Asmaul Husna

Pengikut

Ahad, 15 Julai 2012

Temasya Sukan 2012


Kalam Jamaie Daerah JB 2012

             

Tahniah!!!!Teruskan perjuangan kalian.....Semoga Allah memberkati segala usaha bersama...aminnn....



Rabu, 25 Januari 2012

Kesihatan dan Pemakanan


Assalamualaikum wrbt,,,,

Apa khabar semua? Sebenarnya tengah boring sangat2, so duk lah melayan blog yg dah lama sepi ni mcm tuan empunya blog..hehe.. Sedang menonton WHI kt tv3, perbincangan pun best pasal penggunaan minyak masak berulang kali yg bakal mnjadi racun kpd kesihatan kita. Apabila brcakap pasal kesihatan ni,gerun sangat.. banyak penyakit zaman sekarang berpunca daripada pemakanan... sebab tulah mcm2 produk kesihatan tumbuh bagai cendawan.

Keperluan kepada makanan segera semakin ketara hari ini krn masyarakat kini lebih cenderung utk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagipun makanan segera begini cukup mudah diperolehi. Kunjungi mana-mana restoran 'fastfood' pesan makanan yg digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dlm tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai 2 minit, makanan boleh terus dimakan. Berbeza dengan cara biasa, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera ini buruk untuk kesihatan kerana ia mengandungi sangat sedikit khasiat pemakanan, jika diambil sekali sekala ia kurang memudaratkan tetapi kalau diambil secara berterusan tanpa disedari ia mengundang kepada pelbagai penyakit spt kerosakan gigi, pembuluh darah tersumbat, kolestrol berlebihan, penyakit jantung dan kanser usus.

Selain daripada itu makanan segera ini mengandungi aditif, lemak berlebihan dan tiada zat. Apakah aditif? Aditif adalah bahan kimia yang dicampur dalam makanan dan ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran makanan yang diberi nama awal huruf 'E' seperti E101, E123, E211, E249 dan E322(Lesitin) dan sebagainya. Selain itu makanan segera ini mengandungi banyak perisa spt monosodium glutamate (MSG).

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak:
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Cola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam:
Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula:
Kebanyakan makanan segera amat manis.Bahan pemanis berkalori rendah, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat:
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian:
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

Bersama menjaga kesihatan untuk kelansungan ummah di muka bumi ini sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ini....

Peringatan untuk diri sendiri :)
Salam Jumpa Lagi.........................

sumber rujukan : laman web pengguna (FOMCA)

Selasa, 24 Januari 2012


✿ Today's Food of Thought ⇨ "I say..." ✿

I say: "It's impossible"... but realized► All things are possible
I say: "I can't do it"... but realized► I can do all things
I say: "It's not worth it"... but realized► It will be worth it
I say: "I can't forgive myself"... but realized► Allah WILL FORGIVE ME
I say: "I'm afraid"... but realized► Allah did not grant me a spirit of fear
I say: "I'm not smart enough"... but realized► Allah granted me wisdom
I say: "I'm worried and frustrated"... but realized► I can tell all my worries to Allah
I say: "I feel alone"... but realized► Allah will never leave or for sake me
I say: "Nobody loves me" but realized► Allah LOVES ME... ♥


KITA SEBENARNYA..lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.
KITA SEBENARNYA..lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
KITA SEBENARNYA..lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA..lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA..lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.
KITA SEBENARNYA..lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.
KITA SEBENARNYA..lebih suka menyebut hello atau hai daripada Assalamualaikum.
KITA SEBENARNYA..lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.
KITA SEBENARNYA..lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.
KITA SEBENARNYA..lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.
KITA SEBENARNYA..lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.
KITA SEBENARNYA..lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.
KITA SEBENARNYA..lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.
KITA SEBENARNYA..lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
KITA SEBENARNYA..lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.
KITA SEBENARNYA..lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.
KITA SEBENARNYA..lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

Tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

sumber:facebook.com

Awas! Gula-Gula Daripada Gelatin Babi

KUALA LUMPUR: Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Dakwaan mengaitkan gula-gula terbabit dengan penggunaan gelatin daripada kulit atau tulang babi diperkuatkan lagi apabila pengedar atau pengilang sengaja tidak menyenaraikan kandungan bahan gelatin digunakan pada bungkusan.Sehingga kini, lebih 50 jenis gula-gula jeli dan getah yang berbentuk menarik untuk memikat pengguna cilik diragui statusnya berada di pasaran, lantaran sikap pengimport dan pengedar yang berdiam diri berhubung status halal.

Tinjauan Harian Metro mendapati gula-gula itu yang dijual sama ada secara timbang atau dalam peket plastik kecil menarik perhatian kanak-kanak berikutan bentuknya seperti buah-buahan, binatang dan kuih.Malah, harganya semurah 20 sen hingga RM1 sebungkus menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih membelinya setiap hari.

Seorang pengadu, Iylia Hani Talib, 24, berkata kewujudan gula-gula terbabit yang mudah dibeli di kedai runcit atau pasar raya mula menimbulkan keraguan apabila kerap dibeli dan dimakan rakannya.Menurutnya, walaupun tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai proses pembuatan gula-gula terbabit, dia mendapat tahu ia memerlukan gelatin sebagai bahan asas utama.“Mulanya saya turut sama menjamah gula-gula getah itu, namun selepas mendapati ia tidak mempunyai logo halal, saya mula was-was.“Selepas bertanya rakan yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya yakin produk terbabit yang dipasarkan tanpa logo halal dikhuatiri mengandungi gelatin tetapi dibungkus dengan pembalut yang tidak menyatakan kandungan sebenar bagi mengelirukan umat Islam.“Ada kemungkinan pengusaha makanan ringan asing dan tempatan berpakat merahsiakan kandungan tepat ramuan gelatin yang digunakan kerana tidak mahu produk mereka dipulau pengguna Islam.“Tindakan pengusaha terbabit nyata tidak bertanggungjawab kerana menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya diketahui umum bahan yang digunakan itu tidak halal,” katanya.Kata Iylia, dia mengesyaki gelatin gula-gula itu tidak diproses mengikut kaedah dibenarkan syariat Islam, apatah lagi makanan itu dikeluarkan pengusaha asing yang pasti tidak menitikberatkan soal halal haram.Dia berkata, penggunaan gelatin dalam makanan terbabit harus dilabelkan untuk memudahkan pengguna, terutama orang Islam mengetahui sama ada makanan itu halal atau haram.“Lebih mengecewakan mungkin ada pihak yang sengaja menipu fakta kandungan atau langsung tidak meletakkannya untuk menipu orang ramai,” katanya.

Mengulas hal itu, Pengurus Pemasaran Kumpulan Halagel (M) Sdn Bhd, Muhammad Azhar Abdullah, 33, berkata kebimbangan orang ramai terhadap gula-gula diperbuat daripada gelatin babi berasas berikutan sumber gelatin babi (porcine) lebih murah dan menjadi pilihan utama pengilang gula-gula di luar negara, terutama di China.Menurutnya, gelatin digunakan sebagai ejen penstabil, penebal, pembuih, pelekat dan pengikat.Malah, boleh dikatakan tanpa penggunaan bahan ini, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.“Melalui pengalaman lebih 10 tahun, kebanyakan jenis gelatin yang digunakan pengusaha makanan ringan di luar negara diperbuat daripada najis mughallazah seperti tulang dan lemak babi atau lemak lembu yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.“Hanya segelintir pengilang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan gelatin bovine (lembu, kerbau atau kambing) selain gelatin tumbuh-tumbuhan (pectin) untuk dijadikan bahan asas gula-gula,” katanya.

Namun menurutnya, tidak semua gelatin bovine benar-benar halal berikutan sumber ternakan seperti lembu atau kambing digunakan dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.“Melalui lawatan ke kilang menghasilkan gelatin di China sebelum ini, 70 hingga 80 peratus syarikat di sana mengeluarkan gelatin porcine. Malah ada syarikat yang menghasilkan gelatin porcine dan bovine dalam kilang sama.“Keadaan ini menyebabkan syarikat kami mengimport gelatin halal dari Pakistan yang lebih diyakini berikutan sumber binatang halal disembelih,” katanya yang amat meragui gula-gula getah dari China kerana kebanyakan pengilangnya mendapatkan sumber daripada pengusaha gelatin tempatan.

Selain itu, kata Azhar, dia meragui gelatin dalam bentuk blok yang kerap digunakan syarikat menghasilkan kek.“Mengikut maklumat, gelatin blok berwarna putih jernih adalah dihasilkan daripada sumber babi manakala gelatin berwarna kuning dihasilkan daripada lembu atau kambing,” katanya.Azhar berkata, masalah berhubung produk yang haram dimakan dapat diatasi jika masyarakat lebih peka dan hanya memilih produk yang mempunyai logo halal Jakim.

Kami telah menghubungi PIHAK JAKIM melalui portal Islam GRID, ini adalah jawapannya:

Soalan:
Assalamualaikum.Saya ingin bertanyakan soalan tentang status kehalalan GULA-GULA JELI . menurut artikel di dalam harian metro 14 November 2007 jika saya tidak tersilap, ada mengatakan bahawaw gula-gula jeli mengandungi gelatin babi. Benarkah harap mendapat maklumbalas secepat mungkin.. terima kasih..

Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah,Mana-mana produk makanan yang dibeli perlu terlebih dahulu dipastikan status kehalalannya. Jika produk tersebut sudah mendapat pengesahan sijil dari Jakim atau jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri atau mana-mana badan dari luar negara yang telah mendapat pengiktirafan dari Jakim ianya halal, maka ia sudah terjamin status halalnya maka ia dibenarkan oleh syarak untuk dimakan.Berkenaan status gula-gula jeli tersebut, mohon dikemukakan nama/jenama gula-gula tersebut di laman web halal Jakim bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan produk tersebut.Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal http://www.halal.gov.my/index.php
Sila klik pada pengguna kemudian klik pada direktori dan pilih produk.wallahua’lam.

Sumber :Harian Metro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kata-Kata Bermakna