Asmaul Husna

Pengikut

Khamis, 25 Mac 2010

Sajak Simfoni Cinta Zulaikha



Tiada lagi air mata
tiada lagi kedukaan pada Zulaikha
ia telah memalingkan wajahnya dari Yusof
membersihkan diri dan pakaiannya
untuk mengadap kepada pencipta Yusof
keindahan Yusof adalah bayanganNya
percikan sedikit dari keindahanNya
keindahanNya tiada bahasa
hanya terpaku kelu di hadapanNya

Lihatlah jarimu sudah terpotong wahai wanita Mesir
kesedaranmu telah hilang melihat keindahanYusof
sedangkan para arifbillah itu sentiasa melihatnya
sudah hancur terluka diri mereka
dengan cahayaNya

Zulaikha menjadi miskin
menjadi tua dan hodoh
cintanya telah membinasakan
cintanya pada Yusof adalah kesengsaraan

Zulaikha kembali kepada cinta yang hakiki
tiada mahu lagi memuja bayang-bayang
cintanya itu membawa kebahagiaan
cintanya itu membawa keasyikan dan keindahan
Dirinya kembali menjadi indah,cantik dan muda
dan Yusof jatuh dalam dakapannya

Dunia adalah bayang
sesiapa yang mengejarnya akan kepenatan
sesiapa yang berpaling darinya
ia akan mendatangi
bila Zulaikha memuja Yusof
Yusof lari daripadanya
sehingga terkoyak bajunya
tetapi apabila Zulaikha berpaling darinya
Yusof mengejar sehingga terkoyak pula bajunya

Fahamilah wahai pemburu kehidupan
jangan disiakan waktu dengan memuja bayang
cintailah empunya bayang
Dialah cahaya keindahan di sebalik keindahan
para kekasihNya sentiasa memandangNya
hancur lukalah jiwa dan akal mereka
dengan pisau cahaya keindahanNya

karya asal :
Hj Ibrahim Mohamad (Bisikan Sirr)

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam ip,,
    Alhamdulillah dan terima kasih ip sudi ziarah sini dan jadi pengulas kt sini..xde masalah,sngat dialu2kan perkongsian ilmu yang baik...

    Indahnya hidup apabila Islam menjadi dustur kehidupan,,pasti keindahan yg xdpt diungkap dgn kata2...bicara seorang abid yang merintih penuh cinta dan kasih kpd Penciptanya.

    Moga kita semua sentiasa terpimpin dgn hidayahNya.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna