapi melakar kisah yang berlainan. Mereka menempuh ujian yang sama tetapi dalam wajah yang berbeza.

Para sultan,menteri,si kaya dan si fakir adalah sama dalam melalui tribulasi kehidupan.Cuma,ada ujian yang dapat dilihat dan ada yang tertutup.Jika hidup tanpa ranjau dan duri,ia bukan kehidupan namanya.Kehidupan adalah perjuangan untuk kehidupan akhirat.Sesiapa yang melaluinya dengan baik,mereka adalah orang yang berjaya dan bahagia.
Jangan kecewa atau sombong dengan kehidupan dunia,ia bukannya hakikat segalanya.Ia hanya secebis kisah kehidupan diri,filemnya terlalu singkat di sini tetapi akan berkekalan di sana.Kematian bukan penghujung kehidupan,bahkan sebenarnya adalah permulaan kehidupan yang hakiki.
" Dan balasan di akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa..."(An-Nisa' :77)

Carilah kebenaran kehidupan di sana bukannya di sini. Buatlah perancangan yang rapi agar kehidupan ini membawa kejayaan di sana.Segala perbuatan di sini akan membuahkan gambaran yang hakiki di sana.Nabi Muhammad SAW mengajak manusia kepada matlamat kehidupan yang jelas.Daripada alam yang sempit dan sementara kepada kehidupan yang luas dan abadi.Ingatlah,manusia mempunyai ceritanya sendiri.Di akhirat mereka akan berjalan nafsi-nafsi,kecuali Nabi Muhammad SAW yang mempunyai kemuliaan dan darjat yang tinggi.Ingatlah,ingatlah..Jangan kecewa dengan kegagalan,kesusahan,kecacatan,kekurangan atau angkuh dengan kejayaan,kekayaan,kelebihan atau kesempurnaan.Ini kerana segalanya hanyalah gambaran ujian,segalanya ilusi kehidupan.

Tajamkan mata hatimu kepada Allah.Perhatikan sedalam2nya kehidupan nabi2 as,para sahabat,para auliya',ulama' akhirat dan golongan yang soleh.Belajarlah dengan mereka bagaimana menghadapi dan melalui kehidupan ini.Jangan terperangkap dengan cara,fahaman,fikiran dan budaya hidup Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan.Mereka menyangka bayangan adalah realiti,menyangka dunia adalah hakikat kehidupan,menyangka dunia adalah jawapan segala persoalan,menyangka kehidupan akhirat adalah adalah khayalan.Sesungguhnya Allah adalah haq,kehidupan akhirat adalah haq.

Banyakkan istighfar,berselawat,beribadah dan berpegang teguhlah dengan akidah dan syariah.InsyaAllah Dia akan membuka pintu hatimu untuk memandang hakikat yang sebenar2nya.
" Demi sesungguhnya!Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari ini),maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu,lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya segala hakikat) " (Qaaf:22)

Engkau tidak akan menangis dengan kehidupan ini,engkau akan memikul segala keperitan dengan senyuman.Segalanya akan menjadi emas dan permata di akhirat.Tukarlah tangisanmu,dari tangisan nasib di dunia kepada tangisan nasib yang akan dihadapi di akhirat.Menyesallah sebelum terlambat.Sesungguhnya Nabimu tidak berdusta dengan apa yang dikhabarkan tentang kehidupan.Nabi SAW amat menyayangi umatnya tetapi umatnya kini tidak menghargai kasih sayang Baginda.Janganlah kita menjadi golongan yang tidak menghargai kasih sayang Baginda SAW.

4 ulasan:

  1. salam,

    Alhamdulillah dan terima kasih atas perkongsian itu.. sesungguhnya kita selalu berhadapan dengan cabaran hidup.. perlulah pasrah atas ketentuanNya itu tapi usah berputus asa kerana ade hikmah di sebaliknya itu...

    moga sentiasa ceria berbahagia di sana...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..
    satu peringatan yang amat berguna terutama buat diri yang alpa..
    manusia sering lupa tentang hakikat ini kecuali apabila mereka sedang diuji..
    cabaran hidup dan ujian dari Allah utk hambaNya adalah utk meningkatkan martabat hamba itu..
    Menjadi org baik adalah suatu bonus...
    namun jangan diingat SYURGA itu mudah..
    maka harungilah jua..hargailah keperitan itu..kerana itulah jalan ke SYURGA..
    (sekadar muhasabah diri sendiri..)

    BalasPadam
  3. Salam ip
    Terima kasih ip ats nasihat dan kata2 ini...btl,kdg2 kita lemah dek ujian hidup..tp kita lupa utk kembali kpdNya....

    moga ip pun sentiasa ceria dan berbahagia di sana..

    BalasPadam
  4. Salam k.Wan..

    Alhamdulillah dan terima kasih kak,kerana sudi ziarah sini...

    Terima kasih jua atas peringatan itu,sungguh bemakna sekali kak,,,,krn kdg2 kita lupa keperitan itulah sebenarnya jalan yang Allah berikan untuk kita agar dekat dan kembali kpdNya...

    Syukran kak...moga kita sentiasa terpimpin dengan hidayah dan taufikNya...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna