Asmaul Husna

Pengikut

Rabu, 11 Ogos 2010

Ahlan Ya Ramadhan Kareem!!!


Assalamualaikum wrbt,,,

Sahabat2ku,

Alhamdulillah,ucapan syukur yang tidak terhingga buat rabbul izzati,pencipta sekalian makhluk di atas segala kurniaanNya.Ahlan Ya Ramadhan!!!!!Bersyukurlah kita kerana masih mampu melangkah ke dalam bulan anugerah Allah yang tidak terhingga buat hamba2Nya.Melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini,bermulalah pengembaraan rohani kita menyusuri rahmat dan keampunan Allah.Yang kita kejar bukan nama,pangkat,kesihatan dan kemuliaan di dunia atau di sisi manusia,tapi pangkat besar daripada Allah iaitu darjat TAQWA.

Kembara rohani kita menuju taqwa adalah hakikatnya perjalanan hati kita untuk kembali kepada keadaan fitrah yang bersih.Hati yang hidup bersama turun naiknya nafas kita,tidak akan benar tenang dan tenteram,selagi tidak menemui jalan untuk berbuat taat dan mengagungkan Allah.Ini sesuai dengan fitrahnya yang asal sewaktu di alam roh,sebelum ia ditempatkan di dalam jasad lahir kita dan tercorak mengikut pengaruh syaitan dan nafsu.

Ramadhan adalah saat terbaik untuk mengembalikan hati kepada fitrahnya.Penghulu segala bulan ini membawa bersamanya rahmat dan keberkatan yang sangat banyak dan melimpah ruah daripada Allah.Inilah masa terbaik untuk meningkatkan amalan2 taqwa dan mendidik serta membersihkan hati daripada sifat2 yang bertentangan dengan fitrahnya.Peluang ini terbuka luas di sepanjang Ramadhan terutama ibadah puasa.Juga ibadah2 lain yang hanya terdapat di bulan Ramadhan,iaitu ibadah sahur dan berbuka,solat Tarawih serta membayar zakat fitrah.Di dalam bulan ini juga terdapat malam yang dinamakan Lailatul Qadar.Kedudukan ,kemuliaan dan keberkatannya menyamai seribu bulan di sisi Allah SWT.

Kalau diri tidak dilatih dan hati tidak dipimpin untuk menghayati kebesaran malam2 sepanjang Ramadhan dengan melakukan solat,baca Alquran,wirid dan zikir dengan penuh kesungguhan serta keikhlasan manakan dapat kenaikan pangkat daripada Allah hanya dalam satu malam.Pangkat daripada manusia pun tidak diperolehi dengan mudah.Liku2 untuk mendapat pangkat di sisi Allah mestilah dilalui beserta dengan pengorbanan dan harus menempuh ujian demi ujian.Bukan dengan jalan mudah.....

Ayuh!!!Rebutlah peluang di bulan kemuliaan yang dijanjikan Allah awalnya rahmah,pertengahannya keampunan dan pengakhirannya diselamatkan daripada api neraka.

Selamat berpesta ibadah!!!! Semoga kita menjadi hamba2Nya yang terpilih...amin...

Sekian....salam permisi....

SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna